Asam pedasikan kembung yang sedap ialah bila kuahnya pekat. Bila hirup kuah memang terasa cukup lengkap rasanya. Asam pedas yang kebiasaannya menggunakan ikan sebagai bahan utama adalah hidangan popular di selatan tanah air terutama di Melaka dan Johor.
Bagi masyarakat Johor, asam pedas juga dipanggil gulai dan ikan kadang kala diganti dengan ayam sebagai bahan utama untuk memasak hidangan gulai ayam asam pedas. Bagi anda yang nak cuba masak asam pedas ikan kembung, boleh cuba seperti yang dikongsi oleh Cik Puan Aini ini. Memang mudah dan yang paling penting, sangat sedap!
Asam Pedas Ikan Kembung, Kuah Pekat, Cukup Rasa
Nah Ini Resipinya
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung
4-5 batang bendi
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum secukupnya
1 biji tomato
Cili kisar secukupnya
Air asam jawa / pes asam jawa
Garam secukupnya
Minyak masak
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan (jika suka)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 paket pes asam pedas (optional)
Ads
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kisar secukupnya. Kacau hingga tumisan pecah minyak dan garing. Ia penting supaya cili masak dan tidak mentah.
3. Masukkan air asam jawa/ pes asam jawa ikut kepekatan yang disukai.
4. Bila kuah sudah mendidih, boleh masukkan ikan. Masak seketika.
5. Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan, bendi, tomato. Boleh juga masukkan apa sahaj sayur kegemaran.
Ads
6. Perasakan dengan garam secukupnya. Seimbangkan rasa ikut selera.
7. Bila semua sudah sempurna, padamkan api. Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air. Ubah suai kepekatan ikut cita rasa.
Tak semua orang menjadi bab-bab masak nasi. Nasi biasa pun kadang-kadang lembik dan tak cukup masak. Inikan pula nak masak nasi lemak, nasi minyak atau beriani. Dah puas alter sana, alter sini, kadang-kadang tak kena gak.
Kali ini Nieza Nor Hamnira berkongsi tentang tip nak masak nasi lemak yang senang. Guna formula yang dia bagi. Pasti jadi!
“Tip masak nasi lemak ini, guna formula bagi mak-mak yang masih mencari cara nak masak nasi lemak dengan masak elok dan cantik. Pasti jadi, sedang-sedang, elok-elok air dan rasa lemaknya. Nak guna beras basmathi boleh, beras biasa pun boleh . Lebih- kurang kan airnya ikut muai beras.
“Formula 1: 1: 0.5 Contoh = 1 cawan beras : 1 cawan air : ½ cawan santan ( nak bagi selamat supaya tak jelantah, lebhikan dalam satu sudu lagi santan)
Tip nak bagi lagi sedap; Garam, gula, sedikit butter/minyak (untuk longkahkan antara buti nasi). Tumbukkan halia, bawang merah, bawang putih dan daun pandan. Kacau dan rasakan santannya, barulah tekan on kat rice cooker.
Selamat mencuba.
MW: Lepas nie, mak-mak dah tak perlu risau nak masak nasi lemak takut tak jadi. Guna formula nie aje. Pasti jadi.
DANGAI Kukus Sedap Lembut, Guna 4 Bahan Pakai Acuan Lompang! Bagi peminat kuih-kuih lama tradisional, kuih Dangai ni antara kegemaran ramai. Selalu disediakan sewaktu kenduri kendara, majlis perkahwinan dan sebagainya. Rupanya mudah sahaja nak buat kuih Dangai ni. Hanya guna 4 bahan.
Namun jika selalu kuih dangai ini dibakar, rupanya ia juga boleh dikukus. Malah lebih sedap dan lembut. Pertama kali buat pun boleh jadi. Boleh buat makan sendiri untuk keluarga mahupun untuk jualan.
Cuba resipi Dangai Kukus yang dikongsikan oleh Puan Anie Japri ini sebagai panduan;
Bahan-Bahan:
3 cawan kelapa parut putih
1 cawan tepung pulut
Sedikit garam
Gula merah @ gula melaka secukupnya
Cara Membuat:
1. Gaul sebati kelapa parut, tepung pulut dan garam.
2. Sediakan acuan lompang (acuan tak perlu sapu minyak)
3. Sudukan adunan tepung tadi dalam acuan, tekan tengah dan masukkan gula merah @ gula melaka ditengah.
4. Sediakan periuk kukus, masukkan daun pandan dalam air kukusan untuk aroma.
Mingguan Wanita:Boleh cuba buat sendiri kuih Dangai, kuih lama & tradisional ni. Mudah rupanya nak buat sendiri guna 4 bahan je. Jika selalu kita makan yang dibakar, boleh cuba yang kukus pula.Memang sedap elok lembut.
