Awang hitam panjat bonet kereta akhirnya ditangkap, wanita trauma diganggu warga asing. Dalam kejadian 17 Julai lalu, tular video memaparkan seorang warga asing yang memanjat bonet hadapan sebuah kenderaan di Bulatan Pandan.
Dalam video berkenaan Tazliana Musa berdepan detik cemas apabila awang hitam ini tiba-tiba memanjat keretanya dan mengintai dari cermin hadapan.
Memetik laporan Harian Metro, Tazliana berkata, kejadian berlaku pada 6.45 petang ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertemu pelanggan di Kuala Lumpur sebelum lelaki asing itu tiba-tiba memanjat bonet keretanya ketika di bulatan berkenaan.
Menurutnya, sebelum itu dia menyedari lelaki berkenaan duduk di tepi jalan, namun mengakui laluan keretanya tidak mengganggu individu itu.
“Saya perlahankan kereta di bulatan dan entah macam mana tiba-tiba lelaki itu berlari ke kereta menyuruh saya berhenti sebelum naik bonet dan cakap ‘you hit me’ (awak langgar saya) berulang kali serta memerhati bahagian dalam kereta saya.
“Lelaki itu ketawa, bercakap sendiri seperti tidak waras atau mungkin mabuk. Saya tak pasti kalau itu taktik untuk ambil kesempatan, gangguan seksual atau samun kerana saya memandu seorang diri saja ketika itu.
“Saya yang ketakutan dan panik terus ambil telefon rakam dia serta menjerit dengan harapan kereta di sebelah dapat membantu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dia mendakwa ketika itu jalan berkenaan dilalui banyak kenderaan, namun tiada yang berhenti membantu biarpun menyedari kejadian itu kerana cermin keretanya tidak gelap membolehkan kenderaan lain melihatnya meminta bantuan.
“Saya memang cemas, panik dan takut dengan kejadian itu sebelum seorang lelaki India menunggang basikal dan memakai baju T-Shirt berwarna merah berusia dalam lingkungan 20-an sudi membantu saya.
“Lelaki itu menarik lelaki warga asing berkenaan turun dari bonet kereta saya dan bawanya ke tepi. Dia beri laluan dan suruh saya jalan.
“Saya yang masih takut terus memandu keluar dari bulatan itu tanpa sempat mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara hari sama.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Sampainya Hati, Tergamak Ibu Lacur Dua Anak Kandung Bawah Umur Pada Warga Asing Nilai RM50!
“Saya Tak Malu Rina Tak Faham English, Jangan Terlalu Agungkan Bahasa Asing” – Ryzal Ibrahim
Warga Emas & Anak Didakwa Perkosa Remaja 15 Tahun Dalam Kereta
Terkini, warga asing yang membuat onar ini sudah pun ditangkap dan direman sehingga 3 Ogos ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.02 malam hari sama.
“Suspek berusia 32 tahun ditangkap pada 12 tengah hari dan direman empat hari bermula 28 Julai hingga hari ini.
“Permohonan reman kedua diperoleh bermula tiga hari bermula 1 hingga 3 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Anak semakin gembira Elyana kembali menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Terkini wanita tabah ini sedia harungi rawatan untuk melawan semula penyakit kansernya. Semoga yang baik-baik aje untuk Elyana nanti..