Arwah Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa tinggalkan isteri dan anak yang masih kecil, jadi Tentera Darat Malaysia (TDM) akan hulurkan bantuan sewajarnya untuk menjaga kebajikan ahli keluarganya.
Anggota tentera 10 Briged (Para) yang dikhuatiri lemas ketika menjalani latihan di Sungai Pahang dekat Kampung Bohor Baru, Bera, Pahang pada hari Ahad lalu telah ditemui pada hari ini (Rabu).
TDM Hulurkan Bantuan Sewajarnya
Mayat Lans Koperal Mohamad Azrin yang berusia 27 tahun ditemui oleh penduduk kampung pada jam 8.15 pagi di Kampung Serengkam, Maran iaitu kira-kira 70 kilometer dari tempat kejadian.
Penemuan itu disahkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Sel Perhubungan Raya Tentera Darat pada Rabu.
Dalam kenyataan tersebut, Tentera Darat Malaysia (TDM) merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Zon 2 Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), penduduk kampung serta mana-mana agensi yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula Ahad lalu.
“TDM turut menzahirkan ucapan takziah buat isteri allahyarham Mohamad Azrin, iaitu Nor Aqila Syafiqa Safuan serta seluruh ahli keluarganya dan bantuan sewajarnya akan dihulurkan dari segala aspek untuk memastikan kebajikan keluarga tersebut.
“Perkembangan berkenaan pengurusan jenazah Allahyarham akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujar kenyataan itu lagi.
Henti Sebarkan Gambar
Dalam pada itu, TDM turut berharap agar masyarakat tidak menyebarkan gambar-gambar penemuan jasad Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin bagi menjaga perasaan waris mangsa terlibat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, mangsa ditemui dalam keadaan hanyut oleh penduduk kampung dan segera ditarik ke tebing sungai.
“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian.
Mangsa merupakan anggota Tinjau daripada pasukan Kompeni PANDURA (Para) yang dipercayai lemas dan hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang bagi Eksesais PARA PREDATOR Siri 1/2021 di Kawasan Am, Bera, Pahang.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, anggota sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor.
Mangsa dilihat tenggelam di tebing oleh ahli pasukan dan cuba ditarik naik namun gagal dan mangsa telah berjaya naik ke permukaan air tetapi dilihat tenggelam semula.
Cubaan menarik kali kedua oleh rakan mangsa juga gagal dan anggota terbabit terus tenggelam.
Mendapat Perhatian
Kredit Foto : Kosmo Online
Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat dan meninjau latihan eksesais tersebut yang dijalankan dalam tempoh 14 hari melibatkan seramai 1,894 anggota tentera dengan 151 aset logistik Tentera Darat Malaysia.
Ads
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mencemar duli berangkat meninjau dan menyertai SAR di tempat kejadian pada Selasa.
Mingguan Wanita : MW merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Ads
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, yang juga suami pelakon Ummi Nazeera berkongsi pandangan. Sekiranya dirinya dijemput menunaikan umrah di Tanah Suci tentunya dia akan memastikan untuk mematuhi undang-undang negara dan Arab saudi.
Bagi menjamin keselamatan diri, keluarga dan orang lain di musim pandemik ini. Dia akan memastikan dirinya sudah lengkap divaksin. Barulah mengerjakan umrah dengan tenang dan selamat.
Kongsinya di instagram miliknya,
Saya Salah Seorang Dari Jemaah Umrah Di Tanah Suci
Kalau saya dapat pergi buat Umrah, saya akan pastikan saya mematuhi undang-undang negara kita dan Arab Saudi. Saya akan dapatkan vaksin Meningococcal dan juga lengkap divaksinasi Vaksin C-19 seperti yang diwajibkan. Peraturan tu dibuat untuk melindungi kita dan juga orang2 lain di rumah Allah nanti. Kan bagus.
Tapi kalau ada orang tertentu memberi peluang kepada kita untuk pergi umrah tanpa perlu vaksinasi, rasa-rasa nak ke? Kita menipu siapa sebenarnya? Rasa bagus dan bangga dapat lepas pemeriksaan di KLIA dan Arab Saudi? Rasa kebal dapat tawaf beramai-ramai dengan orang lain sambil meningkatkan risiko jangkitan C-19 dan meningococcal?
Saya tak naklah macam tu. Dan saya kalau boleh, nak ke Tanah Suci tu diri pun kenalah suci atau bebas dari apa-apa unsur penipuan sebelum ke sana. Saya nak bersihkan niat dan hati saya dahulu. Dan elakkan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang akan merosakkan niat dan hati saya.
Kalau saya memilih untuk tidak divaksin dan menipu diri sendiri untuk pergi umrah juga, saya bukan sahaja akan membahayakan nyawa saya, malah nyawa-nyawa jemaah umrah lain juga. Kalau apa-apa jadi kat mereka disebabkan saya, macam manalah saya nak menjawab nanti. Bukan menjawab di dunia sahaja.
Tapi, yang paling saya takut ialah apabila saya akan menidakkan hak/peluang jemaah-jemaah lain untuk menunaikan umrah/haji di masa hadapan kerana saya menipu telah divaksinasi. Takut Kerajaan Arab Saudi akan ban Jemaah dari Malaysia disebabkan saya. Huhu
Semuanya balik kepada sikap masing-masing. Nak menipu tu, letakla peraturan apa-apa pun. Mesti dia akan cari jalan untuk menipu. Semoga kita semua dijauhkan. Aminn
Inilah karangan SPM saya bertajuk ‘jika saya menjadi salah seorang jemaah Umrah’. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. #drizzarshares
Mingguan Wanita : Jujur itu mudah, tapi mengapa sukar untuk dilaksanakan. Fikir-fikirkan.
Bagi yang memiliki haiwan peliharaan di rumah seperti kucing dan anjing pastinya risau dengan tahap kesihatan si ‘anak bulus’ kesayangan. Ini kerana ada yang turut di lepas bebas ke luar rumah. Ia menjadi pertanyaan sama ada si comel kesayangan ini boleh dijangkiti mahupun menjadi penyebar bagi wabak ini.
Bukan Penyebar Virus COVID-19
Jabatan Perkhidmatan Veterinar hari ini menjelaskan haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19.Sehubungan itu, masyarakat Malaysia tidak perlu khuatir, malah tidak perlu menjalankan ujian pengesanan virus terhadap haiwan kesayangan mereka.
“Berasaskan penemuan saintifik semasa, walaupun haiwan kesayangan boleh dijangkiti COVID-19 namun ia tidak berbahaya kerana virus ini menyebabkan jangkitan yang ringan pada haiwan itu.
“Virus yang ada pada haiwan berada dalam jumlah yang rendah untuk disebarkan kepada manusia,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.
Kes Terpencil
Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkata, jangkitan COVID-19 pada manusia amat tinggi tetapi kes berkaitan haiwan kesayangan adalah terpencil kerana ia didapati tidak boleh dijangkiti secara semula jadi.
“Sehingga kini, punca jangkitan pada haiwan adalah daripada manusia.
“Sehubungan itu, jabatan menasihati pemilik haiwan yang mengesyaki dirinya berjangkit COVID-19 perlu mengasingkan diri daripada haiwan kesayangan untuk mengelakkan ‘in contact’. Mereka juga perlu mengamalkan kebersihan diri dan keperluan kebajikan haiwan tidak diabaikan,” katanya.
Kenyataan Jangkitan COVID-19 Dua Ekor Anjing
Dalam kenyataan itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut berkongsi petikan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) yang dikeluarkan April lalu iaitu mengenai jangkitan COVID-19 terhadap dua ekor anjing di China.
“Pihak Perkhidmatan Veterinar Hong Kong melaporkan kepada OIE berhubung penemuan dua ekor anjing yang dijangkiti COVID-19 ekoran pendedahan daripada pemiliknya yang sakit akibat virus itu dan ujian yang dilakukan menunjukkan wujud genetik virus berkenaan.
“Anjing berkenaan bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang tanda klinikal penyakit itu. Tiada bukti bahawa anjing berkenaan memainkan peranan dalam menyebarkan wabak ini dan kajian lanjut sedang dilakukan untuk memahamai jika dan bagaimana haiwan lain akan mendapat kesan jangkitan COVID-19,” katanya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat pemilik binatang peliharaan di rumah seperti kucing dan anjing tak perlu risau iya, jangkitan ini tidak berbahaya buat binatang.
14 tahun tak dikurniakan anak, Beto Khusyairy terus ingin cipta kenangan berdua dengan isteri. Bahagia itu menurut apa yang kita cipta. Falasafah bahagia itu juga berbeza-beza mengikut individu dan ia tidak sama antara satu sama lain.
Jika ramai lelaki merasakan selepas berkahwin, anak itu ada sebagai pengikat kasih dan andai tidak dikurniakan cahayamata mereka memilih berkahwin lain tetapi semua itu tidak sama dengan pendirian Beto Kusyairy.
14 tahun mendirikan rumahtangga bersama isteri tersayang, Tisha Shahar tanpa dikurniakan anak, bukan hal yang luar biasa bagi pelakon hebat ini.
Dalam satu perkongsian di Tik Toknya @Beto Kusyairy sering ditanya tidakkah dia ingin berkahwin lain kerana tiada anak, jawapannya cukup mudah iaitu dirinya ingin terus mencipta bahagia dengan isteri dikasihinya itu.
Mungkin bagi orang lain, anak itu pengikat kasih paling penting tetapi menurut pelakon filem Mat Kilau ini, cukuplah dirinya ingin terus mencipta bahagia bersama isterinya itu.
Sudah saling mengenali selama 24 tahun, jelas Beto, hanya Tisha “one & only” di hatinya.
24 tahun saling mengenali, jelas Beto dirinya ingin terus menua bersama-sama.
Dari respon diterima dari peminatnya, kata mereka susah mencari lelaki setia sekarang dan mendoakan agar hubungan cintanya bersama isteri walau belum dikurniakan cahayamata terus subur. Bahkan tak kurang juga mendoakan agar Allah mengurniakan anak buat pasangn bahagia ini.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...