Ashraf Muslim Luah Kerisauan “Pernah Duduk Hospital 39 Hari, Ayah Meninggal Dunia Disebabkan Covid-19”

Share

Ashraf Muslim luah kerisauan. Pelakon Ashraf Muslim berasa cukup risau dan meluahkan kebimbangan berikutan peningkatan kes COVID-19 kala ini.

Ashraf seperti mana yang diluahkan menerusi perkongsian di akaun Instagram akui dirinya masih trauma dengan COVID-19 dan mendoakan ahli keluarga dan sahabatnya dilindungi.

Ashraf Muslim Luah Kerisauan

Malah pelakon itu juga meluahkan dirinya sangat risau dan stress kemungkinan dek kerana apa yang berlaku sebelum ini.

“Belajar dari pengalaman yang lepas. Kalau kita tak bendung dari awal, InsyaAllah negara kita pun akan jadi mcm dalam video ni.

“Aku pernah duduk dalam hospital 39 hari sebab covid, ayah aku meninggal dunia disebabkan covid dan kesan covid bukan sahaja pada fizikal malah ekonomi pun terkesan sampai sekarang. Sedar-sedarlah, kepada pihak atasan tolong buat keputusan dengan tepat.

“Ambil nasihat dan sunnah Nabi bila berlakunya penyakit yg berjangkit apa yg dilakukan oleh Nabi dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw.

“Ini luahan hati saya yang sangat risau dan stress serta mungkin trauma dengan apa yg berlaku sebelum ini, saya mengharap ahli keluarga dan sahabat-sahabat saya jauh dari penyakit atau virus yg berjangkit ini,” kongsi Ashraf.

Baca Disini : 2 Tahun Covid Mengganas, Ashraf Sebak Pertama Kali Solat Bersama Jemaah Tanpa Penjarakan Sosial

8 Hari Bertarung Nyawa Akibat Covid-19, Ayah Ashraf Muslim Meninggal Dunia “Perginya Dalam Keadaan Baik dan Tenang”

“Yes, Cegah Dari Awal” Netizen

Menerusi ruangan komen ramai yang risau dengan perkembangan terbaru ini. Dan berharap kerajaan dapat mencegah dari awal sebelum virus Covid 19 bertambah teruk dalam negara.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Ashraf Muslim

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Reen Bakal Dirikan Rumah Tangga Tak Lama Saja Lagi

Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’

Published by
Norhayati Suboh