Asbab Belanja Isteri & Anak-Anak RM800, Rezeki Khai Dapat Cek RM80,000! Rezeki datang dalam pelbagai cara. Salah satu asbab suami dimurahkan rezeki apabila tidak berkira dengan keluarga dan ikhlas gembirakan isteri serta anak-anak.
Pasangan selebriti yang lahir dari program realiti Akedemi Fantasia musim pertama (AF1) pada 2003, Khairul Nizam Mohamad Wahi,44 atau Khai dan Rosmayati Sidik,38 atau lebih dikenali Rosma telah 15 tahun mendirikan rumahtangga.
Perkenalan daripada program realiti tersebut membawa pasangan ini hingga ke jenjang pelamin pada 2008 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Muhammad Amzar Danish,12, Nur Amani Damia,7 dan Dhania 4.
Pasangan ini kini merupakan usahawan berjaya dan cukup aktif mengusahakan perniagaan kesihatan serta produk inai rambut sebagai sumber pendapatan.
Baru-baru ini, bapa kepada 3 orang anak ini berkongsi cerita asbab menggembirakan hati isteri dan anak-anak, serta berkat doa mustajab isterinya dia sekeluarga diberikan rezeki yang melimpah ruah.Jumlah berganda dari nilai yang dibelanjakan buat keluarga.
Gembirakan hati isteri atau pasangan dengan ikhlas dan kedua-duanya bersyukur, InsyaAllah… Allah akan luaskan lagi pintu rezeki tanpa sedar. Kaya hati dan tenang jiwa. Belanja isteri bukan asbab nak balasan tapi ikhlas tapi dengan berkat doa isteri rezeki melimpah ruah.
Saya belanja isteri dan anak-anak total dalam RM800, isteri terus doa depan-depan.
“Ya Allah Engkau bukakanlah pintu rezeki suamiku ini dengan rezeki tanpa disangka”
Power bila isteri doa dengan ikhlas sepenuh hati. Tapi niat kita belanja family bukan atas sebab balasan. Belanja dengan ikhlas kerana Allah untuk buat mereka happy dan itu rezeki mereka.
Isteri akan tahu sendiri doa untuk kita juga. Tapi anak-anak perlu diingat, seblm tidur doa. Pesan selalu. Doa ringkas pun takpe janji untuk 1 famili sihat, sentiasa diberkati, dilindungi serta berjaya dunia akhirat. Lepas tu suruh anak-anak baca doa makan pun OK.
Doa perlu jelas. Ini cerita betul, depan saya isteri saya doa asbab RM800 ko berikan suamiku RM80,000. Itu yang saya tahu lah sebab tu saya terkejut betul-betul cek dapat berjumlah RM80,000. MasyaAllah…
Mesti Baca:Bila Belanja Isteri Jangan Harapkan Balasan, Hanya Doa Urusan Suami Dipermudahkan
Baca Lagi Di Sini:Rezeki Suami Tambah Murah Bila Ringan Tulang, Tak Lokek Belanja Isteri, Itulah Sebaik-Baik Sedekah
Artikel Menarik:Tip Murah Rezeki Selain Bersedekah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Luar Biasa Selepas Belanja Isterinya Makan
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, memang tak rugi gembirakan anak isteri. Berkat doa isteri semakin dimurahkan rezeki melimpah ruah. Semoga menjadi contoh dan inspirasi buat para suami yang lain juga, supaya tidak berkira untuk bahagiakan anak isteri.
Sumber: Instagram & Twitter Khai_Rosma
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.