Asyraf Khalid meluahkan walaupun bergelar anak kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) dan anak tiri kepada penyanyi wanita tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, namun dia lebih selesa berdikari dan bukanlah seorang yang meminta-minta dan jauh sekali bergantung harap kepada ayahnya.
“Saya bersyukur sebab ayah banyak mendidik sejak kecil dan membentuk untuk diri ini menjadi seorang yang berdikari tanpa meminta-minta kepadanya. Masa muda, ayah paling pantang kalau saya minta duit kepadanya.
“Ayah nak saya faham tentang erti kehidupan dan kebiasaan mencari wang sendiri. Itu yang membuatkan saya takut untuk minta apa-apa daripadanya sampai sekarang. Itu juga yang membuatkan saya jadi seperti hari ini berkat didikannya.
“Dari kecil, ayahlah yang berikan segala galanya untuk saya. Apabila sudah meningkat dewasa dan berkahwin, mana mungkin saya nak susahkannya lagi selain terus berada di bawah ketiaknya.
Ads
“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.
“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu… tak ada siapa yang tahu.
“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.
Ads
RM10, Pilih Makan Dikantin Atau Restoran Mamak
Asyraf mengakui sejak mendirikan rumahtangga dengan isteri tercinta Tya Arifin yang juga artis popular dari seberang, isterinya menjadi saksi jatuh bangun dirinya. Malah dia rasa sangat bertuah kerana Tya sangat memahami dan sanggup harungi hidup susah senang bersama.
“Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.
“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.
Ads
“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak, diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.
“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba.
“Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman, saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya bina kembali empayar dunia niaga sehabis baik,” kata bapa kepada dua cahaya mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa juga optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara yang diusahakan oleh isterinya Tya Arifin.
Di akhir bicara, sekalipun selesa berdikari, Asyraf berbangga kerana dia memiliki tenaga sokongan jitu di belakang iaitu keluarga tersayang.
Perut ‘baby bump’, Puteri Sarah nafi hamil “sedang bahagia. Doakan syaikul, Sumayyah dapat adik “. Heboh seketika di media sosial apabila pengguna laman sosial bercerita tentang bentuk perut pelakon Puteri Sarah yang kelihatan seperti hamil.
Sebelum itu di akaun laman sosial Instagram Puteri Sarah yang juga isteri kepada Syamsul Yusof membuat hantaran gambar yang memperlihatkan bentuk perut seolah-olah ‘baby bump’.
Namun pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menerusi Harian Metro mengatakan dia tidak hamil seperti diperkatakan sebaliknya mengalami pertambahan berat badan.
“Saya tak hamil, tapi sekarang memang agak berisi sebab saya sedang bahagia.
“Doakan semoga Syaikul dan Sumayyah mendapat adik lagi.
“Sebenarnya, sejak kebelakangan ini mereka selalu cakap nak adik lagi.
Menerusi ruangan komen ibu kepada dua cahaya mata itu turut membalas komen pengikut.
“Tak nak diet nanti badan sekeping macam batang mop! Biar berisi tembam,” katanya.
“Macam Ni Pun Dah Cantik” Warganet
Menerusi ruangan komen warganet memuji kecantikan Puteri Sarah. Malah jika benar dia mengandung, mereka tumpang bahagia. Dan mendoakan kehidupan yang baik buat Puteri Sarah sekeluarga.
“Bagi Anis Masa, Tidak Mahu Memaksa”. Baru-baru ini heboh apabila isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri atau Anis menanggalkan hijab. Malah timbul juga tanda tanya apabila Anis turut memadam foto bersama Haqiem di Instagram.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu itu dilanda kontroversi namun Haqiem menjelaskan dia cuba menjadi suami yang terbaik buat isterinya.
“Bagi Anis Masa, Tidak Mahu Memaksa”
Pasangan yang bernikah di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021 itu didakwa rumah tangga mereka dilanda badai apabila kelakuan Anis berkongsi beberapa foto yang memperlihatkan dirinya tidak lagi berhijab, seperti yang lazim dilihat sebelum ini. Sebaliknya, foto dipaparkan menunjukkan Anis berselendang untuk menutup sebahagian daripada rambutnya.
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, Haqiem menjelaskan seperti mana rumah tangga orang lain dirinya juga tidak terkecuali. Malah isu isterinya menanggalkan hijab juga antara ujian buat Haqiem.
“Saya sebenarnya tidak mahu komen lebih (isu isteri tanggalkan hijab) sebab ini adalah berkaitan kehidupan peribadi.
“Cuma apa yang boleh dikatakan, saya sudah cuba sehabis baik untuk menjadi suami yang baik kepada Anis.
“Saya terima ujian ini dan masa sama berharap doa yang baik-baik daripada semua orang. Kita bagi dia (Anis) masa dan saya juga tidak mahu memaksa,” ungkap Haqiem.
Tidak Benar Rumah Tangga Retak
Haqiem juga turut menafikan desas desus gosip mengenai keretan rumah tangganya.
“Tidak kisahlah apa ‘assumption’ (andaian) atau siapa yang nak reka cerita kerana hubungan saya dengan isteri baik saja.
“Perkara ini mungkin timbul apabila saya sudah jarang upload (muat naik) di media sosial tetapi itu tidak bermakna hubungan rumah tangga saya bermasalah.
“Raya pun kami beraya di rumah keluarga dua-dua belah pihak dan datang ke Pulau Pinang juga bersama-sama,” terangnya.
Selebriti popular dan usahawan berjaya Neelofa memuat naik foto dirinya tanpa mengenakan purdah dalam Instagram mendapat pelbagai reaksi para peminat.
Perkongsian Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 34 di laman Instagram miliknya sekeping foto dirinya dalam versi teknologi kecerdasan buatan atau AI tanpa mengenakan purdah.
Meskipun gambar berkenaan sekadar dalam versi AI, namun perkongsian tersebut cukup membuatkan peminatnya teruja dengan foto yang dikongsikan oleh isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu.
Versi AI Belum Mampu Tandingi Kejelitaan Semulajadi
“Saya dalam versi AI,” tulis Neelofa di Instagram miliknya.
Difahamkan, foto tersebut dikongsikan kepada umum sebagai bahan promosi koleksi keluaran baharu jenama tudung miliknya, Naelofar.
Usahawan ini turut meluahkan hasratnya untuk menjadikan projek ‘Stamping Your Mark’ itu sebagai penerus kepada impak atau legasi yang mempunyai keunikan tersendiri.
“Buat perubahan,capai perkara yang tidak dapat dibayangkan, sumbang kepada komuniti anda dengan cara yang meninggalkan kesan yang kekal, tinggalkan ia lebih baik daripada sebelumnya. Sebuah warisan yang mencerminkan keunikan, bakat, dan sumbangan anda kepada dunia, sesuatu yang membezakan anda dan diingati oleh orang lain. Saya tak sabar untuk menunjukkan kepada anda koleksi penuh ini!
Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu jelas sekali mengubat kerinduan peminat untuk melihat wajah cantik bekas pengacara MeleTOP selepas dia memutuskan untuk berniqab pada Oktober 2020.
Untuk rekod, ibu kepada dua cahayamata ini mula mengenakan purdah sepenuhnya pada sekitar Oktober 2020. Menurutnya, keputusan memakai niqab diambil selepas mendalami ilmu agama. Neelofa juga dalam proses belajar dan membentuk keperibadian menjadi wanita Islam yang lebih baik.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.