
Asbab Tolong Mak Ayah Lepas Sesi Persekolahan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Demi Membeli Keperluan Isteri, Suami Rela Panik, Termenung Lama & Berpeluh

Isi Kandungan
ToggleMembeli barangan keperluan harian memang nampak semudah ABC di mata isteri. Namun sebenarnya amat sukar bagi suami. Maklumlah sebelum ini hanya membantu isteri sahaja atau ada yang menyerahkan pada isteri sepenuhnya.
Tetapi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, suami pula yang perlu keluar membeli segalanya, dari basah basah, barang kering dan keperluan “utama” isteri. Sebenarnya jika info mencukupi dan barang yang dipesan ada dijual ianya tak mendatangkan masalah. Masalah besar dan akan timbul panik bila suami tersalah shopping.
Jadi demi membeli keperluan isteri tercinta, suami rela panik, termenung lama dan berpeluh agar apa yang dipesan isteri betul dan tak salah terutamanya membeli “tuala wanita”.
Ikuti perkongsian, Akhtar Syamir ini :
Bila Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan, hanya ketua keluarga sahaja boleh keluar.
Masalah datang apabila ketua keluarga sampai di bahagian ini. 15 minit saya dekat depan itu belek-belek dan baca label semua. Bermacam-macam yang bermain di fikiran saya.
Banyaknya brand? Brand mana yang bagus? Kenapa satu brand tapi ada dua tiga warna pack dia? Banyaknya jenis? Wing dan tak wing? Kepak apa? Slim dan normal? Maxi tu maximize ke? 22cm? 23cm? 32cm? 35cm? Macam mana kalau beli yang 22cm tapi dia nak yang 23cm? 1cm tu banyak ke beza rasa dia? Rasa apa? Saya mula panik.
Macam mana kalau beli yang 35cm tapi dia rasa panjang sangat? Kat cover ade tulis 28cm tapi kat rak ni kenapa takde 28cm? Kenapa yang overnight tu 35cm tapi sebelah dia overnight 29cm? Ade malam lain-lain keperluan ke? Dia nak yang overnight ke yang siang punye? Aritu ade beli yang paling besar tapi kenapa bulan lepas dia nak yang slim?
Yang mana lagi berbaloi? 14 keping ke 16 keping? Ke valuepack berpuluh-puluh keping? Berapa keping nak beli ni? Berbaloi ke beli banyak? Kalau salah beli macam mana? Kenapa yang ni lagi murah dari yang tu? Extra dry tu maksud dia kering sangat ke? Odorfree tu takde bau apa? Gel tu macam mana? Macam sanitizer ke ada yang gel ada yang liquid?
Kenapa terlalu detail dan terlalu banyak pilihan yang perlu dibuat? Kenapa tak macam pampers anak? Senang saja kalau nak beli. Yang XL memang XL. Yang M memang M. Tak ada pakai sentimeter. Tak ada kepak boleh terbang, tak ada siang malam pagi petang. Haaa..

Dulu Memang Malu
Dulu masa mula-mula kahwin memang malu masa beli ini. Tapi sekarang tak malu dah. Cuma kena berdiri termenung depan rak tu lama sikit. Tak peduli pun orang lalu ke tersengih-sengih ke. Janji saya dapat beli yang terbaik untuk isteri. Harap-harap la tak silap.
Sampai rumah dengan bangganya bagi kat isteri dengan penuh harapan dia suka apa yang saya pilih untuk dia. Ada bulan itu dia puji. Ada bulan tu dia tak ada respon. Ada bulan itu kena beli tambah sebab tak cukup.
Orang kata perempuan selalu overthink, terlebih fikir. Tapi dalam bab memilih benda ini sebenarnya lelaki ada bermacam-macam soalan dalam kepala dia.
Betul ke kalau salah beli boleh menyebabkan kemurungan? Ada juga yang kata yang penting “suami kena ikut arahan”. Bukannya tak nak ikut, cuma bila yang diberitahu itu tak ada atau packaging dia dah tukar, dari tenang terus jadi panik tau tak?
Demi mu isteri. Biar suami mu panik berpeluh termenung depan rak tu. Asalkan dapat membantu mu pada waktu itu.
Yang penting, #dudukrumah.
Cara Atasi Panic Buying
Cadangan untuk atasi panic buying jenis ni :
– Video Call.
– Awal-awal isteri bagi gambar hasil carian Google.
– Bagi suami bawak plastik yang bulan lepas kalau ada simpan lagi.
Apa korang punya cara supaya suami tak salah beli?
Share post ni sebagai tanda #soladiriti kepada para suami yang panik. Haha..
Ingat, kalau salah beli, jangan mengeluh. Pakai sanitizer, pakai mask, keluar dari rumah, pergi tukar dengan seberapa segera. Kerana semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kalau isteri masam muka, alamatnya tak makan la. Jangan main-main tau..
Saya faham ramai isteri lalui situasi seperti di bawah :
“Abang, beli brand kotex, warna purple, 32 cm, tak ada wing, odorfree, tak nak yang gel tau, gatal nanti. Tak nak salin ke?”
“Abang ingat semua, jangan risau. Bulan lepas kan dah beli?”

Bila balik…
“Okey, abang dah beli brand Libresse sebab dia ada offer RM 2. Warna biru pack dia sebab cantik, abang tau sayang suka warna biru. 28cm cukup kot, nak panjang-panjang buat apa, yang ada wing bagus kan? Lebar sikit. Siap abang beli yang ade bau wangi dengan gel bagi sayang selesa. Pandai kan abang? Suami mithali kan?”
Apa perasaan korang bila jadi macam ni?
Jangan serius sangat ye. Ini hanya penulisan santai buat mengisi masa #dudukrumah kita.
Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️
Sumber: Akhtar Syamir
MW: Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memudahkan tugas berat suami sepanjang tempoh PKP ini. Sebelum keluar membeli barangan sebaiknya suami cuba fahami sebaik mungkin senarai yang dipesan. Jika ada kemusykilan boleh bertanya terus agar tidak tersalah beli dan menyenangkan kedua pihak.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Michelle Yeoh Sertai Pembersihan Pasca Banjir “Terharu Orang Ramai Tidak Kira Agama, Bangsa Turun Membantu”

Isi Kandungan
ToggleMichelle Yeoh sertai pembersihan pasca banjir, siapa sangka bintang Hollywood kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh turut sama turun padang sertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir.
Malah bintang filem terkenal dunia ini juga begitu prihatin dan terharu dengan melihat orang ramai membantu mangsa banjir.
Michelle Yeoh Sertai Pembersihan Pasca Banjir
Kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini di beberapa tempat di Lembah Klang sememangnya menyentuh perasaan ramai.
Malah dek kerana keprihatinan dengan keadaan mangsa banjir yang teruk terjejas, Michelle Yeoh juga sudi menyertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Seperti mana dilaporkan Astro Awani, Michelle memberitahu semangat yang ditonjolkan merupakan semangat Krismas yang sebenar.
“Ini semangat Krismas yang sebenar. Terima kasih kepada semua.
“Saya amat terharu melihat orang ramai yang bersama di sini tidak kira agama, bangsa atau warganegara yang turun membantu mangsa banjir,” ujarnya.
Tidak Sangka Bintang Popular Turut Sama Membantu
Kehadiran Michelle ternyata menarik perhatian ramai yang mungkin tidak menyangka bintang popular itu turut bersama-sama para sukarelawan lain untuk melakukan kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2.
Difahamkan kerja-kerja pembersihan tersebut dilakukan bersama pasukan 502 Askar Wataniah di bawah Divisyen Ke-4 Infantri Malaysia (4 Div), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Yayasan Taiwan Buddist Tzu-Chi Malaysia.
Baca Disini Juga:
Idea Bernas Projek RUMAH RAKIT Atas Darat, Waktu Banjir Terapung Elok!
Lelaki Ini Kongsi Selamatkan Peti Ais, Mesin Basuh Ditenggelami Banjir Dari Terus ROSAK
Mingguan Wanita : Bangga dengan rakyat Malaysia yang bertungkus lumus membantu mereka yang dilanda musibah.
Sumber / Sumber Foto: Astro Awani & Instagram Michelle Yeoh
Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penghidap Sakit Tulang Belakang Membengkok (Skoliosis), Pelajar Terbaik SPM 12A

Isi Kandungan
ToggleKeputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini, ternyata membawa pelbagai cerita tersendiri. Di sebalik kejayaan manis yang diperolehi, pasti ada usaha pahit getir yang perlu dilalui. Kekurangan diri dan masalah kesihatan yang dihadapi bukanlah satu halangan untuk memperolehi keputusan cemerlang dan dianugerahkan pelajar terbaik dalam peperiksaan ini.
Penghidap Skoliosis
Tepukan gemuruh hadirin mengiringi langkah seorang penghidap Skoliosis, Nabila Irdina Mat Yaacob, 18, naik ke pentas utama saat namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Kategori Pelajar Terbaik SPM Berkeperluan Khas sempena keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 dengan pencapaian 12A.
Nabila Irdina adalah antara 60 calon cemerlang peperiksaan itu di Selangor tahun lalu dengan pencapaian 9A+ hingga 12A+ yang diraikan pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2019 di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) di sini, hari ini.
Penyakit Fizikal Kekal
Calon Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang itu berkata, penyakit fizikal kekal yang mula dikesan sejak lima tahun lalu itu menyebabkan tulang belakangnya membengkok yang mengakibatkan dia terpaksa menahan kesakitan apabila duduk dan menulis terlalu lama, selain mudah letih serta sukar bernafas.
“Pernah ketika minggu peperiksaan SPM November lalu, saya tidak dapat menggerakkan tangan kanan kerana banyak membuat latihan dan menulis nota semasa mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.
“Saya terpaksa menggunakan tangan kiri untuk belajar dan sangat sukar kerana bukannya kidal, namun saya bersyukur sahabat di asrama sangat membantu memudahkan urusan saya dengan sama-sama belajar, menyuap makanan, mengikat rambut serta memakaikan tudung.
“Alhamdulillah, apabila pada hari kertas peperiksaan tiba, tangan saya kembali sembuh dan boleh menjawab soalan dengan baik,” katanya yang bergenang air mata tatkala mengimbau penderitaan itu.
Rezeki Daripada Allah SWT
Anak ketiga daripada enam beradik itu mengakui tidak menyangka memperoleh keputusan itu memandangkan hanya mencatatkan 8A pada percubaan SPM lalu dan menganggap semuanya rezeki daripada Allah SWT, usaha berterusan dan sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan keluarga.
Beliau berkata, guru SBPI Rawang yang mempraktikkan budaya kekeluargaan turut memberi sumbangan besar terhadap pencapaiannya itu kerana sanggup meluangkan masa sehingga tengah malam bagi membantu pelajar mengulang kaji di asrama, memberikan kata-kata harapan setiap hari dan sering bertanya khabar di dalam kelas.
Tip Kejayaan
Diminta berkongsi tip kejayaan kepada pelajar lain, Nabila Irdina berkata, setiap orang boleh berjaya asalkan gigih berusaha dan memiliki semangat tinggi.
“Allah jadikan setiap manusia memiliki kelebihan masing-masing, jadi berusahalah sebaik mungkin, jangan jadikan kekurangan diri, contohnya masalah kesihatan sebagai alasan untuk tidak berjaya.

“Belajar menggunakan jadual tersusun, miliki azam, buat baik kepada ibu bapa dan orang keliling, hormat guru, jaga hubungan sesama manusia, lakukan amalan agama serta berdoa, kita pasti berjaya,” kata pelajar aliran Sains Tulen itu.
Baca Lagi Di Sini:
Anak Kembar Dapat Result Cemerlang SPM, Azhar Sulaiman Ucap Terima Kasih Pada Isteri
MW: Tahniah buat adik Nabila Irdina Mat Yaacob, ternyata walaupun mempunyai masalah kesihatan tidak menghalang untuk mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran. Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Sumber: Bharian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI