Asyraf Khalid meluahkan walaupun bergelar anak kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) dan anak tiri kepada penyanyi wanita tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, namun dia lebih selesa berdikari dan bukanlah seorang yang meminta-minta dan jauh sekali bergantung harap kepada ayahnya.
“Saya bersyukur sebab ayah banyak mendidik sejak kecil dan membentuk untuk diri ini menjadi seorang yang berdikari tanpa meminta-minta kepadanya. Masa muda, ayah paling pantang kalau saya minta duit kepadanya.
“Ayah nak saya faham tentang erti kehidupan dan kebiasaan mencari wang sendiri. Itu yang membuatkan saya takut untuk minta apa-apa daripadanya sampai sekarang. Itu juga yang membuatkan saya jadi seperti hari ini berkat didikannya.
‘Apalah Kakak Tya Dah Buat Tu’ Datuk Siti Nurhaliza Terhibur Dengan Gelagat Adik-Kakak Ini
Rasa Macam ‘Loser’
“Dari kecil, ayahlah yang berikan segala galanya untuk saya. Apabila sudah meningkat dewasa dan berkahwin, mana mungkin saya nak susahkannya lagi selain terus berada di bawah ketiaknya.
“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.
“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu… tak ada siapa yang tahu.
“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.
Asyraf mengakui sejak mendirikan rumahtangga dengan isteri tercinta Tya Arifin yang juga artis popular dari seberang, isterinya menjadi saksi jatuh bangun dirinya. Malah dia rasa sangat bertuah kerana Tya sangat memahami dan sanggup harungi hidup susah senang bersama.
“Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.
“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.
“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak, diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.
“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba.
“Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman, saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya bina kembali empayar dunia niaga sehabis baik,” kata bapa kepada dua cahaya mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa juga optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara yang diusahakan oleh isterinya Tya Arifin.
Di akhir bicara, sekalipun selesa berdikari, Asyraf berbangga kerana dia memiliki tenaga sokongan jitu di belakang iaitu keluarga tersayang.
Resipi ‘Roti Kerca’ Stail Siti Nurhaliza, Menu Kesukaan Dalam Family!