Melalui fasa perceraian sebelum ini, siapa sangka jodoh akan kembali mengetuk pintu hati penyanyi era 80-an, Suliza Salam. Penyanyi yang juga merupakan ibu kepada Ismail Izzani ini menemui sinar bahagia dalam perkahwinan keduanya. Suliza Salam selamat bernikah dengan ahli perniagaan, Ismail A Ahmad pada Disember lalu.
Baru-baru ini, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis resepsi secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai terdekat kedua belah pihak.
Menurut Suliza, setelah lebih lima tahun mengenali suami, hubungan mereka berubah daripada persahabatan kepada ikatan yang lebih mendalam.
“Bercerai bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dalam setiap kesedihan pasti ada hikmahnya. Kak Su mula rapat setelah melalui fasa perpisahan.
Keprihatinan dan kesungguhannya untuk sentiasa berada di sisinya, bukan hanya untuk diri kak Su tetapi juga untuk anak-anak dan cucu-cucu, benar-benar menyentuh hati. Malah kematangan dan keyakinan dia juga berjaya meyakinkan Kak Su. Usia bukan ukuran yang penting kesanggupan diri untuk memikul tanggungjawab”ujar Suliza berkongsi momen bersama Mingguan Wanita.
Tambahnya lagi, cinta tidak terhad pada angka tetapi lebih kepada keserasian, kepercayaan, dan keikhlasan dalam memikul tanggungjawab.
Ads
“Kadang-kadang kita terlalu memikirkan apa orang kata, sedangkan bahagia itu adalah hak kita sendiri. Tuhan sudah menentukan jodoh, tugas kita adalah menerima dan menghargainya,” ujar Suliza lagi.
“Mama boleh nikah, tapi hanya dengan dia,”-Ismail Izzani
Namun, sesuatu yang membuatkan kisah ini lebih manis adalah dorongan anak sendiri, Ismail Izzani yang mahu mama tersayang hidup gembira.
“Dalam nada berseloroh tetapi penuh makna, Ismail berkata, “mama boleh nikah, tapi hanya dengan dia,” kerana dia sudah lama mengenali dan mempercayainya. Kata-kata itu bukan sekadar gurauan, malah menjadi pemangkin kepada restu keluarga yang semakin kuat menyokong penyatuan kami,”ujar Suliza Salam lagi.
“Kadang-kadang kita terlalu memikirkan pandangan orang lain, sedangkan yang paling penting adalah ketenangan dan kebahagiaan diri sendiri. Allah yang tentukan jodoh kita, bukan manusia,” kata Suliza penuh syukur.
Ads
Keikhlasan dan keyakinan dalam membina rumah tangga bersama telah memberikan Suliza kekuatan untuk melangkah ke fasa kehidupan yang baharu. Perkahwinan ini bukan sekadar satu ikatan, tetapi juga satu janji untuk sama-sama menjaga dan menyayangi hingga ke akhir hayat.
Baru-baru ini, pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi yang diadakan dalam suasana penuh kekeluargaan. Suliza anggun mengenakan dress merah jambu di samping suami tersayang.
Ads
Walaupun pada awalnya Suliza lebih selesa dengan majlis yang tertutup, atas permintaan anak-anak dan keluarga, mereka mempunyai pandangan berbeza. Pasangan ini diraikan dalam suasana penuh kegembiraan.
“Melihat senyuman orang tersayang pada hari bahagia membuatkan Kak Su semakin yakin bahawa inilah keputusan yang terbaik dalam hidup.
“Bila kita ditemani orang yang betul, tiada alasan untuk menolak kebahagiaan. Semuanya selesai dengan baik, dan yang paling penting, kami mendapat restu daripada semua yang kami sayangi. Syukur, Alhamdulillah,” ujar Suliza dengan nada penuh emosi.
Semoga rumah tangga yang baru dibina ini terus dirahmati, penuh dengan kasih sayang, kepercayaan, dan kebahagiaan. Sesungguhnya, jodoh adalah rahsia Tuhan yang terindah!
Figura pasangan merpati dua sejoli, Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal pasti tidak asing lagi di media sosial kerana sering menjadi contoh pasangan suami isteri yang romantis.
Malah pasangan ini juga sering berkongsi kisah kehidupan dan juga perniagaan mereka. Terbaru Wawa meluahkan rasa di mana dia sentiasa memaafkan suaminya andai melakukan sebarang kesilapan.
Wawa Zainal Sentiasa Maafkan Aeril
Bercakap jujur dari hati, Wawa akui dirinya begitu ikhlas dan sentiasa terbuka hati memafkan suami tersayang.
“Aeril jika dia ada buat silap, wawa niat dalam hati walaupun dia tak minta maaf pun lagi. Ok Wawa dah maafkan dia.
“Wawa niat dalam hati, ok aku maafkan dia dan tak nak rasa dendam dalam hati ini. Sebab Wawa tak nak rezeki tersekat,” luah Wawa menerusi sebuah hantaran video di Instagram.
Biasanya Akan Berbincang
Cerita Wawa lagi dia dan Aeril biasanya akan berbincang jika punya sebarang masalah.
“Kami selalu berbincang. “Sayang ni nak gaduh-gaduh ke? Nanti rezeki kita tak murah. “Kalau ada gaduh pasal bisnes pun kita tak boleh begini sebab rezeki tak akan dipermudahkan,” kata Wawa sambil didengari suami yang berasa disisi.
Apa yang diungkapkan oleh Wawa sememangnya ada logiknya. Seorang isteri yang baik akan sentiasa memaafkan suaminya. Malah ramai yang memberi komen positif.
thekakyong Betul, boss wawa dengan aeril pernah pesan supaya cuba jangan bergaduh sesama suami isteri selama setahun. Mesti rezeki tu dtg berlipat kali ganda. saya follow hampir 3 tahun Alhamdulillah rezeki saya tak pernah putus!! Thankyou boss nasihatkan kami
fezolznina Ingat lagi masa seminar, lady boss (wawa) pesan, jgn masam2 muka dgn suami. Kalau gaduh cpt mtk maaf. N kena ikhlas maafkan. Mcm tu jugak suami. Sbb utk kelancaran rezeki, dipermudahkan rezeki, rumahtangga dan pasangan tu kena sentiasa berkasih syg.. sampai sekarang melekat dalam hati dan minda pesanan tu dan bEtul alhamdulillah.. mmg terbukti
Wawacosmeticsbatugajahperak Terbaik lah boss kte. Nie boleh jadi contoh kepada yang lain. Terima kasih share boss
aeenbeautyventure.co So sweet
wawacosmeticsbyamirah masyallahh, saya nk kawin gak
zubaidahgurlz_ Sama lah ️ bila nak terasa hati mesti pkir dosa rezeki tkut Allah sekat rezeki suami
Empat hari lalu, selebriti dan usahawan Tya Arifin berkongsi fotonya memakai tudung disamping suami tercinta, Asyraf Khalid. Ramai yang senang dengan penampilan terkini Tya yang semakin terserlah kecantikannya.
Ramai followernya di instagram yang memuji malah mendoakan agar Tya kekal istiqamah dengan pilihannya untuk mengenakan hijab. Tya merupakan menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang mesra dengan gelaran Tokti.
Tya sendiri tak pasti sama ada mahu mengiyakan sama ada dirinya sudah bertudung atau sebaliknya.
“Hakikatnya, saya sedang mencuba dan membiasakan diri.” Akuinya yang sedar bukan mudah untuknya istiqamah. Namun sentiasa belajar untuk menjadi lebih baik.
“Dalam hidup ini, apa yang pasti, kita sentiasa mahu menjadi insan yang lebih baik. Malah, dengan apa yang saya nikmati saat ini daripada Allah, saya fikir saya belum jadi hambanya yang baik.” kongsi ibu anak dua yang berasal dari Pelambang, Indonesia.
Percaturan Allah Itu Cantik – Tya Arifin
Usahawan jamu Mutyara ini bukan saja lemah lembut, malah sering saja berkongsi tip-tip penyusuan, keibubapaan dan keusahawanan di laman instagramnya.
Terdahulu, Tya pernah menghadiri uji bakat pementasan teater muzikal, Puteri Gunung Ledang (PGL). Namun tiada rezekinya di situ.
“Saya anggap bukan rezeki. Percaturan Allah itu cantik. Tuhan susun saya dengan benda lain.”
Fokus Tya kini mahu membantu menaikkan semangat dan memberi bimbingan kepada usahawan di bawah perniagaannya sendiri.
Terkini, Tya berkongsi perkembangan di instagramnya sedang menjalani pengambaran rancangan temu bual khas untuk Para Wanita seperti Public Figure, Artis dan Usahawan. Yang mana, input dari temubual itu adalah untuk berkongsi pengalaman, tip-tip dalam kehidupan peribadi dan kerjaya.
Ianya adalah sebuah rancangan disiarkan secara berepisod di saluran Youtube Tya Arifin.
MW : Mendoakan semoga Tya Arifin terus istiqamah dan sukses mencapai impiannya.
Trio legenda muzik tanah air, KRU, bakal mencipta sejarah baharu dengan penganjuran Konsert GENKRU yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mei 2025 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Setelah lebih enam tahun tidak membuat persembahan berskala besar bersama, Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim kini kembali untuk meraikan perjalanan mereka dalam industri muzik tempatan yang telah berlangsung selama lebih tiga dekad.
Konsert ini dijangka menjadi salah satu acara epik tahun 2025. Menurut pengasas ICON ENTERTAINMENT, Iman Tang, idea untuk membawa KRU kembali ke pentas besar telah dirancang sejak 2022, dan persetujuan akhir hanya dicapai pada September 2024.
“KRU bukan sekadar sebuah kumpulan muzik biasa, tetapi ikon yang telah mencipta gelombang revolusi muzik di Malaysia. Konsert GENKRU ini adalah penghormatan kepada sejarah dan legasi yang telah mereka bina,” ujar Iman.
Menurut KRU, Konsert GENKRU bukan sekadar hiburan biasa, tetapi sebuah penghargaan terhadap muzik tempatan yang setaraf dengan karya Nusantara dan antarabangsa. Walaupun butiran mengenai konsep persembahan masih dirahsiakan, trio ini berjanji untuk memberikan pengalaman yang luar biasa dan tidak akan dilupakan oleh peminat.
Kali terakhir KRU tampil dalam konsert besar ialah melalui Konsert GenerasiKRU25 di Istana Budaya pada Mei 2018. Dengan kemunculan semula ini, mereka menjanjikan sesuatu yang lebih besar dan lebih bermakna, sesuai dengan legasi mereka sebagai pelopor muzik pop dan hip hop Malaysia sejak 1992.
Tiket hari kedua habis dijual dalam masa 45 minit
Sambutan luar biasa terhadap Konsert GENKRU sekali lagi membuktikan kehebatan dan keistimewaan KRU dalam hati peminat mereka. Tiket untuk hari kedua konsert yang dijadualkan pada 4 Mei 2025 habis dijual dalam tempoh hanya 45 minit selepas jualan dibuka pada jam 3 petang.
Menurut Pengasas ICON ENTERTAINMENT, Iman Tang, meluahkan rasa terharunya terhadap sokongan luar biasa ini.
“Kami amat terharu dengan sambutan ini. Tiket hari pertama habis dijual dalam masa 1 jam manakala tiket hari kedua habis dalam durasi 45 minit. Ini semua merupakan tanda kasih sayang dan penghargaan peminat buat IKON trio negara kita. Saya mewakili ICON ENTERTAINMENT dan KRU berasa sangat terharu dan ‘speechless’,” kata Iman Tang.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...