Arwah sangat manja seolah beri petanda, 9 tahun menunggu zuriat wanita reda anak lemas bersama bapa. Diuji lewat diberikan zuriat tidak pernah mengurangkan kasih sayang suami isteri ini.
Allah mengatur kehidupan keduanya dengan sangat baik kerana selepas 9 tahun menanti kelahiran Ziyaaf Mikhail Muhammad Yuzarith disambut penuh kegembiraan dan ditatang penuh kasih sayang. Namun takdir dan ujian tertulis lagi. Belum cukup membesarkan anak dan melihat dirinya membesar, ujian datang.
Kali ini penuh besar dan cukup menguji apabila anak tunggal kesayangan ramai ini diuji lemas di dalam tali air. Bukan seorang diri tetapi juga bersama bapa, Azmi Abdullah berusia 78 tahun yang dikatakan cuba menyelamatkan Ziyaff Mikhail yang dikatakan tergelincir di kolam di Permatang Berangan, Pinang Tunggal (kolam tinggal belakang IKA Taman Kempas).
Memetik laporan Harian Metro, jenazah keduanya telah selamat dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal.
ibu kepada bayi berusia setahun tujuh bulan itu, Zarina Azmi, 34 memaklumkan yang anaknya, Ziyaaf Mikhail Muhammad Yuzarith sangat manja pada hari berkenaan dan hanya ingin bersama sehingga bapanya, Azmi Abdullah datang untuk membawanya berjalan-jalan sekitar jam 5 petang.
“Semalam, anak duduk seharian dengan saya. Dia manja dan peluk saya sebelum ayah saya datang ambil dia kira-kira jam 5 petang.
“Tak lama kemudian, saya dikejutkan dengan berita yang ayah dan anak saya ditemukan lemas di kolam berhampiran restoran itu,” kata.
Namun, apabila mendapati datuk dan cucu berkenaan tidak pulang ke rumah, suaminya, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35, telah keluar mencari mereka sekitar jam 7 petang sebelum mendapat khabar menyedihkan itu.
Difahamkan, Ziyaaf Mikhail adalah anak tunggal mereka selepas menanti selama 9 tahun untuk mendapatkan cahaya mata.
“Sembilan tahun saya tunggu untuk dapatkan dia,” katanya.
Adik kepada Azmi Abdullah, Yusof Abdullah, 60 menyatakan yang kali terakhir bertemu arwah adalah bulan lalu. Dia sedia maklum bahawa abangnya memang kerap meluangkan masa bersama cucu memandangkan ibu bapa kanak-kanak berkenaan sedang bekerja.
“Arwah pencen sebagai tukang kebun sekolah dan sejak itu, dia banyak menghabiskan masa di rumah selain bermain dengan cucunya.
“Memang menjadi rutin hariannya membawa cucunya itu meronda pada petang dengan menunggang motosikal memandangkan ibu dan bapa kanak-kanak itu bekerja,” katanya.
Menurut daripada kenyataan beberapa pihak, Azmi dikatakan cuba menyelamatkan cucunya yang turun dari motosikal dan meluru ke arah kolam sebelum terjatuh. Namun apakah daya, kedua-duanya telah lemas dalam kejadian tersebut.
“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tak berdaya nak selamatkan diri.
“Apapun yang berlaku, semuanya sudah suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bertukar Nyawa Di Hari Kemerdekaan, Bapa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Anak
Gadis Lemaskan Anak Sendiri Dalam Mangkuk Tandas, Banduan Akhir Menangis Dibebaskan
Bayi Lelaki LEMAS, Terlepas Daripada Pegangan Ayah Ketika Berkayak Di Sungai
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Boleh dakwa suami kalau perdaya isteri dalam perkahwinan. Ramai isteri tak sedar hak mereka..