Awas Geng Rohingya Beli Besi Buruk Cara Menipu, Letak Timbang Statik Pada 35kg

Share
Awas geng Rohingya beli besi buruk cara menipu, letak timbang statik pada 35 kg. Ermm, memang akal panjang menipu. Boleh balik Rohingya pergi hari begini kalau ikut cara begini.
Dalam kita cuba berbaik sangka, ramai yang cuba mengambil kesempatan dengan menipu cara begini. Menipu cara timbangan sedangkan setiap sen menipu itu, hukumnya haram.

Awas geng Rohingya beli besi buruk cara menipu

Dikongsi dari fb Achik Iqbal, dirinya berkongsi bagaimana sekumpulan Rohingya yang berniaga membeli besi buruk menipu dengan meletakkan timbangan pada angka statik walau beratnya lebih dari sepatutnya.
Bila dia cuba menimbang dirinya sendiri, jelas angka berat badannya hanya 35 kg, seolah berat seorang kanak-kanak sekolah rendah saja.
Ini kisahnya :-
Alkisahnya petang tadi. Lori besi buruk datang minta beli besi dekat bengkel. Aku pun  keluarkan semua besi-besi sisa dan aluminium yang ada. Ada dua  geng Rohingya dari Sijangkang katanya.
Lepas besi dan aluminium dah timbang dan dicampak masuk lori, aku pun naiklah atas timbang untuk saja-saja. Hah, tu dia. 35 kilo jee.
Naik atas timbangan yang Rohingya gunakan, berat orang dewasa jadi setakat 35 kg sahaja
Ngam-ngam berat 35 kg. Jadi setiap timbangan besi buruk walau banyak mana pun akan jadi 35 kg
Mereka sudah ada lori sendiri ya. Makin maju Rohingya di negara kita sedangkan pegang kad UNHCR sahaja
Eh eh eh. Mana lagi 40 kilo. Tuhan dah ampun ke. Naik pulak seorang lagi hmm sama 35 kilo. Patut semua yang dia timbang 35 kilo ke bawah je. Pagar second berat-berat tu.

Letak Timbang Statik Pada 35 Kg

Semua tak smpai 35 kilo. Muka soleh & solehah dua  orang ni pun dah lain macam. Lepas kena ceramah depa bagi tambahan lagi 20 kilo. Patutlah boleh ada lori. Meniaga kencang puak ni.
Menyesai pulak aku naik atas timbang tu. Sebenarnya tak kisah sangat berapa nak dapat. Sebab besi buruk pun bukan boleh jadi besi baru. Simpan lama-lama bersepah je. Tapi tulah tak menipu tak kaya bro. Perkongsian : Achik Iqbal
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
SEBAB FIKRY BELUM BERKAHWIN, JAGA MAK. BAIKNYA PELAKON INI..
Published by
Almaswa Haji Che Ros