Awalnya risau hilang tawaran kerja, kini Vicha selesa penampilan berhijab. Begitulah luahan hati pelawak dan pelakon yang berasal dari negara seberang, Vicha Saywho, 33 yang kini semakin selesa dengan penampilannya yang menutup aurat.
Malah Vicha juga menerangkan dia tidak melihat penghijrahannya itu sebagai sesuatu yang mengganggu kerjaya seninya.
Namun sebenarnya pada awal berhijrah, Vicha akui dirinya berasa risau dengan penerimaan peminat dan bimbang jika tawaran kerja berkurangan. Namun terbukti rezeki Allah itu luas dan sebaliknya yang berlaku.
“Ketika mula-mula mengambil keputusan berhijab, saya risau jika hilang tawaran kerja. Maklumkan sebagai pelawak, mungkin aksi saya akan jadi berbeza dengan penampilan baharu ini.
“Bagaimanapun saya kuatkan hati dan teruskan hasrat itu kerana yakin niat yang baik selalunya akan memberi hasil yang baik juga.
“Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan saya dalam segala hal, termasuk kerjaya seni,” katanya seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus.
Mengorak langkah dengan mengenakan hijab sejak Ogos lalu, Vicha juga akui rezekinya semakin luas.
“Saya bersyukur apabila rezeki dalam bidang seni semakin murah. Kalau sebelum ini tidak pernah bekerja dengan TV AlHijrah atau Naura, sekarang saya mendapat peluang itu.
“Begitu juga dengan beberapa projek baharu yang kini masih lagi dalam perbincangan.
“Apa pun, saya masih individu sama sebagaimana sebelum ini. Tugas saya masih di sini untuk menghiburkan orang ramai,” luah Vicha.
Baca Disini Juga:
Vicha Mohon Doa “Tiada Kata Terlambat Hambanya Yang Ingin Belajar dan Memperbaiki Diri”
Hijrah Farah Nabilah, Tampak Ayu Berhijab “Terima Kasih Peminat Yang Sentiasa Mendoakan Saya”
Ibu kepada tiga anak itu juga menegaskan walaupun tampil berhijab namun dia tidak meletakkan syarat di pentas. Kini tampil bergabung menerusi kumpulan Puteh dalam Musim Baru Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) Vicha akan berikan yang terbaik dalam setiap watak yang dipertanggungjawabkan.
“Walaupun sudah berhijab, saya tidak meletakkan sebarang syarat atau halangan dalam aksi di pentas. Apa sahaja watak diberikan, saya akan cuba yang terbaik,” luahnya.
Sumber: SinarPlus
Sumber Foto: Instagram vicha_barbie