Arwah Sarah Selamanya Istimewa Di Hati. Selepas pemergiaan isteri kesayangan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Shuib sentiasa memikirkan hal anak-anak.

Akui arwah isteri yang juga kekasih paling disayangi itu sentiasa berada di hati. Walau sudah lebih dua tahun pemergiaan arwah namun selebriti dan juga usahawan berjaya itu tetap meletakkan wanita itu dihatinya.

Seperti yang diketahui umum, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos  2021 kerana dijangkiti Covid-19. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.

Arwah Sarah Selamanya Istimewa Di Hati

Selepas ketiadaan Sarah kini Shuib telah bertemu pengganti dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Umum mengetahui Watie menjadi pilihannya.

Walau sudah bertemu pengganti namun Shui akui arwah Siti Sarah selamanya akan istimewa dalam hatinya. Tidak adil jika ada yang membandingkan arwah dan Watie.

“Sarah itu sudah ke tempat yang paling istimewa buat saya dan Watie pun tahu hal itu.

“Perbandingan itu sebenarnya tak patut berlaku. Sebab kita kena terima realitinya.

Ads

“Ini kerana tak adil untuk dia (Watie). Pada saya, apa salah dia kan? Dia nak ada untuk saya itu sebab anak-anak, keluarga.

“Perbandingan itu pun nanti mungkin akan menyakitkan orang juga,” ujarnya.

Watie Akan Matang

Shuib juga menerangkan dia percaya Watie pasti akan matang selepas berkahwin.

“Saya dapat bantuan dengan pengurusan juga untuk terangkan bagaimana berhadapan dengan situasi-situasi yang dia tidak pernah lalui.

“Saya sudah cakap, beratlah untuk saya. Saya selebriti dan situasinya lain bila dia masuk dalam hidup saya. Tapi, saya rasa semua pun akan melalui proses.

Ads

“Jadi proses itu yang akan mendewasakan kita. Saya tak boleh cakap dia betul-betul bersedia, tapi harapnya begitulah,” ungkapnya.

Menarik Disini “Emak Menilai Yang Baik-Baik Mengenai Watie” Shuib Dapat Restu Ibu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Baca Disini : Alahai Jika Arwah Siti Sarah Ada Mesti Seronok Tengok Anak-Anak Pandai Urus Ayash Affan

Mungkinkah Kesan Pemergian Arwah Siti Sarah Jentik Hati Selebriti Berhijab? Hidayah Itu Milik Allah

Ads

Mingguan Wanita: Arwah Siti Sarah sentiasa ada di hati Shuib. Al-Fatihah, Semoga arwah Siti Sarah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI