Suami yang baik, adalah suami yang tak pernah berkira nak bahagiakan hati isterinya. Biarpun dalam keadaan dia sendiri tak punya apa-apa.
Ini kisah benar yang terjadi pada Mukaram M Jamin ketika baru-baru mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, Wan Najiha.
Biasalah baru berkahwin, kewangan pun masih belum betul-betul stabil. Kenderaan yang ada pun cuma motosikal saja. Tapi semua itu tak jadi halangan untuk suami ini buat hati isteri gembira lagi bahagia.
Dan momen ditahan polis kerana bawa rak pinggan mangkuk inilah yang membuatkan rasa syukur itu sentiasa menebal. Lagi-lagi tiap kali menjelang anniversary perkahwinan mereka
( cerita ini panjang bhai! )
“Kena beli juga rak pinggan ni. Tak kan pinggan nak susun atas lantai.”
“Ok ok, kita tunggu cukup bulan ye. Time gaji. Kalau sekarang, duit tinggal berapa ringgit je nih.”
27hb cheahh ! Gaji dah masuk.
Gaji piun je bhai, berapa lah sangat. Tapi dapat jugak tertunai hasrat nak beli rak pinggan. Dah berbulan nampaknya tu, susun pinggan mangkuk atas sinki je. Periuk besar sikit atas lantai.
Dia punya girang tu susah nak gambar bhai. Kau tau la orang perempuan. Tak dapat beg tangan, peralatan menjahit atau perkakas dapur. 3 benda nih je. Memang melompat diaorang !
OK balik pada cerita.
Rak pinggan ni bukan ringan. 4 tingkat punya rak pinggan. Bimbit sebelah tangan, mau krem rasa tangan.
Yang lelaki bawa moto, yang perempuan bimbit rak pinggan. Jalan tak jauh, 10 meter dah berhenti.
“Pesal?”
“Rak ni tak center, jap nak betulkan. Ok dah boleh jalan.”
10 meter lagi…
“Berhenti jap-jap, tak center lagi nih, macam nak jatuh lah. OK dah.. leh jalan.”
10 meter yang ke-3
“Eh apasal lak berhenti, saya ok je nih? ”
“Takpa.. kamu bawa motor, saya pulak jinjing rak pinggan nih. Asyik berhenti saja, bila nak sampai. Haha.”
Kali ni dapat jalan jauh sikit. Kudrat lelaki pikul rak pinggan bhai. Mana nak sama tenaga perempuan. Sehinggalah depan tu ada road block. Ahh.. sudah !
Abang Polis : “Bahaya bawa motor jinjing rak pinggan ni Encik. Kenapa tak bawa kereta?”
“Encik, kalau saya mampu beli kereta, takkan saya mengadai nyawa bawa benda alah ni membonceng dengan motor. Nak lesen ye, jap ye. Saya cuba turunkan rak pinggan ni dari jinjingan.”
Abang Polis : “Betul juga. OK boleh jalan cik, lesen tak perlu.”
Kami terdiam seketika untuk beberapa meter di atas motor itu setelah berlalu melepasi road block.
Betul-betul diam tak ada bunyi!
Kemudian…
Memasing pecah ketawa. Terbahak-bahak tak ingat. Sampailah tak sedar kami di depan rumah. Beratnya menjinjing rak pinggan pun hilang sama sekali.
Rumah kampung 2 bilik yang kami sewa RM350 sebulan di Kampung Padang Jawa, dengan arwah Haji Supar. Arwah baik orangnya.
Teringat momen ini, buat saya senyum sendiri bhai.
Menjemput perasaan yang pelbagai !
Kadang juga rasa ingin ketawa terbahak-bahak sekali lagi.
Memang sedap nggoh ketawa yang satu itu bhai.
Sampai menitis airmata ! Tap.. tap.. bunyinya.
Kadang juga ada rasa sebak,
Mengurut dada sendiri, cuba tenangkan diri.
Hari ini, hari ulang tahun pernikahan kami bhai.
Kau support sikit kami nak berjiwa rasa.
Tolong [+Like] slaluh.
Jangan kecam dan meluat. Bukan selalu. Kah, kah, kah. Kau tengok kat gambar. Mengelip baju kami bhai.
Terima kasih Wan Najiha II
Begitu lah….
Korang pula, mesti ada momen semacam ini dengan pasangan yang korang sumpah akan ingat sampai bila-bila khenn ? Cer kongsi..
Sumber/Foto : Mukaram M Jamin, Penjinjing Rak Pinggan, dari Giant Sek 18 Shah Alam ke Kg Padang Jawa.
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.