‘Asalnya Sakit Dada, Badan Jadi Gegata..’ Derita 8 Hari Alami Alergik Tanpa Punca

Share

Jangan buat lewa bila mak-mak alami alergik pada tubuh. Bernanti-nanti untuk ambil rawatan. Wanita ini, Julie Zaini (Mibu KC) asalnya alami sakit dada. Tiba-tiba badannya naik gegata dan terpaksa menahan derita sehingga 8 hari disebabkan alergik tanpa punca yang dialaminya.

Dicatat hari demi hari bagaimana alergik tanpa punca ini menyerangnya secara tiba-tiba. Syukurlah, sempat mendapatkan rawatan di hospital. Jika terlambat, boleh menyebabkan nafas terhenti.

Kronologi Alergik Tanpa Punca, Sesak Nafas Dan Tekak Stuck – Red Zone

16hb Oktober

Jumaat, pukul 7 tu mula sakit dada macam angin memuntal-muntal, tekan-tekan dada sampai sakit belakang. Kat tekak tu macam ada benda stuck. Nak telan-telan tak selesa, sapu minyak aje, pastu slow hilang. Tuan ajak pi klinik, Mibu tak nak sebab dah rasa ok sikit. Sepanjang malam boleh tidur lena.

17hb Oktober

Sabtu, pukul 4 pagi bangun, tersedar ada bintat kat peha kiri kanan, Mibu ingat nyamuk gigit. Garu la, sekali tumbuh macam gegata kat area peha tu sahaja. Mibu pun mandilah terus sebelum subuh tu, sekali merebak lagi banyak area peha jer dulu.

Bila dah siang, pastu melarat-larat pulak naik badan, tangan, sampai la muka tu bengkak sket. Sakit dada tu masih ada tapi slow, rasa macam ditekan-tekan.

Pukul 12, Mibu pergi Klinik Mediveron Setia Alam dengan 2 perkara la, sakit dada dan terasa macam stuck kat tekak tu sikit dan gatal-gatal yang tak tahu punca. Masa ni masih bintat-bintat dan macam gegata, sampai muka bibir pun bengkak la macam kena Botox pulak.

So, doktor suspect Mibu kena gastrik, maybe perut dah berasid, yang alergik tu ada banyak punca; makanan, habuk hama, pencuci, mandian dan lain-lain.

Klinik bagi ubat, Mibu pun makan. Petang sabtu penuh satu badan dengan bintat-bintat besar, gatal sangat-sangat. Last-last lepas asar beli minyak geliga sapu satu badan sebab nak kurangkan gatal dan garu-garu.

Dan sebelah malam tu elok bersih cantik boleh tidur lena.

18hb Oktober

Ahad pagi buat sarapan. Masa masak tu Mibu bersin dan rasa macam semput dan rasa sakit dada. Mibu makan ubat gaviscon doktor tu, pastu sarapan. Lepas tu badan naik merah-merah macam peta. Penuh satu badan, gatal jugak tapi under control tak seteruk sabtu. Tapi makin banyak sampai la ke malam.

Dalam pukul 10 tu nak tidur, lepas keluar bilik air, kena ekon, dia punya merenyam tu paling gatal, non stop. Dada terus jadi semput tercungap-cungap ditekan. Gatal ni asyik menggaru. Last-last Mibu duduk kat ruang tamu, tidur duduk jer, sambil tercungap-cungap. Kat tekak tu macam stuck ada benda macam bola pingpong besarnya.

Yang merah-merah macam peta tu kuar pulak dengan bintat-bintat sepenuh badan.

19hb Oktober

Isnin, 9.30 pagi. Tengok seluruh badan tu still merah penuh macam kena siram air panas, tekak tu pulak dah sakit sampai tak boleh nak telan, selera makan takde, merah-merah alergik tu terasa panas dari dalam. Pergi emergency sepital colombia dulu, dia masukkan ubat. Pastu nak buat ECG, sebab tak tahu punca sakit dada sebab alergik.. takut jantung problem. Pastu doktor buatkan surat sebab Mibu nak pergi HSA terus.

Petang pukul 4.30 tu terus pi HSA, staff saringan covid ambik surat baca. Masa ni badan macam melepuh merah-merah, jantung laju, dah demam sikit, kaki tangan start bengkak muka dah mula bengkak.

Terus masuk Red Zone dikelilingi dengan 5 atau 6 orang doktor (dah kenapa tetiba ramai. Alergik jer kot itulah dalam hati dan fikiran mibu).

Terus buat ECG jantung dulu sebab sesak nafas dan sakit dada. Scan dada, kemudian masuk jarum ambil darah dulu. Pukul 7 petang masuk ubat injection kat peha pulak, pastu ubat alahan. Sesak nafas dan yang stuck kat leher ni masuk kat jarum belah tangan kanan pulak, sebab keradangan dan Drip 2 botol .

Pukul 10 malam masuk wad pemantauan 12 jam. Mibu kena pantau yang sesak dada dan stuck tu, kalau kena lagi, takut nafas berhenti.. innalillah.

Doktor cakap camtu sebab dia kata punyalah sabar 3 hari dah teruk camni baru datang terus bagi ayat camtu.. Deep habis.

Malam tu still gatal-gatal tapi makin kurang, sakit tekak tu hilang. Sakit dada tu pun sama hilang juga. Try makan pukul 12 mlm tu. Alhamdulillah selera ada elok jer menelannya.

20hb Oktober

Selasa tu tengok dah ok, tekak tak sakit, dada ok, elergik tu ada kurang, so doktor bagitahu nanti kena pergi pakar check skin test.

Pastu jangan makan makanan yang trigger dalam 3 hari tu. Macam telor, susu, cheese, daging, seafood, habuk hama semua elak. Jangan kemas rumah dulu. Suruh orang bantu untuk kemas.

So, 20hb tengahari discharge. Settlekan appoinment kat klinik pakar, baru balik. Still gatal-gatal jugak cuma makin kurang merah-merah tu. Hospital bagi ubat sapu celamin lotion, ubat alergik dan gatal untuk sambung makan di rumah.

Hari itu ada beli satu minyak untuk kulit guna pada medina, so try la sapu nampak mengecil la merah-merah tu.

Baca sini : Perut berangin hingga susah nak bernafas, ingatkan gastrik rupanya bukan

Hari ke-8, 23hb Oktober

Alhamdulillah makin bersih dah kulit, cuma Mibu kena pantang makan sahaja. Cuma sesekali tu terasa merenyam juga mungkin trauma kot. Terasa-rasa renyamnya cepat-cepat sapu celamin lotion tu.

Kesan dari sakit dada tu, Mibu cepat rasa penat, tercungap-cungap even sedang bercakap pun, apa tah lagi kalau buat kerja. Itu pun dengan kadar perlahan-lahan sahaja. Kena banyakkan rehat, jaga pemakanan. Alhamdulillah Blood Test dari Full Check Up 2 minggu lepas semuanya baik-baik sahaja.

Cuma Dr Kamalia pesan kena jaga pemakanan yang Kolestrol tinggi maka kena amalkan Eat Clean la lepas ni demi kesihatan.

Ingat yer sahabat-sahabat semua, doktor pesan kalau kena alergik jangan diam-diam simpan atau ambil lewa, ianya bahaya jika sudah menyerang dada hingga sesak nafas dan tekak menjadi stuck , pernafasan kita boleh terus BERHENTI.

Semoga memberi manfaat untuk semua, ambil iktibar dan sentiasa beringat demi kesihatan diri kita dan keluarga.

Julie sudahpun selesai menerima rawatan dan berterima kasih dengan kiriman doa yang diberikan untuknya.

Asssalammualaikum dan salam Sejahtera, pertama sekali diucapkan ribuan terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan Mibu segera sembuh, semoga Allah membalas syurga kepada anda semua tanpa hisab.”

Sumber/Foto : Julie Zaini

Published by
NETTY AH HIYER