Sekali tengok, macam susah betul nak buat creampuff nie. Jawabnya, kalau teringin nak makan mesti beli kat kedai atau order dengan kawan-kawan. Nasib hari tu, tak kena dengan selera kita, krim pula terlebih atau tak seperti selera yang kita nak. Mesti frust.
Kalau yang rajin tu, buat saja kat rumah. Tapi buat sendiri, kena dengan resipi memang menjadi dan mana tahu lebih sedap daripada beli kat kedai. Walau bagaimanapun, ada juga yang mencuba dua tiga kali tapi tetap tidak menjadi.
Kali ini, Azlina Ina berkongsi cara untuk membuat creampuff 1gebu. Cara yang diajarnya pun cukup senang dan mudah. Mak-mak amatur pun boleh buat.
“Ini resipi yang saya ajar paling mudah. Sambil pejam mata pun boleh buat sebab senang sangat nak membuatnya.
Bahan dan cara membuatnya disertakan bersama gambar.
1sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam halus
100 gram mentega
Bahan: 1 1/4 cawan tepung gandum (140 gram)
2 sudu kecil baking powder @ 1 sudu kecildouble action powder
Kacau rata tepung tadi dengan api perlahan. Apabila tepung menjadi pekat, tutup api dan teruskan kacau.
Sebelum tekan paip adunan, sapu mentega pada loyang dan bentuklah jenis yang anda suka.
Petuanya: Boleh spray air ke atas puff supaya tidak kering semasa sejuk dan bertambah gebu.
Biarkan seketika dan gunting bahagian tepi supaya ada rongga untuk masukkan inti.
Bahan: cream
250g cream cheese
5 sudu besar susu pekat
2 cawan whipping cream non dairy mix.
Campurkan semua bahan di atas dan masukkan isinya ke dalam puff.
Boleh juga campurkan dengan instant kastard.
MW: Siapa penggemar creampuff boleh la buat kat rumah ye. Senang sangat nak buat. Ikut resipi ini satu persatu..mesti jadi.
Sumber: Azlina Ina Fans