
Isi Kandungan
ToggleSekali suami menipu isteri, selama-lamanya akan kadi parut dalam rumah tangga. Malah lagi buruk isteri akan mengungkit benda yang sama sampai bila-bila!
Sebab itulah sebelum berniat nak menipu, tolong berfikir dulu. Jangan sampai hilang kepercayaan golongan mak-mak.
Nah, buat encik suami yang suka tipu isteri, jemput hadam dan hafal perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. Moga anda boleh berubah sebelum terlambat.
Buat Suami Yang Suka Menipu
Adakah sesebuah hubungan akan kembali seperti biasa sekiranya pasangannya telah menipu?
Mustahil… hampir pasti, tidak akan kembali seperti biasa atau sebelumnya, kenapa?
Dahulu dia diberikan kepercayaan sepenuhnya, tapi masih menipu. Jadi masih perlu lagi untuk bagi kepercayaan yang sama sepenuhnya? Mungkin 50-50 atau mungkin langsung tidak percaya. Pendek kata, telah hilang kepercayaan.
Dahulu dia dilayan dengan baik, lengkap serba serbi, tiptop tapi masih menipu. Jadi masih perlu lagi dilayan sebegitu baik untuk ditipu lagi? Sakitnya ditipu itu yang akan mengubah cara layanan, senyuman dibibir pun akan perlahan-lahan hilang. Apa yang tinggal? Muka masam, kelat, hati sakit, dingin.
Dalam hati, “sia-sia layan dia baik-baik…”
Menipu langsung tidak memberi apa-apa makna melainkan ianya hanya akan menjejaskan hubungan. Tambahan pula apabila penipuan itu terbongkar dgn sendirinya dan dengan pertolongan Allah.
Allah takkan menyembunyikan kebenaran daripada sesiapa pun terutamanya dari seorang isteri yang telah berkorban apa saja untuk rumah tangganya.
Berubahlah Sebelum Terlambat
Jadi, kepada sesiapa yang masih menipu pasangannya, hentikanlah dengan segera sebelum layanan dan kepercayaan isteri hilang. Isteri pun susah nak hormat suami yang suka menipu. Tinggalkan, bertaubat dan berubah, itu lebih baik sekiranya anda masih sayangkan rumah tangga yang anda ada sekarang.
Jika tidak, teruskanlah menipu… orang yang ditipu takkan selamanya bodoh dan takkan selamanya ada untuk terus ditipu.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati-Hati Beli Rumah Secara ‘Joint Loan’, Bila Suami Meninggal Inilah Yang Berlaku

Isi Kandungan
ToggleHarga rumah yang saban tahun meningkat, menyebabkan ada pasangan suami isteri yang membuat keputusan untuk membuat pinjaman bersama atau ‘joint loan’. Bukan apa dengan pinjaman bersama bolehlah beli rumah yang agak besar sedikit dan lebih mahal berbanding pinjaman sendirian.
Ia tak salah dan memang boleh sebenarnya suami isteri membuat pinjaman bersama demi merealisasikan impian memiliki rumah idaman. Namun hati-hati dan berfikir panjang terlebih dahulu iya. Pesanan buat isteri, bila beli rumah secara pinjaman bersama dan atas dua nama, bila suami meninggal 50% bahagian si suami tadi dah jadi harta pusaka.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian Mohd Kauthar Rozmal, Editor The Outlook Asia ini berkaitan joint loan sebagai rujukan.
Beli rumah joint loan dengan suami, bagus atau tidak?
Biasa orang akan joint loan sebab nak kukuhkan profile kewangan. Boleh beli rumah besar sikit.Kalau gaji suami saje 3k, mungkin layak rumah 300k, tapi bila join income jadi 5k, so layak beli rumah 500k-600k
Jika beli dua nama:
1. Agreement loan ada 2 nama
2. SnP/Geran rumah ada dua nama
3. MRTT(takaful rumah) juga ada 2 nama
Okay apa akan jadi jika si suami meninggal?
Contoh rumah 500k, rumah terbahagi pada 2.
50% – 300k suami punya
50% – 300k isteri punya
Bila suami meninggal 50% bahagian suami daripada loan akan dibayar dengan takaful.
50% bahagian isteri masih perlu dibayar macam biasa.Katakan bayaran bulanan RM2000, maka si isteri perlu bayar RM1000 sehingga tamat tempoh.
Jadi apa isunya di sini?
Isunya adalah 50% bahagian si suami tadi dah jadi harta pusaka. Maknanya 50% daripada rumah tersebut perlu melalui proses faraid. Jika suami masih ada parent, parent boleh tuntut hak mereka daripada bahagian faraid.
Bab duit bukan boleh buat main, RM10k pun orang dah gelap mata.
Katakan parent suami tak nak lepas hak dan tuntut 50% bahagian mereka. Maka isteri perlu bayar RM250k untuk memiliki rumah tersebut sepenuhnya. Mampu ke isteri nak bayar 250k cash, jarang orang mampu.
Kalau ada yang kata mertua mereka baik, ye mungkin baik. Tapi ada satu kajian dari UMK, 9/10 hal harta pusaka tidak berakhir dengan baik. Jadi berhati hati.
Apa akan jadi jika parent tetap berkeras menuntut hak mereka?
Rumah tersebut perlu dijual. Isteri ambil bahagiannya. Bahagian suami di bahagi mengikut faraid. Maka tinggalah si balu dengan anak anak tanpa rumah.
Adakah sistem faraid salah? Tidak, orang yang salah.
Kenapa biasanya lelaki dapat bahagian lebih besar dalam faraid? Sebab ianya datang dengan tanggungjawab menjaga isteri dan anak anak yang ditinggalkan.Bukannya dapat harta free pastu blah tinggalkan si balu terkapai.
Apa yang kita perlu buat?
1. Tahu siapa waris isteri/suami kita.
2. Buat hibah rumah jika dah terbeli joint loan atau memang nak joint loan
3. Suami ambil takaful dan letak nama isteri. Jumlah pampasan bersamaan harga rumah.
Baca Lagi Di Sini:
Kalau SAYANG ISTERI, Suami Buatlah HIBAH BERSYARAT Agar Tiada Salah Faham Tentang Harta
Rupanya Nafkah Anak Selepas Kematian Ayah Bukanlah Jatuh Pada Tanggungjawab Mak, Sebaliknya..
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan panduan buat suami isteri. Fikir panjang dan lebih berhati-hati jika ingin buat pinjaman bersama, pastikan buat hibah dan ambil takaful untuk masa hadapan.
Sumber:Mohd Kautharr Rozmal, The Outlook Asia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Isteri Dah Tak Macam Dulu, Jangan Terus Cari Silap Dia

Isi Kandungan
ToggleKebanyakan lelaki suka cari kesalahan isteri bila dah berubah hati, katanya isteri dah tak macam dulu.
Tak macam dulu itu dari sudut mana, entah lah. Lebih parah, sampai ada yang sanggup cari yang baru tanpa memikir nasib anak-anak.
Kalau perempuan sanggup bermadu, mujur. Bagaimana pula yang tak sanggup berkongsi kasih? Adakah berpisah itu cara yang paling mudah?
Tolonglah wahai kaum lelaki, sebelum mencari kesilapan isteri waktu umurnya makin meningkat, bacalah perkongsian Puan Farizal Radzali dengan berlapang dada.
Moga hubungan yang mula berpalit kelat akan bertukar jadi manis.
Nampak Isteri Tak Macam Dulu
Ada beberapa kes penceraian yang berpunca dari hal yang sangat kecil, yang adakala kita ketawa mendengarnya, macam tak percaya sebab terlalu kecil. Sebenarnya bukan hal remeh itu puncanya, tapi kerana HATI DAH PENAT.
Maka hati akan mudah marah pada perkara yang sekecil-kecil lapik meja, silap warna, masak kurang masin dan sebagainya. Lagi sedih bila perceraian tak mendatangkan perasaan sedih tapi seolah rasa terlepas dari sesuatu yang berat untuk ditanggung.
Egonya seorang suami bila berkata mahu menceraikan isterinya kerana tak mahu menanggung dosa si isteri yang tak mendengar kata, dah berubah dan makin degil. Sedangkan anak berderet memeluk ibu, bukan memeluk bapa. Tiada setitis air mata yang keluar dari mata si isteri menandakan hatinya dah keras dan kini pasrah.
Wahai suami…
Bila isteri dah tak macam dulu, dah tak pandai senyum, dah tak boleh cakap baik-baik, dah tak pedulikan penampilan dirinya, dah selalu jadi singa dan dah tak secantik wanita lain diluar sana, jangan terus cari silap dia.
Tapi carilah kekurangan dalam keluarga hasil pimpinanmu…
? Berapa kali kau peluk isterimu dalam seminggu?
?Berapa kali kau tanya khabarnya minggu ni?
?Berapa kali kau mengimamkan solat fardhunya?
?Berapa banyak nafkah yang kau beri peribadi untuknya, bukan untuk keluargamu? Samada dia bekerja atau tidak?
? Berapa kali kau bantunya buat kerja rumah?
?Berapa kali kau berterima kasih kepadanya disepanjang perkahwinanmu kerna menjadi penemanmu?
?Siapa yang jagakan anak-anak mu?
?Kemanakah pandanganmu dikala dia berbicara denganmu?
?Berapa kali kau bangun malam, bertahajjud sambil menangis, mendoakan kesejahteraan dalam keluarga mu?
?Apa beza dirinya sebelum dan selepas berkahwin dan punyai anak bersamamu?
?Sudahkah kau lakukan segala yang Allah suruh?
Bila isteri buat perangai, bukan kerana dia nak melawanmu tapi dia nakkan perhatianmu. Bukan dia tak tahu, Rasulullah saw bersabda,
“Andai seorang manusia boleh sujud kepada manusia lain, nescaya akan aku perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya.”
Seorang isteri, dosanya ditanggung oleh suami selagi suami tak menegur kesilapannya. Tapi setelah ditegur masih si isteri itu tak mengikut kata, tugasmu tak tamat begitu saja, tegurlah ia berlandaskan islam.
Pertama : Tegurlah dgn lisan.
Kedua : Pukullah dengan selembut-lembut kain di bahagian yang tak sensitif.
Ketiga : Asingkan tempat tidur.
Andai kesemuanya tak berjaya, janganlah kata tugasmu dah selesai selagi kau belum mendoakan kebaikan untuknya tanpa henti. Selagi dia tidak nusyuz dalam hukum Islam.
Wanita itu dicipta dari tulang rusuk yg bengkok. Perbetulkanlah ia dengan cara yang baik, jangan sampai patah sebab jika patah, ia takkan sama seperti yang asal.
Wanita itu dicipta dari tulang rusuk di sisimu, kerana itu yg rapat dgn hatimu untuk kau cintai dan sayangi. Bukan di kepala untuk kau junjung dan bukan juga di kakimu untuk dipijak.
Suami yang baik ialah yang sentiasa berusaha membawa keluarganya membina istana di Syurga.
Tiada isteri sengaja nak menderhaka,
Tiada isteri suka-suka nak masuk neraka,
Islam itu dah cukup sempurna,
Rasulullah panduan berguna,
Ayuh kita tempah syurga bersama-sama.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tolonglah Marah Anak, Tapi Tak Payahlah Sampai Maki & Mengherdik!

Isi Kandungan
TogglePernah berdepan situasi mak ayah marah anak sampai terpekik-pekik dan keluarkan perkataan tak patut? Ok, mungkin anaknya sedikit nakal.
Namun anak nakal itu bukan kerana jahat. Tetapi kadang anak suka explore dan ada sikap ingin tahu dalam dirinya. Jadi tak perlulah marah melampau jika anak buat silap.
Sebelum terlambat, mak ayah patut betulkan cara didikan dan teguran pada anak seperti perkongsian oleh saudara Syahr Musafir ini…
Rutin biasa, saya membawa isteri dan anak-anak ke supermarket untuk urusan beli-belah barangan keperluan kami sekeluarga. Bukan penuh dengan barang sahaja, tetapi troli ‘penuh’ dengan anak-anak juga kerana kedua-dua puteri yang menjengah usia 6 dan 4 tahun ini nak duduk dalam troli. Almaklumlah, anak-anak kecil. Ada-ada saja ideanya nak bergembira. Along ST dan Angah IY duduk dalam troli, Papa-lah yang menolaknya. Ke situ, ke sini. Seronok!
