“Assalamualaikum Arabella Mia” seminggu bersalin, Dr Amalina perkenalkan puteri sulung. Tahniah diucapkan pada Pakar Bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri yang selamat melahirkan puteri sulungnya, Arabella Mia pada minggu lalu.
Dr Amalina yang sedang berkhidmat dan menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) telah berkongsi wajah anaknya di Instagram.
Untuk rekod, Dr. Amalina dan suami telah berkahwin pada 31 Mac 2021 di London, United Kingdom (UK) dan turut berkongsi pengumuman tentang dirinya berbadan dua pada 4 Jun tahun sama.
“Assalamualaikum Arabella Mia”
Menurut wanita yang berusia 35 tahun itu, dirinya dan suami, Alexander Charles menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata mereka itu.
Ads
Jelasnyanya lagi, Arabella dilahirkan di Hospital St. Thomas.
“Kami menyayanginya dan menghargai setiap saat bersamanya.
“Kami teruja dengan apa akan berlaku di masa depan. Alhamdulillah,” kongsinya.
Pengikut Dr Amalina rata-rata teruja dengan perkembangan terbaru Dr Amalina dan menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulungnya.
Tular di media sosial bila seorang kanak-kanak dengan tidak sengaja tersandar pada patung teletubbies dan pecah di sebuah kedai yang mempamerkan patung berkenaan, di Hong Kong.
Dikatakan patung teletubbies itu bernilai 52,800 yen atau RM34,854.94 telah terpecah dan mak ayah berputih mata kerana perlu membayar gantirugi tersebut.
Menerusi rakaman CCTV, sewaktu kejadian tersebut, seorang kanak-kanak lelaki dilihat untuk bersandar pada arca patung tersebut sebelum ia tumbang ke belakang.
Malah, kanak-kanak itu hanya mampu melihat dan berada dalam terpinga-pinga bila ‘diceramah’ oleh seorang staff. Sementara itu, ibunya pula dalam keadaan tidak percaya dengan apa yang berlaku.
.
Dikatakan patung teletubbies telah dipamerkan sejak November 2021, malah pihak premis turut mendakwa patung berkenaan tidak pernah ‘mengganggu’ kelancaran orang ramai keluar masuk kedai tersebut.
Selepas rundingan dilakukan, ibu bapa pada kanak-kanak tersebut perlu membayar pampasan atau gantirugi bernilai 30,000 yen (RM19,772.87) dengan kadar segera.
Peguam Minta Pulangkan Nilai Pampasan
Kejadian tersebut juga turut menjadi bualan hangat dan ada yang mempertikaikan tentang gantirugi tersebut. Apa yang menarik perhatian adalah peguam tempatan turut agar pihak premis memulangkan sebahagian wang pampasan.
Katanya, mereka perlu bertanggungjawab kerana tidak meletakkan patung pameran di lokasi yang betul-betul selamat. Insiden ini juga tular di seluruh dunia.
Mingguan Wanita : Tak tahu nak cakap apa, tak boleh dibayangkan apa perasaan mak ayah waktu itu.
Kereta & rumah Zainal Abidin ditenggelami air, rupa-rupanya penyanyi terkenal, Datuk Zainal Abidin juga menjadi mangsa kejadian banjir besar yang berlaku di Lembah Klang. Selain Ebby Yus, Shila Amzah, Yatzen, Zainal Abidin yang menetap di Seksyen 25, Shah Alam kediamannya juga ditenggelami air.
Kereta & Rumah Zainal Abidin Ditenggelami Air
Menerusi perkongsian sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Instagramnya, Zainal menerangkan kenderaan miliknya rosak teruk dan separuh kediamannya dinaiki air banjir.
Walaupun ditimpa bencana namun Zainal bersyukur tidak mengalami kerugian dan kerosakkan seperti mana mangsa banjir yang lain.
“Rumah saya tidaklah teruk rosak, sedikit harta benda di bahagian bawah, semua kereta saya ditenggelami air.
“Tapi oleh kerana saya mempunyai sahabat dan kaum keluarga, jiran yan baik dan banyak membantu.
“Ini adalah ujian Allah, Allah sayang kita, Allah uji kita. Jadi kita perlu tabah dan bertawakal kepada Allah.
“InsyaAllah yang terburuk adakalanya akan bertukar menjadi yang terbaik,” luah Zainal.
Enggan Kongsi Jumlah Kerugian
Seperti mana yang dilaporkan menerusi Harian Metro, Zainal enggan berkongsi jumlah kerugian yang dialaminya.
“Saya tak dapat nak berkongsi jumlah kerugian yang ditanggung.
“Biasalah apabila berlaku banjir, banyak kerosakan yang berlaku seperti perabot, barangan elektrik termasuk beberapa kenderaan yang dimiliki.
“Sebenarnya saya tidak mahu orang bersimpati sebab sudah ada yang datang memberi bantuan.
“Lagipun banyak lagi rumah yang lebih teruk terjejas dan perlukan pertolongan dengan segera,” ungkap Zainal.
Zainal yang mendiami rumah tersebut bersama isteri dan dua anaknya akui inilah pengalaman pertama berdepan dengan bencana banjir di mana rumahnya dimasuki air hingga paras dada.
“Saya tidak sempat menyelamatkan beberapa buah kereta dan barangan di dalam rumah yang ditenggelami air.
“Saya tinggal kurang lima minit dari Taman Sri Muda yang terjejas teruk.
“Kawasan di luar rumah saya saja air mencecah hingga paras telinga,” tambahnya.
Peningkatan kes jangkita Covid-19 yang semakin menular di sekolah-sekolah memang cukup membimbangkan. Di Selangor sahaja ketika ini dilaporkan 19 buah sekolah telah terpaksa ditutup sementara.
Cadang Tutup Sekolah Sementara Waktu
Terbaru, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mencadangkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menutup semua sekolah buat sementara waktu.
Presiden PIBGN, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, ia susulan peningkatan kes di beberapa negeri dan pertambahan kes melibatkan sekolah.
“Saya mohon supaya pihak bertanggungjawab menimbang cadangan ini bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 dalam kalangan guru-guru dan pelajar. Untuk itu, jika sekolah ditutup sementara, kita harap sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan Didik TV dilaksanakan dengan lebih sistematik.
“Langkah ini penting demi keselamatan semua pihak di sekolah terutama pelajar. Setakat ini, kita lihat sudah ada sekolah ditutup kerana peningkatan kes dan kewujudan kluster,” katanya.
Kluster Covid-19 Di Sekolah
Pada Isnin, sebanyak 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula Selasa berikutan kewujudan kluster Covid-19, manakala semua sekolah di Miri, Sarawak juga telah diarahkan tutup selama 14 hari kerana peningkatan penularan dalam kalangan guru dan pelajar.
Keutamaan Beri Vaksin Pada Guru
Mengulas lanjut, Mohamad Ali berkata, semua guru di negara ini wajar diberikan keutamaan menerima vaksin kerana bersama murid setiap hari.
“Guru-guru sebahagian daripada pasukan barisan hadapan dan saya fikir mereka ini patut diberikan keutamaan.
“Buat masa sekarang, suntikan vaksin kepada guru belum menyeluruh dan jalan terbaik untuk mengawal penularan ini adalah dengan cara menutup sekolah,” katanya.
Beliau berkata, terdapat ibu bapa yang menyatakan keresahan dan kebimbangan mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah selepas trend peningkatan kes dan kewujudan kluster melibatkan sekolah.
“Walaupun kebanyakan sekolah baharu sahaja kembali memulakan sesi persekolahan secara fizikal pada Mac dan April selepas hampir setahun menjalani PdPR, tetapi kes telah kembali meningkat.
“Kementerian Pendidikan, KKM dan MKN perlu segera membuat keputusan kerana kita bimbang lebih lama kita ambil masa, maka kes terus meningkat,” katanya.
MW: Memang membimbangkan mak ayah apabila wujudnya Kluster Covid-19 di sekolah-sekolah. Semoga KPM dan KKM membuat keputusan terbaik dalam mengekang jangkitan COVID di sekolah-sekolah.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.