“Awal bernikah, sukar dekati isteri, buat silap mudah dingin” Datuk Jalaluddin puji kesabaran & kesetiaan Rapidah. Bukannya mudah melupakan isteri yang disayangi, walaupun sudah pergi menghadap Ilahi untuk melupakan terus momen bersama arwah bukannya mudah.
Apatah lagi untuk menerima kehadiran wanita baru disisi, pasti memerlukan masa untuk serasi. Begitulah yang dikongsi oleh pelakon yang terkenal dengan watak romantik Datuk Jalaluddin Hassan tentang penerimaannya terhadap isteri perkahwinan kedua yang dinikahi selepas arwah isteri meninggal dunia.
Untuk rekod Datin Hashimah meninggal dunia selepas mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan saluran jantung di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 4 November 2016.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Pelakon yang sudah menginjak usia 68 tahun itu ditemui ketika Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Best Product Ke-26 baru-baru ini.
Jalaluddin turut menerangkan perkahwinan kedua selepas kematian isterinya bukan atas kehendak diri sebaliknya bagi memenuhi permintaan bapanya, Tan Sri Hassan Azhari.
Jalaluddin berkahwin dengan Rapidah Abdul Ghani, 49 tahun pada 12 November 2017. Majlis pernikahan itu diadakan di Masjid Bandar Tun Hussien Onn selepas setahun pemergian Allahyarham Hashimah.
“Setiap Kali bayangan arwah isteri datang, sukar mendekati isteri yang baru dinikahi. Kalau dia buat silap sedikit pun, saya mudah dingin terhadapnya,” kata Jalaluddin apabila ditanya tentang isterinya.
Jalaluddin yang begitu ramah menerangkan pada waktu itu Allahyarham bapanya yang mencarikan jodoh buat dirinya dan memperkenalkan Rapidah.
“Saya membuat keputusan untuk berkahwin kerana bapa saya. Arwah yang mencarikan jodoh selepas kematian isteri enam tahun lalu,” sambungnya.
Baca Disini : “Happy Birthday Sayang, Isteri Ku Dunia Akhirat” Curahan Romantik Datuk Jalaludin, Buat Ramai Tersenyum
Tip Jadi Suami Romantik, Ini Rahsia MAHAL Datuk Jalaluddin Hassan Pikat Orang Rumahnya
Walaupun terpaksa ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri bersama Rapidah selepas mereka berkahwin, namun suri hatinya itu disifatkan seorang isteri yang ikhlas dan penyabar. Bukan itu saja malah pada awal perkahwinan dia langsung tidak dapat melupakan Allahyarham isterinya dan tidak boleh menerima kehadiran Rapidah dalam hidupnya.
“Saya mengambil masa lebih kurang empat tahun sebelum benar-benar dapat menerima Rapidah dalam hidup saya.
“Sebab kesabaran Rapidah juga buat saya mula jatuh cinta. Isteri seorang wanita yang ikhlas menyayangi dan tetap setia berada di sampingnya pada waktu suka dan duka.
“Saya mengambil masa lebih kurang empat tahun sebelum benar-benar dapat menerima Rapidah dalam hidup saya.
“Walaupun saya sudah tinggal lama di kawasan perumahan kami, tetapi jiran-jiran lebih mengenali isteri berbanding diri saya.
“Isteri saya gemar memasak malah kalau dia temani saya ke lokasi penggambaran, ramai yang selesa dengan dia kerana sering dijamu dengan hidangan enak.
“Selain kesabaran dan kesetiaanya, personaliti dia yang mudah mesra dan pandai memasak membuatkan saya jatuh cinta kepadanya,” kongsi Jalaluddin mengimbas kembali kisah di awal perkahwinan bersama isteri.
Walaupun sudah berusia namun Jalaluddin Hassan masih kekal dimiliki. Beliau juga mempunyai nilai tinggi apabila terus diberi kepercayaan bergelar duta pelbagai produk tempatan dan antarabangsa.
Akui pelakon itu dia begitu ikhlas dalam bekerja dan melunaskan tanggungjawab diberi, mungkin menjadi antara sebab dia mendapat peluang sebegitu.
“Saya sendiri pun hairan dalam usia seperti ini, masih banyak pihak menaruh kepercayaan dan mahu melantik saya menjadi duta jenama mereka.
“Selain bergelar duta Best Product untuk tahun kelima, saya juga masih mewakili beberapa jenama lain termasuk tawaran baharu melibatkan sebuah jenama perabot mewah terkenal.
“Saya hanya buat kerja saya dengan sebaik-baiknya dan ikhlas melaksanakan tanggungjawab diberi.
“Alhamdulillah ada yang menyedari tentang perkara tersebut dan berminat untuk bekerjasama dengan saya kerana hal itu.
“Saya tidak tahu bagaimana sesuatu nilai itu ditetapkan kepada orang dalam industri seperti saya.
“Cuma bagi saya, keikhlasan menjadi prinsip utama dalama apa sahaja yang dilakukan baik dalam pekerjaan, pergaulan mahupun kehidupan.
“Saya seorang yang sangat menjaga hubungan dengan sesiapapun. Jika ada masalah, saya lebih suka berinteraksi secara positif, berbincang secara profesional dan mencari penyelesaian terbaik.
“Budi bahasa kena selalu jaga. Itu yang saya selalu pegang tidak kiralah dengan mereka yang sesama bangsa atau sebaliknya,” katanya yang sentiasa merendah diri untuk mencari dan menambah ilmu.
Pada Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Best Product Ke-26 itu juga Jalaluddin menerangkan dia telah dilantik oleh Home Direct Shopping sebagai Duta Best Product sejak 2015.
Selain beliau, turut bergelar duta kepada Best Product ialah penyanyi Ramlah Ram dan Norman Hakim.
“Saban kali, sejak 7 tahun yang lalu majlis penyampaian diadakan oleh Best Products dan saya menyampaikan sendiri hadiah-hadiah lumayan serta Hadiah Utama bernilai sehingga RM 300,000 kepada peminat, pastinya berasa terharu dengan kejayaan mereka.
“Sejak menjadi duta kepada Best Products, secara peribadinya meraih inspirasi
daripada kemenangan para pelanggan jenama berkenaan kerana umur bukanlah penghalang untuk seseorang terus mengejar impian mereka.
“Para pelanggan bukan sahaja boleh mendapatkan barangan ekslusif daripada katalog, malah mereka juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dan lumayan sepanjang tahun yang sehingga kini berjumlah melebihi enam juta Ringgit telah diberikan kepada para pemenang,” ulas Jalaludin.
Mingguan Wanita : Suka dengan sikap merendah diri Datuk Jalaluddin Hassan.
Sumber : Instagram Jalaluddin Hassan & Ihsan Home Direct Shopping