Asam Pedas Ikan Kembung Lemak SEDAP, Tumis Cabai Kena Lama, Biar Betul-Betul Masak!

Share

Bagi orang Johor dan Melaka, menu Asam Pedas ni bagaikan satu kemestian. Nak buat Asam Pedas yang sedap, cantik warnanya kena pastikan tumis cabai dengan lama sehingga betul-betul masak garing. Malah kuahnya mesti pekat, secukup rasa masam dan pedasnya. Tak kisah guna apa jenis ikan pun, daging mahupun ayam.Semuanya sedap. Namun, ikan kembung selalu menjadi pilihan kerana ia isinya ‘manis’ berlemak.

Mak-mak penggemar asam pedas, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan
ini.

Asam Pedas Ikan Kembung Lemak. Menu favourite arwah ayah. Arwah ayah orang Johor. Memang boleh kata seminggu tu mesti ada menu ni mak masak. Anak dia kalau masak kadang-kadang jadi, kadang-kadang idok.

Tip mak, tumis cabai tu kena lama, biar betul-betul masak. Alhamdulillah, hari ni mood asam pedas sis berkerjasama dengan baik.

Resepi ni ikut style saya ye, kalau tak sama dengan tuan, puan, maaf ya. Sebab ada bahan saya memang tak masukkan.

RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG LEMAK

Bahan Kisar:

2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 batang serai – kalau nak titik je pun boleh
2 senduk cili blend

Bahan lain:

Ikan kembung @ ikan apa-apa pun ok
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
Garam

Cara Membuat:

1.Tumis bahan blend sampai betul-betul pecah minyak.

2.Masukkan air asam jawa, tambah air sikit. Biar didih kejap.
3.Dah didih boleh masuk ikan, bunga kantan, daun kesum. Biar api sederhana sampai didih dan ikan masak.

4.Last sekali letak garam secukupnya. Nak letak perasa pun boleh.

Info Ekstra!

  • Nak pekat bahan-bahan kena banyak, tak cukup nanti kuah cair tak best.
  • Saya suka masak guna kuali besar macam ni. Senang nak kacau.

Siap! Semoga bermanfaat.

Baca Lagi Di Sini:
Lumur Ikan Dengan Kunyit Hidup, Rahsia Masak ASAM PEDAS Lebih Sedap!

KUAH LADA Kelapa Bakar, Rasa Tak Sama Macam Asam Pedas Biasa

Resipi Asam Pedas Melaka & Johor, Kuah Pekat Secukup Rasa Sedapnya!

Mingguan Wanita:Sedapnya makan asam pedas dengan nasi panas. Boleh cuba buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan ini nanti.

Sumber: Sharinaz Redwan

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab