“Awal Berniaga Cuma Terjual Dua Pek…” Pasangan OKU Raih RM12K Seminggu Jual Sambal Hitam

Share

Rezeki tertulis. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Walaupun kekurangan, langsung tidak membuatkan mereka berputus asa. Pasangan OKU penglihatan ini tidak menyangka rezeki datang selepas mereka kehilangan kerja sebelum ini.

Sementelah dua tahun sebelum ini terkesan dengan pandemik covid 19. Lebih teruk, bila tempat mereka bekerja terpaksa ditutup. Itulah yang dialami oleh Mohammad Yusri Azis dan isterinya yang hilang sumber pendapatan tetap.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: RIDER VIRAL ANAK OKU, AZIMAH AKUI HIDUP PERLU DITERUSKAN WALAUPUN SUSAH.

Demi Jaga Mak Ayah OKU, Gadis Kampung Tolak Tawaran Kerja, Buat Bisnes Sendiri

Pasangan OKU, Ligat Jual Sambal Hitam

Yusri, 28 tahun dan isterinya Nur Jannah Tan Jia Hui, 29 tahun telah berkahwin pada Mei 2021 dan mereka sebelum ini bekerja di sebuah restoran yang berkonsepkan ‘dine-in’ di Johor sejak akhir 2019.

Terkejut apabila restoran tempat mereka mencari rezeki terpaksa di tutup. Tapi mereka akur restoran itu sukar untuk beroperasi dalam keadaan sekarang.

Siapa sangka pasangan ini sebenarnya merupakan graduan Ijazah Sarkjana Muda Sosio Budaya Melayu dari Universiti Malaya (UM) dan melalui bantuan rakan sepengajian, mereka dapat menceburi bisnes menerusi platform e-dagang.


.

Yusri yang berasal dari GeorgeTown, Pulau Pinang amat bersyukur minat mereka dalam bidang perniagaan sejak di universiti dengan melakukan bisnes top up dan menjadi dropship pelbagai barang secara dalam talian membolehkan mereka terus menjana pendapatan sampingan.

“Dengan bantuan seorang rakan universiti, kami dapat mewujudkan kedai dalam talian menerusi platform e-dagang sejak Jun 2021.

“Saya bersyukur adanya teknologi dan aplikasi yang memudahkan semua pihak terutamanya golongan OKU seperti saya untuk menjana pendapatan dengan lebih mudah,” katanya.

Mulanya Hanya Terjual 2 Pek

Menjual produk sambal hitam melalui platform e-dagang popular, pasangan ini tetap bersyukur meskipun jualan kurang memberangsangkan pada peringkat permulaan.

Kata Yusri, dia tidak menyangka posting yang dibuat di laman facebook menjadi tular sehingga meraih banyak perhatian daripada pelbagai platform.

Masa mula-mula berniaga, sambal hitam hanya terjual satu atau dua pek saja, paling banyak pun lima pek sehari. Tapi selepas viral, pesanan boleh mencecah 100 pek sehari.


.

“Dalam tempoh seminggu jualan sambal hitam mencecah 1000 pek dengan jualan kira-kira RM12K. Syukur Alhamdulillah memang kami tidak menyangka sambutan amat menggalakkan,” katanya dengan gembira.

Selain sambal hitam, mereka turut menjual makanan dan produk kecergasan termasuk makanan sedia dimakan seperti pekasam di platform e-dagang.

Sehingga kini, pasangan ini masih dalam proses belajar bisnes dan mengalukan usahawan dalam talian untuk berkongsi tip perniagaan bersama mereka.


.

Dalam pada itu Yusri turut menasihati mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan dengan mencubanya secara serius sekiranya betul-betul berminat.

“Dalam apa jua yang kita lakukan, kata kuncinya adalah mesti mencuba. Kalau tak dicuba, macam mana kita nak tahu. Masa tu boleh belajar dan memperbaiki kesilapan.

“Tak perlu modal yang besar untuk buat bisnes dan boleh lakukan secara kecil-kecilan. Yang penting jangan takut untuk mencuba,” katanya.


.

Mingguan Wanita : Jangan anggap kekurangan itu satu bebanan, sebaliknya rezeki tak salah alamat, asalkan kita berusaha.

Sumber: Mstar

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora