Asyik Dengan Gajet, Boleh Rosak Mata Anak, Solusinya Ibu Beli Khemah Bawah RM10

Share

Musim PKP ini, anak-anak duduk rumah dan belajar secara PdPR. Boleh di katakan lima hari seminggu akan berdepan dengan gajet. Mak ayah, kalau tak dikawal penggunaannya, boleh rosak mata anak tu nanti.

Sebab itulah, ibu ini, Bonda Nor ambil pendekatan untuk berikan ‘off screen time’ pada anak-anaknya. Tidak boleh pegang gajet, handphone. Sebaliknya waktu inilah anak-anak perlu buat aktiviti yang tidak melibatkan gajet.

Antara inisiatif yang ibu lakukan adalah membelikan khemah mini dengan harga RM8.90 ini untuk dipasang oleh anak-anak. Seronok anak-anak. Malah, aktiviti sebegini sebenarnya membina keyakinan diri anak.

Asyik Dengan Gajet, Boleh Rosak Mata Anak

Semalam hubungi seorang sahabat kita yang ahli keluarganya dijangkiti Covid-19. Seisi keluarga kena kuarantin di rumah.

Seperti biasa, apabila ada kalangan sahabat yang terkena musibah, saya akan pantas-pantas hubungi dan minta nombor akaun untuk salurkan sedikit bantuan dari Tabung Ekspres-i.

Semalam, bersungguh dia menolak. Katanya, segan. Keperluan semua cukup, katanya. Saya senyum. Tapi tetap mahu juga beri sesuatu tanda Ingatan dan kasih sayang buatnya yang sedang teruji.

Saya pesan padanya, ambil sedikit dan belikan anak-anak permainan supaya anak-anak tidak bosan. Order online saja.

Tak kita, tak orang. Kalau kita yang dewasa ini pun terasa puas terkurung, anak-anak yang kecil apatah lagi. Fitrah mereka ketika ini ialah untuk explore dan explore.

Jangan asyik dibiarkan anak-anak dengan gajet semata-mata. Asyik hadap handphone, hadap tab sepanjang masa. Rosak mata anak kita!

Ibu Ajar Anak ‘Off Screen Time’ Main Khemah

Perkenalkan mereka dengan istilah off screen time. Anak-anak saya sudah terlalu lali dengan istilah ini.

Waktu tengah hari, misalnya, semua kena off screen. Maghrib, semua dah kena hantar handphone. Begitu juga, saya akan sangat marah kalau anak-anak seawal pagi sudah bermain game.

Off screen time adalah waktu mereka baca buku, atau explore bermain macam kanak-kanak zaman kita, zaman tiada gajet dulu. Main kereta, main perang-perang, main pondok-pondok, main masak-masak.

Kalau tak ada bajet nak beli, mak ayah tetap kena berkreatif sendiri untuk bantu anak-anak bermain. Ini memang fitrah mereka yang perlu kita raikan.

Khemah ni misalnya, saya belikan Nona dan abang-abangnya seronok tolong pasangkan. Tak mahal pun. Ada banyak variasi di Shopee dan ada yang boleh kita beli dengan harga serendah RM8.90!

Seronok tengok dia main adik beradik waktu off screen time. Kejap dia jadi puteri, kejap jadi mak. Haih… bertabahlah abang kakaknya layankan saja. Hahaha.

Sebenarnya main berlakon macam ni sangat bagus untuk kembangkan imaginasi anak-anak dan tambah keyakinan diri mereka. Jangan gelakkan, sebaliknya kita mak ayah pun boleh join berlakon sama.

So, persoalannya, awak masih ingat tak dulu masa kecik, awak jadi peranten berpasangan dengan siapa?

Saya tak ingat dah, tapi rasanya saya kena jadi peranten lelaki sebab ramai cakap saya macam jantan.

Nampaknya, ini juga sejenis fakta sejarah yang menjadi bukti bahawa semua orang boleh berubah.

Aplikasi ini berkesan pantau gajet anak, tahu detail tengah buat apa.

MW : Menarik kan idea ini. Bolehlah mak-mak cuba nanti.

Sumber/Foto : Bonda Nor

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer