Pasangan selebriti popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan suaminya, Atta Halilintar selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada Sabtu lalu.
Aurel Hermansyah selamat melahirkan bayi keduanya melalui kaedah C section dan sepakat memilih tarikh yang cantik iaitu pada tanggal 11 November untuk menyambut kelahiran cahayamata keduanya itu.
Atta dan Aurel turut berkongsi beberapa momen bahagia namun menyentuh hati itu di media sosial mereka. Untuk rekod, Aurel dan Atta yang kini memiliki dua orang cahaya mata memilih nama Azura Hanna Nur Atta untuk puteri keduanya itu.
“11-11-23 Alhamdulillah telah lahir puteri ke 2 kami,” tulisnya di kapsyen.
Youtuber terkenal Indonesia ini turut berkongsi momen saat kelahiran anak kedua mereka yang penuh dengan momen menyentuh hati sehingga detik melahirkan di akaun TikTok miliknya.
Aurel yang ketika itu dibedah sempat ditenangkan Atta yang sentiasa mendampingi isterinya setiap saat untuk memberikan semangat buat Aurel.
Manakala Atta pula sentiasa mengucapkan kalimah Allah serta berselawat sepanjang masa agar dipermudahkan urusan kelahiran bayi kedua mereka.

Turut sama menanti momen penuh bahagia itu pastinya keluarga Hermansyah, Kris Dayanti dan keluarga Atta Halilintar yang setia menunggu.
Terdahulu, Atta dan Aurel turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Ameena Hanna Nur Atta yang kini berusia dua tahun.