Isteri saya, mendukung si anak ketiga kami yang berusia 4 bulan, ke bahagian barangan basah, nak cari bawang dan cili kering katanya. Saya pula ke bahagian confectioneries, saja nak belikan coklat untuk anak-anak.
Sedang asyik memilih biskut, saya perasan ada sepasang ibu bapa muda (saya rasa awal 30-an, nampak lebih tua berbanding saya dan isteri) di hujung sana, bersama dua orang anak kecil. Saya mengagak, dua anak mereka sebaya anak-anak kami. Seorang, anak lelaki, duduk di troli. Seorang, anak perempuan yang lebih besar, berjalan sendiri di sisi ibu bapanya.
Si anak perempuan mengambil sesuatu dari rak, nampak semacam bar coklat, dan berlari ke arah ibunya.
“Ibu, Kakak nak ni..” suaranya comel, nada sederhana, gaya memujuk ibunya.
Jawab si ibu, “Kan aku dah kata, datang ikut ke supermarket je, bukan suruh kau pilih itu ini yang kau nak. Tak boleh!” dengan suara yang kuat.
Si anak perempuan mencebik muka, mengalih muka ke arah lain. Nampak macam nak nangis, tetapi tidak nangis. Dia masih memegang coklat di tangannya.
“Adik nak jugak, adik nak jugak!” jerit si anak lelaki, menunjuk-nunjuk ke arah kakaknya yang sedang memegang coklat.
“Aduh, bodoh sungguh. Kan aku dah cakap tak boleh beli coklat tu. Pergi letak balik!” arah si ibu kepada si anak perempuan. Suaranya kali ini lebih kuat berbanding tadi. Marah betul dia.
Si anak perempuan semacam nak menangis sambil berlari-lari anak ke arah rak coklat, tiba-tiba dia terjatuh ke lantai. Dia seakan mula menangis, air mata bercucuran di pipi, tetapi tanpa suara.
Datang si bapa menghampiri si anak lelaki di troli, dihempuknya kepala dengan tangan, semacam menampar. Datang pula dia mendekati si anak perempuan, disekehnya juga, agak kuat sampai saya boleh dengar bunyinya.
“Bengong sungguh. Aku oyak doh toksey dengar, bodo nok mapuh (Aku cakap tak nak dengar, bodoh nak mampus). Monyet tok buah ginimo lalu (Monyet pun tak buas macam ni), kero pun tok lembek ginimo sapa buleh jatuh kokse (kera pun tak lembik macam ni sampai jatuh-jatuh tanpa sebab).”
Astaghfirullahal ‘azim. Saya ingatkan si ibunya sahaja begitu, rupa-rupanya si bapa pun berperangai yang sama. Bahkan, lebih teruk lagi.
Saya dengar semuanya. Saya nampak semuanya. Jelas. Cepat-cepat saya menolak troli (dua puteri saya dalamnya) ke bahagian lain. Rasa menyesal berada di situ tadi. Tak sanggup nak tengok dua anak kecil dimaki sebegitu.
“Papa, what was it just now?” tanya Along kepada saya yang sedang menolak troli.
Saya terkejut, “Oppss, sorry. Apa dia, Along? Along tanya apa?…”
“Tadi tu, what happened? What did the mother say to the kids? I heard something..” tanya Along lagi. Puteri kedua kami, Angah IY turut sama memasang telinga.
Saya tak pasti apa yang didengarnya, agak-agak saya kedua-dua anak ini mendengar segala dialog yang berlaku antara ibu bapa dan dua anak di bahagian coklat tadi. Saya, kalau boleh, tak mahu bercerita panjang berkenaannya. Sebab saya pasti, contoh situasi tersebut tidak elok.
“I don’t know what the mother and father really meant just now… They spoke so fast… But I did feel something. They were angry at their kids, and they said monyet. Monyet is monkey, right? Like, the mother was calling the girl a monkey, was it? Papa, tell me…. I feel so sad. The words make me so sad. Her words were hurtful… Hurt my feelings. I feel like crying. And that girl must be so sad too…” kata Along kepada saya, menitis air matanya.
“Dia marah girl and boy tu…” sambung si Angah, menangis juga.
Along memang tak faham sangat orang cakap Bahasa Melayu dengan cepat-cepat, tambah lagi mereka tadi bercakap dalam loghat Kelantan. Tetapi dia dan Angah faham situasi yang berlaku antara ibu bapa dan anak-anak tadi. Along dan Angah menangis. Saya peluk dan menenangkan kedua-duanya sambil menerangkan, “Let’s ignore that for now. Kita pergi beli barang tempat lain ye…”
I was speechless.
Tak tahu nak kata apa.
Nak marah si ibu bapa tadi sebab berkata-kata sebegitu, saya rasa tak mampu nak ‘straight-forward’ menegur. Nak pergi memujuk si anak-anak mereka yang bersedih dan dimaki-hamun sebegitu, siapalah saya nak buat begitu, mereka bukan anak-anak saya, tidak kenal pula tu.
Anak-anak adalah anak-anak. Kanak-kanak adalah kanak-kanak. Ada masanya memang kita layan penuh manja, pujuk rayu, lemah-lembut. Tak saya nafikan, ada masanya perlu bertegas, ada elemen marah juga, tetapi SEKADARNYA, dengan penuh kasih sayang.
Marahlah anak, TETAPI mengherdik, memaki-hamun, menyumpah, mencaci-maki, TIDAK PATUT.
Membahasakan diri sebagai, “Aku Kau” dengan anak-anak dengan nada marah, TIDAK PATUT.
Saya pernah dengar orang Jawa bercakap ‘aku kau’ antara ibu bapa dan anak, tetapi tidaklah mereka sampai menggelarkan anak sebagai ‘monyet.’
Allahu Allah…
Saya bukan nak mengajar ilmu keibubapaan, tetapi sebagai seorang manusia mahukah kita orang gelar-gelarkan dengan gelaran sebegitu, monyet, kera, dan sebagainya kepada kita? Kalau kita tak suka orang panggil kita sebegitu, kenapa kita GELARKAN SEBEGITU KEPADA ANAK-ANAK KITA?
Tolonglah, wahai ibu bapa sekalian, kalau nak marah anak sekali pun, marahlah, TETAPI JANGAN SAMPAI MENCACI-MAKI, MENGHERDIK segala bagai. Sampai begitu sekali.
Hati anak-anak saya pun boleh tersedih sama dengan herdikan sebegitu yang ditujukan kepada anak-anak lain, masakan kita tak boleh bayangkan bagaimana perasaan anak-anak yang diperlakukan sebegitu?
Please… Marah anak, tetapi jangan sampai mengherdik.
Please… Marah anak, tetapi jangan sampai mencaci kejadian.
Please… Pukul anak, tetapi jangan sampai mendera.
Please… Marah dan pukul anak, tetapi janganlah di tempat publik ramai orang boleh nampak, boleh lihat. Anak-anak, walaupun kecil, juga punya perasaan, punya maruah.
Dan please…. Ibu bapa yang mengherdik, caci, maki-hamun dan memberi gelaran negatif kepada anak-anak, bukan menampakkan keburukan si anak kecil, tetapi menampakkan sikap buruk ibu bapa.
Hari ini kita herdik anak-anak kecil, jangan salahkan mereka jikalau mereka mengherdik kita sebagai ibu bapa apabila kita sudah tua nanti.
Moga Allah SWT beri hidayah kepada kita semua untuk menjadi ibu bapa yang baik dan memberi ruang untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Bersyukurlah kita dikurniakan anak, ramai lagi pasangan suami isteri yang menunggu kelahiran anak yang tak kunjung tiba… Bersyukurlah, INGATLAH KEPADA ALLAH SWT KETIKA KITA MEMANDANG ANAK-ANAK KITA.
Salah satu sebab kanak-kanak membuli di sekolah, adalah kerana mereka ‘dibuli’ oleh ibu bapa di rumah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI