Asbab Belanja Isteri & Anak-Anak RM800, Rezeki Khai Dapat Cek RM80,000! Rezeki datang dalam pelbagai cara. Salah satu asbab suami dimurahkan rezeki apabila tidak berkira dengan keluarga dan ikhlas gembirakan isteri serta anak-anak.
Pasangan selebriti yang lahir dari program realiti Akedemi Fantasia musim pertama (AF1) pada 2003, Khairul Nizam Mohamad Wahi,44 atau Khai dan Rosmayati Sidik,38 atau lebih dikenali Rosma telah 15 tahun mendirikan rumahtangga.
Perkenalan daripada program realiti tersebut membawa pasangan ini hingga ke jenjang pelamin pada 2008 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Muhammad Amzar Danish,12, Nur Amani Damia,7 dan Dhania 4.
Usahawan Berjaya
Pasangan ini kini merupakan usahawan berjaya dan cukup aktif mengusahakan perniagaan kesihatan serta produk inai rambut sebagai sumber pendapatan.
Baru-baru ini, bapa kepada 3 orang anak ini berkongsi cerita asbab menggembirakan hati isteri dan anak-anak, serta berkat doa mustajab isterinya dia sekeluarga diberikan rezeki yang melimpah ruah.Jumlah berganda dari nilai yang dibelanjakan buat keluarga.
Ads
Berikut perkongsian tersebut;
Gembirakan hati isteri atau pasangan dengan ikhlas dan kedua-duanya bersyukur, InsyaAllah… Allah akan luaskan lagi pintu rezeki tanpa sedar. Kaya hati dan tenang jiwa. Belanja isteri bukan asbab nak balasan tapi ikhlas tapi dengan berkat doa isteri rezeki melimpah ruah.
Saya belanja isteri dan anak-anak total dalam RM800, isteri terus doa depan-depan.
“Ya Allah Engkau bukakanlah pintu rezeki suamiku ini dengan rezeki tanpa disangka”
Kuasa Doa Isteri
Power bila isteri doa dengan ikhlas sepenuh hati. Tapi niat kita belanja family bukan atas sebab balasan. Belanja dengan ikhlas kerana Allah untuk buat mereka happy dan itu rezeki mereka.
Ads
Isteri akan tahu sendiri doa untuk kita juga. Tapi anak-anak perlu diingat, seblm tidur doa. Pesan selalu. Doa ringkas pun takpe janji untuk 1 famili sihat, sentiasa diberkati, dilindungi serta berjaya dunia akhirat. Lepas tu suruh anak-anak baca doa makan pun OK.
Doa perlu jelas. Ini cerita betul, depan saya isteri saya doa asbab RM800 ko berikan suamiku RM80,000. Itu yang saya tahu lah sebab tu saya terkejut betul-betul cek dapat berjumlah RM80,000. MasyaAllah…
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, memang tak rugi gembirakan anak isteri. Berkat doa isteri semakin dimurahkan rezeki melimpah ruah. Semoga menjadi contoh dan inspirasi buat para suami yang lain juga, supaya tidak berkira untuk bahagiakan anak isteri.
Malang tidak berbau, itulah nasib yang menimpa pasangan bakal pengantin dari Zimbabwe ini.Dalam menanti saat bahagia disatukan sebagai suami isteri, kejadian tragis diserang buaya mengubah segalanya.
Pasangan ini diserang buaya hingga mengakibatkan pengantin perempuan kudung pada tangan kanannya dan mengalami kecederaan pada tangan kirinya. Namun pasangan ini tetap meneruskan perkahwinan mereka di sebuah hospital di Zimbabwe walaupun baru 5 hari kejadian tersebut berlaku.Memang hebat dan berhati kental.
“Dalam tempoh seminggu, ‘mimpi ngeri’ itu bertukar menjadi pengalaman luar biasa dan menakjubkan,” kata warga Britain, Jamie Fox, 27.
Diserang Ketika Berkanu
Pada 30 April lalu, Fox bersama tunangnya, bekas pemain tenis, Zenele Ndlovu sedang berkanu di Sungai Zambezi yang juga merupakan antara sungai terpanjang di Afrika dan mereka diserang buaya secara tiba-tiba.
“Saya hanya mampu menjerit dan cuba untuk menyelamatkannya. Dia langsung tidak mengadu sakit selepas berjaya ditarik keluar dari sungai itu dalam keadaan berlumuran darah, mungkin kerana dia masih terkejut.
“Bagaimanapun, kami bersyukur kerana masih hidup dan dapat meneruskan hari bersejarah kami walaupun lokasi bersejarah terpaksa ditukar kerana Ndlovu masih dirawat di hospital,” katanya.
Jelasnya lagi, dia melamar wanita bertuah itu pada Februari lalu selepas menjalin hubungan cinta selama kira-kira 18 bulan.
“Kami berharap dapat menetap di Britain dan saya telah menguruskan visanya. Selepas segala urusan itu selesai, kami akan fikirkan pula tentang lokasi bulan madu,” ujarnya.
Apa-apa pun tahniah dan selamat pengantin baru buat pasangan ini. Tahniah juga buat pengantin lelaki yang tetap setia dan meneruskan perkahwinan ini walaupun, tunangnya telah kudung dan menjadi orang kurang upaya.
Terjawab sudah segala spekulasi dan persoalan mengenai status sebenar hubungan pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura selepas pasangan itu mengaku mereka sudah bertunang.
Sejurus pulang daripada mengerjakan Umrah, Fattah, 27, dan Fazura, 34, tampil mengesahkan mereka melangsungkan majlis itu pada 13 November lalu di rumah nenek Fazura di Petang Jaya dan bukan bernikah seperti yang diperkatakan.
Dari Mulut Fattah…
“Alhamdulillah… pada 13 November lalu, keluarga saya telah menghantar rombongan merisik dan bertunang.
“Saya dah Fazura memang merancang untuk bertunang sebelum menunaikan Umrah. Kami belum lagi bernikah seperti yang diperkatakan,” kata Fattah kepada pihak media.
Menurut Fattah, mereka juga mahu melalui proses perkahwinan seperti orang lain namun pelbagai spekulasi yang timbul ketika mereka berada di Tanah Suci.
“Saya dan Fazura juga mahu melalui proses perkahwinan seperti orang lain. Daftar kursus kahwin dan uruskan dokumen kahwin.
“Kami nak kongsi berita gembira ini selepas kami pulang tapi banyak pula spekulasi yang timbul,” ujarnya.
Pasangan ini juga menafikan pada 14 November lalu ada majlis pernikahan seperti yang dihebohkan.
“Pada 14 November lalu hanya ada majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kami bakal mengerjakan umrah.
“Tidak ada majlis pernikahan yang seperti dihebohkan ramai,” katanya.
Fattah dan Fazura merancang untuk melansungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat (Disember) tetapi resepsi mungkin akan diadakan pada tahun depan.
Mereka juga merancang untuk mengadakan majlis nikah secara tertutup namun tetamu lain termasuk pihak media akan diundang pada majlis resepsi.
Tersebar khabar angin Fattah dan Fazura memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.
Cerita Lamaran Dari Fattah Amin Pada Fazura
Bercerita tentang penerimaan hubungan ini, Fazura berkongsi cerita romantik bagaimana dirinya boleh menerima lamaran Fattah Amin sekali sahaja.
“Fattah banyak kali cakap, kawin nak, kawin nak.”
Sebenarnya kalau diikutkan Fazura memang jenis pentingkan karier dan ini buat dia fikir banyak kali juga nak terima Fattah tetapi bila nampak kesungguhan Fattah, dia terbuka hati dengan keikhlasan pelakon lelaki ini.
Sekarang tengah bersedia untuk pergi kursus kahwin, lagipun jadual mereka berdua pun cukup padat. Jadi pihak pengurusan yang akan uruskan tarikh perkahwinan nanti.
Penampilan Bertudung
Nampak manis dan cantik apabila Fazura memakai hijab, namun apabila disoal sejauh mana penampilannya itu, Fazura cuma berharap netizen mendoakan yang baik-baik sahaja.
Foto: Izahari Rosli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila tengok design rumah moden, hati mula terjentik-jentik mahu membeli. Laju saja suri membayangkan mahu hias dalaman kediaman ikut konsep idaman. Seronoklah hati bila rumah yang diinginkan sudah ada di tangan.
Sayangnya baru beberapa bulan duduk anda mula menanggung kos-kos yang tidak perlu. Seperti bil elektrik yang tinggi akibat penggunaan aircond. Sebabnya rumah idaman anda bersifat sauna. Walau pasang kipas, bahangnya tak mahu juga hilang.
Baca perkongsian Penulis Buku Hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad(PhD) merangkap Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Bina Dalaman, Fakulti Senibina, Perancangan Dan Ukur, UiTM Perak
Mengapa Bumbung Pendek?
Pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli.
Bila bumbung direkabentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.
Fungsi bumbung selain beri ‘rasa’ cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.
Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus ke dinding rumah. Dinding akan menjadi seperti ‘span’ cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.
Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam ‘steamboat’ nanti.
Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.
Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air ke dalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus ke dalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.
Pemaju jana keuntungan dari ‘design modern’ ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25′ x 40′.
Bagaimana kita tahu bahawa ‘design hebat’ ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.
Elakkan beli kediaman modern, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil rekabentuk begini akan rugikan pembeli nanti.
Rekabentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.
Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa disini. Moga jelas dan makin faham.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...