“Arwah Sandra Sangat Baik Tak Suka Cakap Pasal Orang. Susah Senang, Kita Saja Tahu” Sarah Fazny

Share

Selepas hampir seminggu koma, penyanyi dan juga peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi.

Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sejak Sabtu lalu selepas mengalami kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk raptai penuh konsert Big Stage minggu lalu.

Artikel berkaitan: Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Usia 40 Tahun Akibat Serangan Jantung!

Allahyarham yang juga anak penyanyi kelahiran Sabah itu merupakan artis naungan syarikat rakaman Sony Music dan dikenali ramai menerusi lagu Hey Kau.

Berita duka tersebut dikongsi rakan-rakan seperjuangan Sandra dalam program Big Stage 2020 menerusi laman sosial masing-masing awal pagi tadi, diikuti rakan-rakan artis yang turut terkesan dengan pemergian mengejutnya itu.

Antara rakan artis seangkatan yang begitu terkesan dengan pemergian Sandra ialah penyanyi Sarah Fazny, menerusi entri di Facebook, Sarah menerangkan Allahyarham merupakan seorang rakan yang baik.

“Perjuangan dia dalam industri dah berakhir. Tapi doa doa dr orang yang mengenali dia tak pernah berakhir InshaAllah.


“In person arwah sangat baik, tak suka cakap pasal orang, sentiasa positif.
“Susah senang sama nak naik dulu kita je tau.
“Kereta mati, tak ada minyak nak ke photoshoot.
“6 hari you fight di ICU. It is time untuk you berehat.
“”Tenang lah kau B di sana, semoga Allah sentiasa merahmati Rohnya.
“Al-Fatihah buat Alessandra Dianne ” – Sarah Fazny

Antara rakan artis lain yang turut meluahkan kesedihan;

Allahyarham yang sebelum ini pernah menyertai Mentor Legend 2014 dan menjadi protege kepada Dayang Nurfaizah.

Ayu Damit turut berkongsi kesedihan.

Jenazah Sandra Dianne juga akan dikebumikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran.

Salam takziah juga kami daripada Mingguan Wanita ucapkan buat keluarga Sandra dan mohon kita semua mendoakan agar roh Allahyarhamah Sandra dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sumber Foto: Facebook Sarah Fazny dan Instagram Sandra Dianne
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Published by
Norhayati Binti Suboh