Hiburan

Asal Mak Whatsapp Suruh Balik, Noorkhiriah Meluru Cari DATE Berkumpul Di Kampung

Share

Seharusnya begitulah anak-anak, biar dah berjaya melangit, glamour ke tahap puncak sekali pun, hak mak ayah tetap ditunaikan tanpa bernanti-nanti.

Pelakon drama rantaian Nur, Noorkhiriah Ahmad Shapie ini meletakkan ibunya di takhta teratas selain suami dan anak-anak. Kerana ibulah sumber kekuatan dirinya sebagai seorang anak.

Sebab itu, bila maknya, Noraini Sadon minta anak-anak pulang ke kampung walau cuma berwasap sekali pun, Noorkhiriah akan usahakan. Cari tarikh sesuai agar adik beradik boleh berkumpul. Walaupun waktu pulangnya tak sama, yang penting balik jenguk mak tetap ditunaikan.

 

Mak Whatsapp Suruh Balik..

Momen mengingat mak ini tiba-tiba terakam semula di ingatan Noorkhiriah dalam bulan puasa ini. Catatnya, “Baru lepas makan sambal itam mak buat. Macam nampak mak je dalam bubur lambuk ini.”

Hadeh.. tetibe rasa macam nak balik kampung. Korang jangan sia-siakan mak kita yang sorang ni. Dulu time akak jatuh frust tergolek dog. Mak pesan satu je, ‘boipren boipren ni leh cari ganti.. tapi mak tak de ganti dah.”

Itulah penguat semangat akak bila down. Zaman dululah.. zaman sekarang nak frust mende? Gedik ar kalu frust-frust ni

.”

 

Mak Masak Air Pun Sedap.. Air Tangan Mak Kan

Kata Noorkhiriah lagi, “time bulan puasa gini hok yang darjah satu punya kisah pun boleh ingat balik. Time sahur.. time berbuka.. penuh meja.”

Ntah pape je atas meja time tu. Mak masak air pun rasa sedap. Air tangan mak kan.. Bila tanya mak OK? Tak de yang tak OK. Rindu anak-anak pun mak diam je.”

Sedar-sedar wasap suh balik. Maka anak-anak pun meluru cari date bagi semua berkumpul. Kadang dapat, kadang berterabut baliknya.”

Tapi takpe janji balik. Moga Allah sihatkan mak.. rahmari mak. Mak, saya rindu ngat ke Pak. Semalam (4 hari lalu) genap 5 tahun arwah Pak pergi. Allah ambil hak Dia

.”

Akui Noorkhiriah lagi, ibunya itulah kebahagiaan dirinya selain daripada suami dan anak-anak. Biarpun ayahnya sudah tiada, tidak bermakna ibunya tidak berhak untuk bahagia.

MW : Cuma nak khabor, “hakak pun pernah merasa sambal itam mak Norkhiriah ni. Memang power.. dia punya sedap original pior Pahang.”

Sumber/Foto : Noorkhiriah Ahmad Shapie

Published by
webadmin