Pening memikirkan apa lagi hidangan untuk berbuka puasa petang nanti. Hujung Ramadan ni, ramai yang sibuk buat biskut raya dan kemas rumah. Kata orang, walau pun dalam tempoh PKP, raya tetap raya kan? So, jangan pening-pening. Kat rumah pun boleh beraya walau pun hanya dengan keluarga kecil masing-masing. https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Pening Pilih Hidangan Yang Ringkas Dan Cepat
Bila dah penat, tentu inginkan hidangan yang ringkas dimasak saja. Menjimatkan masa dan tenaga sebab tak perlu fikirkan lauk pauk lain dah. Selain itu, cukup mengenyangkan. Ha..boleh cuba tiga hidangan bubur ini. Mudah dan pantas!
Bubur Lambuk Kacang Kuda
Bahan-Bahan:
200 gram beras 125 gram kacang kuda yang diredam selama 8 jam 1 labu bawang besar – dihiris 2 ulas bawang putih – dihiris 1 batang serai – dititik 1.25 cm halia 1.25 cm kulit kayu manis 4 biji buah pelaga 4 biji cengkih 1 kelopak bunga lawang 1 sudu teh serbuk rempah sup 1/2 sudu teh halba 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 50 gram ikan bilis 1 kiub pati ikan bilis 250 gram santan pekat 2 liter air 1 tangkai daun bawang 1 tangkai daun sup Garam secukup rasa Sedikit bawang goreng Minyak untuk menumis secukupnya
Jangan pening, mudah je buatnya:
Rebus beras dan kacang kuda hingga beras kembang dan kacang kuda empuk. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, ikan bilis hingga wangi. Angkat dan kisar bersama kesemua bahan. Ketepikan.
Menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumis sebentar rempah kayu manis, biji pelaga, bunga lawang, cengkih dan serai. Angkat dan ketepikan.
Masukkan kesemua bahan yang dikisar, rempah yang ditumis, serbuk rempah sup, santan, pati ikan bilis, serbuk lada hitam, halba dan garam ke dalam periuk yang merebus beras dan kacang kuda tadi.
Kacau sebentar masaklah sehingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info tambahan: Hidanglah dengan ditaburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atas bubur lambuk yang telah siap dimasak.
Bubur Ayam
Bahan-bahan:
200 gram beras 1 ½ liter air 1 keping dada ayam 1labu bawang besar – dihiris 2 ulas bawang putih – dihiris 1.25 cm halia – dihiris halus 1 kiub stok ayam 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 1 tangkai daun bawang 1 sudu teh minyak bijan Sedikit bawang goreng Garam secukup rasa Minyak untuk menumis secukupnya
Cara Membuat:
Masukkan air dan beras di dalam periuk dan rebus beras hingga kembang.
Separuh dada ayam dipotong kecil-kecil dan separuh lagi digaul dengan garam dan serbuk lada hitam serta digoreng hingga masak dan dicarik-carik.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan isi ayam yang dipotong kecil hingga wangi.
Setelah itu, masukkan kesemua bahan yang ditumis, stok ayam, garam, serbuk lada hitam, minyak bijan ke dalam periuk merebus beras tadi.
Masak selama hingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info tambahan: Taburkan daun bawang yang telah dihiris, hirisan daging ayam yang telah digoreng serta bawang goreng di atas bubur.
Bubur Sayuran Berkeju
Bahan-bahan:
200 gram beras 1 1/2 liter air 200 ml susu segar 100 gram isi ayam – hiris kecil 200 gram daun bayam – hiris halus 200 gram brokoli – potong kecil 200 gram sawi Cina/Jepun – potong kecil 100 gram Sayur campur – potong kecil 2 keping keju cheddar 1 labu bawang besar – dihiris 2 ulas bawang putih – dihiris 1/2 sudu teh serbuk lada hitam Garam secukup rasa 1 tangkai daun bawang – dihiris Bawang goreng untuk hiasan Cili merah untuk hiasan
Cara Membuat:
Masukkan air dan beras di dalam periuk, rebus beras hingga kembang. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Setelah itu, masukkan bahan yang ditumis, isi ayam, brokoli, sayur campur, susu segar, keju cheddar, garam dan serbuk lada hitam ke dalam periuk bubur tadi.
Masak selama 15 minit atau sehingga bubur agak memekat dan akhir sekali masukkan daun bayam dan sawi. Kacau sebentar dan segera tutupkan api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Tambahan: Untuk yang vegetarian, bolehlah abaikan isi ayam.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...