Avaa Vanja Tarik Nafas Lega, Berjaya Halang Anaknya Dibawa Keluar Negara

Share

Avaa Vanja tarik nafas lega, berjaya halang anaknya dibawa keluar negara. Pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah bersyukur dan menarik nafas lega apabila dua permohonan iaitu hadhanah interim (hak penjagaan sementara) dan injunksi berhubung anaknya dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah baru-baru ini.

Sebelum ini pelakon wanita itu telah memfailkan kedua-dua permohonan itu selepas dirinya memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember tahun lalu.

Avaa dan Aamil mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia sepuluh tahun.

Menerusi laporan media sebelum ini, Avaa telah membuat langkah pertama untuk memfailkan perceraian kerana berpendapat bahawa rumah tangganya tidak dapat dipelihara jika dia terus tinggal bersama suaminya.

Avaa Vanja Tarik Nafas Lega

Seperti mana dipetik menerusi portal K! Online, Peguam Syarie Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Avaa menjelaskan kedua kedua-kedua permohonan itu dibenarkan selepas mahkamah meneliti keseluruhan fakta yang difailkan Avaa pada pendengaran kes hadhanah yang berlangsung di mahkamah.

Menurut Peguam Syarie itu bagi kes hadhanah interim, anak guamnya memfailkan permohonan tersebut sementara menunggu permohonan hadhanah penuh diputuskan berikutan Avaa khuatir kebajikan dan akidah anaknya terabai sekiranya tidak dijaga beliau.

Sementara bagi permohonan injuksi pula ia bagi menghalang suaminya membawa anak mereka ke luar negara.

“Avaa memfaikan injunksi bagi menghalang anaknya dibawa keluar negara oleh suaminya yang turut mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat dan anak Avaa juga mempunyai kewarganegaraan negara itu,” jelas Nurul Hafidzah.

Baca Disini Juga:

Vicha Sudah Bernikah Warga Nigeria & Dikurniakan Anak Lelaki “Bersyukur Doa Mendapat Jodoh Yang Baik Dimakbulkan”

Pecah Rekod Dunia, Punyalah Panjang Letak Nama Anak Ada 1,019 Huruf!

“Tidak Mampu Menjaga Anak.” Wanita Ini Terpaksa Tinggalkan Bayi Dalam Kotak

Mingguan Wanita : Semoga Avaa Vanja terus tabah dalam mengharungi kehidupan dan dapat membesarkan anaknya dengan baik. 

Sumber / Sumber Foto : Instagram Avaa Vanja

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh