Asal Makanan Sedap Tular Je Orang Terjah, Tapi Betul Ke Ada Sijil Halal
Gambar Sekadar Hiasan

Orang Malaysia ni asal dengar makanan sedap tular, laju je nak terjah.

Tapi, sedarkah kita yang makanan kita ambil tu betul-betul ikut standard halal JAKIM?

Bab makanan halal dan tidak halal ini kita tidak boleh buat main-main.. Apa yang kita makan itu akhirnya akan jadi darah daging kita juga.

Perlu diingat, sebagai umat Islam kita kena ambil tahu bab halal dan haram ni. Bukannya apa. Bila makan kita bukan isi perut kita sendiri. Kita juga isi perut keluarga kita.

Sanggup ke kita bagi makan benda tidak halal pada darah daging kita ni? Fikir-fikirkanlah.

Yakin Halal

Mereka yang beragama Islam khasnya amat sensitif berkaitan makanan halal dan tidak halal.

Tak kiralah ia merangkumi bahan yang digunakan untuk memasak makanan mahupun makanan yang telah siap dimakan.

Biasanya kalau kita masak sendiri makanan itu sudah pasti kita yakin dengan status halal makanan tersebut.

IKLAN

Tetapi bagaimana pula dengan makanan yang kita makan di kedai. Kita yakinkah ia benar-benar halal?

Biasanya kalau kita makan di luar sudah pasti kita akan memilih kedai yang kita yakin halal kerana sesetengah kedai itu ada logo dan sijil halal Jakim.

Kalau kedai itu tidak ada logo dan sijil halal Jakim tetapi disebabkan tuan kedai dan pekerja kedai itu beragama Islam, kita akan makan di sana kerana kita yakin sudah pasti makanannya halal.

Takkan orang Islam hendak jual dan hidangkan makanan tidak halal kepada orang Islam yang lain kan?

IKLAN

Tawakal sahajalah bila makan di kedai sebegini.

Halal VS No Pork

Ini satu lagi isu. Halal vs No Pork.

Biasakan kita tengok kedai makan yang digantung dengan tanda No Pork (Tiada Khinzir).

Cuba kita fikir, adakah terma halal dan No Pork itu adalah sama dari segi maksudnya?

IKLAN

Jawapannya, sudah tentu tidak.

Halal adalah satu bentuk pematuhan mengikut ketetapan dan hukum-hukum yang ditetapkan oleh syarak.

Manakala, No Pork pula hanya satu bentuk makluman bahawa kedai berkenaan tidak menjual makanan berasaskan daging khinzir. Itu sahaja.

Persoalannya Kini,

Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk memastikan makanan yang kita makan itu halal?

Apa pula pemahaman kita tentang makanan dan sijil halal?

Semua kekeliruan kita ini dapat diselesaikan dengan mengikuti topik Di Mana Halalnya? dalam Mingguan Wanita Talkshow di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121 pada pukul 11 pagi, Selasa 13 Ogos 2019 nanti.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI