Hiburan

Attar Speech Delay, Wawa Zainal Akui Silap Dedahkan Gajet Seawal Usia

Share

Ramai rupanya mak-mak di luar sana yang masih belum jelas memahami apakah itu masalah ‘speech delay’ di kalangan anak-anak. Lebih parah, bila mak-mak tak sedar, malah tak mengakui anak alami ‘speech delay’

Apa sebenarnya ‘speech delay’ ni. Ianya, gangguan percakapan pada anak. Beza tau dengan anak lambat bercakap. Anak yang lambat bercakap, tapi dengan rangsangan persekitaran, anak itu boleh pulih pertuturannya.

Tapi tidak dengan anak yang speech delay, mereka akan ketinggalan dan memerlukan campur tangan. Bagi mengelakkan ketinggalan jarak pertuturan mereka jadi lebih besar apabila semakin membesar. Itulah diperlukan bantuan terapi untuk pemulihan.

Dan inilah yang dialami oleh anak sulung pelakon, Aeril Zafril dan Wawa Zainal. Ahmad Fakhruddin Attar yang lebih dikenali dengan panggilan Attar alami speech delay. Malah, Wawa tak putus asa dedahkan anaknya dengan Terapi Carakerja (OT) sehingga Attar berjaya dapat markah yang tinggi dalam ujian kemasukan darjah 1 untuk ke sekolah yang diinginkan.

 

 

Berdebar Bila Attar Masuk Darjah Satu

Dalam posting terdahulu, Wawa berkongsi yang Attar dah masuk darjah 1,

“Ramai yang tanya perkembangan Attar macam mana. Alhamdulillah ada perubahan. Tahun depan dah masuk darjah 1. Risaunya.. Haritu kitaorang daftar dia darjah 1. Then rupanya sekolah tu kena exam dulu.

“So antara lepas ke tak la masuk sekolah tu. I and Aeril telan ayaq liur jugak la sebab dan dan teacher bagi exam paper pada Attar. Jenguk soalan dia boleh tahan susah la untuk budak 6 tahun.

“Dalam hati susahnya soalan ni untuk Attar. Mesti gagal. Tak sampai 30 minit, Attar keluar dari bilik exam tu and teacher bagitahu Attar lulus anda dapat markah 35 out of 40.

“Kira high score jugak. Alhamdulillah, leganya.

“Walaupun Attar tak lancar sangat bercakap tapi dia sejenis cepat tangkap kalau kita ajar. Tapi tu la Attar ni sejenis yang kejap-kejap je belajar. Lepas tu bosan. Tapi takpela kita slow-slow kayuh ya Attar. Mama tahu Attar budak yang bijak.”

 

 

Attar Ni Speech Delay, Dah 6 Tahun Masih Tak Lancar Bercakap

Ramai yang nak tahu kenapa Attar tak lancar sangat bercakap. Kata Wawa, anaknya itu mengalami masalah speech delay atau gangguan percakapan.

“Attar ni speech delay. Umur dah 6 tahun tapi belum lancar sangat lagi bercakap. Tapi Alhamdulillah ada peningkatan semenjak Wawa hantar dia pergi OT (Terapi Carakerja), speech therapy.

“Untuk yang mengadu anak masih belum bercakap padahal dan 2 tahun +, 3 tahun tu cuba kurangkan gajet.

“Sebenarnya Attar ni pun lambat sebab suka tengok gajet dulu. Silap kitaorang. Bila Wawa posting pasal Attar, ramai yang DM. Rupanya ramai juga ibu-ibu di luar sana yang alami masalah yang sama. Takpe, kita doa dan usaha. Usanya hantar pergi therapy etc dan banyak luangkan masa dengan dia.

“Gud luck mommies.”

 

 

Isunya.. Kurangkan Gajet Untuk Attar

Jelas Wawa lagi, Attar melalui perkembangan seperti anak-anak yang lain. Umur setahun lebih dah kenal ABC, Alif Ba Ta malah nombor. Tapi masalah speech delay tetap dialaminya.

Sehinggalah dia ambil keputusan untuk kurangkan gajet dari Attar, untuk membantu anaknya atasi masalah speech delay yang dialami.

Bila mana ada ibu yang maklumkan gajet bukan penyebab. Sebaliknya, mak ayahlah kena pantau anak bermain gajet. Ini komen Wawa.

 

Komen Wawa,

“Terpanggil pulak nak komen benda ni. Masih lagi issue Attar speech delay. Untuk pengetahuan, Attar ni pun sama ya umur setahun lebih dah kenal ABC, alif ba ta, nombor, warna, shape, A for apple sampai Z to zebra.

“Memang semua tahu dan hafal.. tapi pun speech delay jugak ya. So, jangan selesa sangat anak tu da pandai sebab gajet. Saya cuma nasihat kan kurangkan gajet.

“Tapi terpulang la pada diri sendiri. Saya cuma share berdasarkan pengalaman sahaja. Dan share pada followers yang bertanya mengenai Attar.”

Wawa dan Aeril juga dikurniakan seorang anak perempuan yang comel bernama Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

MW : Sebenarnya mengehadkan penggunaan gajet pada anak-anak lebih banyak baik dari buruknya.

Sumber/Foto : Wawa Zainal, Aeril Zafril

Published by
Netty Ah Hiyer