Isteri ini, Asyrafiah Sabri mengimbas kembali kemalangan yang menimpa arwah suami. Tak alami luka teruk sewaktu meninggal dunia disebabkan kemalangan. Rentetan daripada kisah kemalangan yang menimpa mangsa pesawat Sriwijaya di Indonesia.
Yang mana, sewaktu hayat suami pernah alami kemalangan motosikal sehingga memberi kecederaan yang teruk luarannya. Namun, kerana umur suami masih berbaki di dunia ini, suaminya masih lagi boleh bernafas dan jalani rutin hidup harian.
Sehinggalah tahun 2019, Allah memanggil suaminya pulang ke kampung abadi. Suami alami kemalangan sekali lagi. Kali ini cuma luka kecil saja. Namun, dalamannya alami pendarahan. Bila Allah kata tamatlah usianya, maka pulanglah suami dengan caraNya.
Dekat Tiktok, banyak sangat yang kongsi tentang kemalangan flight Sriwijaya di Indonesia.
Ada jugak yang share video-video orang yang accident, kalau dari kepala logik kita ni, teruk dan mangsa tu mesti mati.
Tapi yang berlaku, sebaliknya. Mangsa dalam keadaan yang baik, tak luka apa-apa melainkan ada trauma. Tu normal lah kan untuk orang yang baru lepas kemalangan.
Macam tu jugak dengan arwah suami saya. 2018, beliau terlibat dengan sebuah kemalangan. Motor hancur teruk. Muka beliau pecah. Badan lebam-lebam. Tapi, ditakdirkan Allah masih hidup.
Sebab? Umur beliau masih berbaki lagi di dunia.
Tahun 2019, masa saya tengok mayat suami saya dengan mata kepala saya sendiri, suami saya takde terluka teruk. Macam jatuh gitu-gitu je. Ada lah few calar-calar dan gigi patah sikit. Itu je.
Kalau tengok motor dia pun, elok. Cuma bahagian tayar depan tu, dalam keadaan menahan brek yang lama.
Sehari sebelum hari lahir ke-29, isteri terima hadiah duka suami meninggal kemalangan.
Punca kematian suami saya, pendarahan otak. Disyaki kepalanya terhentak pada kenderaan keras. Kenderaan apa? Tak ada siapa tahu, sampailah hari ini.
Dan masa itu jugalah, saya tenangkan diri saya, rupanya sudah sampai masanya untuk suami saya meninggalkan dunia ini. Nampak macam cedera ringan, tapi bila Allah kata tamat usianya, maka pulanglah dia dengan cara-Nya.
Kematian itu, satu benda yang kita tak pernah sangka.
Mungkin, baru semalam kita gelak ketawa. Esok lusa orang dapat berita kematian kita. Siapa tahu, kan?
Mohon kawan-kawan sedekahkan Al-Fatihah buat suami yang saya cinta, Fikri Hamiz bin Hamidun.
MW : Al Fatihah.. semoga Allahyarham Fikri Hamiz bin Hamidun ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber/Foto : Asyrafiah Sabri
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita