“Awak Kerja Untuk Tanggung Keluarga, Saya Kerja Sebab Nak Bantu Ringankan Beban!”

Share

Kalau cerita penat kerja cari duit, silap gaya boleh perang mulut. Tambah kalau laki bini memang keluar bekerja dan balik-balik cuma tahu memberi arahan.

Ini salah! Nak hidup bahagia zaman sekaang, suami isteri kena banyak saling membantu. Tak boleh harap sebelah pihak sahaja. Sekali pun isteri cuma suri rumah, penatnya tetap tak habis.

Haaa… bukan senang nak handle emosi selepas berumah tangga ya. Nak-nak pula dua-dua masih muda dan lemah bab kontrol emosi. Untuk renungan bersama, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin

dulu.

Bila Pasangan Penat Kerja Cari Duit

“Awak kerja, saya kerja”

“Awak kerja untuk menanggung keluarga, saya kerja untuk membantu meringankan beban awak sahaja…”

“Tapi kenapa awak perlu jadi RAJA dalam rumah tangga? Balik saja kerja, terus minta itu ini, nak itu ini. Saya pun baru balik kerja, baru ambik anak. Tak sempat tukar baju lagi, tak sempat mandi lagi. Rehat pun tak… tapi awak balik je, terus tanya kenapa tak masak lagi, kenapa rumah tak kemas lagi, kenapa anak-anak tak mandi lagi.”

Tuan-tuan yang dihormati, kalau tangan tu tak membantu, mulut jangan jadi macam hantu.

Hidup sebagai suami isteri ini indah bila ada toleransi… tolak ansur. Apabila isteri bekerja, beliau tetap berusaha menjadi seorang ibu untuk anak-anak kita dan dalam masa yang sama, berusaha menjadi seorang isteri yang baik untuk kita. Janganlah membebani mereka dengan sesuatu perkara yang kita juga boleh lakukan dengan sendirinya.

Sebagai contoh :

Kita balik awal, sampai awal di rumah, kita kemaskan apa yang patut, buat kerja rumah, basuh baju, sidai baju.

Kita bungkuskan siap-siap makanan dalam perjalanan balik ke rumah tu, nanti isteri cuma perlu panaskan.

Kita nak minum air panas, tapi isteri sibuk dengan anak-anak, maka kita bancuh sendiri.
Isteri nak mandi, nak solat, maka kita jaga anak-anak, bagi isteri masa untuk bersiap dan berehat.

Mudahkan Urusan Isteri Di Rumah

Walaupun sebaik-baik tempat untuk isteri itu adalah di rumah, tapi apabila dia memilih untuk bekerja dengan niat membantu kita, maka kita cubalah membantu memudahkan urusan dirinya.

Jangan lupa bertanya, “Macam mana hari ini, ok ke ditempat kerja?”… ianya antara soalan yang dinanti oleh isteri dan kemudiannya, jadilah pendengar yang setia, dengar luahan dan ceritanya. Walaupun nampak mudah, tapi tak ramai suami yang tahu apa yang terbuku dihati seorang isteri.

Hargai pengorbanan isteri supaya dia rasa usaha dia tidak sia-sia. Jangan sampai hilang keikhlasannya untuk berbakti kepada suaminya.

Published by
Nadia