“Arwah Mui Mahmud Sahabat Terlalu Baik,” Rakan Kongsi Peribadi Peserta Ironman & Pengasas Kiddocare Lemas

Share

Arwah Mui Mahmud sahabat  terlalu baik, rakan kongsi peribadi peserta Ironman & pengasas Kiddocare lemas.

Pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd, Muhaini Mahmud dilaporkan  meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, pada petang Ahad.

Allahyarham Muhaini, 44, yang lebih dikenali sebagai Mui, sebelum ini dilaporkan terpaksa ditidurkan bagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), susulan lemas dalam kejohanan triathlon, Ironman Langkawi Malaysia, pada hari sebelumnya.

Arwah Mui Mahmud Sahabat Terlalu Baik

Arwah yang merupakan anak kepada pakar perubatan, Dato Dr Mahmud Mohd Nor dan Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah disahkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa. Jenazahnya akan dikebumikan di  Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur, insya Allah selepas Zuhur nanti.

Dalam pada itu, keperibadian yang baik, sahabat yang terlalu baik, sentiasa menceriakan suasana adalah ungkapan-ungkapan yang diberikan oleh para sahabat arwah di facebook.

Sangat terkejut mendapat berita tentang pemergian seorang sahabat yang sangat baik dan kami sayangi. Sahabat yang sentiasa mengambil berat dan sentiasa menceriakan suasana. Sahabat yang selalu call dan text bertanya khabar dan bertukar cerita.

Rakan Kongsi Peribadi Peserta Ironman & Pengasas Kiddocare Lemas

Ucapan Al-Fatihah dan takziah turut diungkapkan oleh Dato Nurul Hidayah Zahid yang memaklumkan arwah tidak pernah lupa untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya setiap kali hari lahirnya tiba.

Tulis Nurul, Innalillahiwainailaihirajiun.

See u when I see u Mui.

I lost one good friend who never fail to wish me Happy Birthday every year and my birthday is just in 2 weeks! Kan we promised to makan2 to celebrate 45 years of our ‘HOT’ achievements

Allah lebih sayang kan u Mui. Semoga u rehat dengan tenang di taman-taman Syurga, our beloved Mui. Al Fatihah – Muhaini Mahmud @muimahmud.

Sebelum kejadian menyedihkan ini, Dato Nurul Zahid turut meminta doa dari orang ramai agar mendoakan kesejahteraan rakannya ini.

Assalammualaikum semua.

Dengan rendah hati saya mohon tolong doakan kesembuhan sahabat saya Muhaini Mahmud @muimahmud yang sedang kritikal di Hospital Langkawi kerana kemalangan (lemas) semasa pertandingan Ironman di Langkawi hari ini.

Kondisi Mui sangat kritikal dan dia terpaksa ditidurkan. Mohon bantuan doakan Mui.

Sahabat yang sentiasa dekat dihati saya walaupun jarang kami berjumpa dan hanya bertanya khabar melalui WhatApp dan DM. Mui adalah salah seorang sahabat yg sering memberi semangat dan menggalakkan sy menceburi dunia politik secara serius.

She’s such a fighter too. I hope she will fight throughout this test. Wake up Mui! Wake up!!!

Dalam pada itu, dilaporkan seorang lagi peserta Ironman  Langkawi iaitu  Muhammad Rabani Hashim juga didapati tidak sedarkan diri semasa menyertai kejohanan ini.

Peserta Ironman, Muhammad Rabani Hashim sedang bertarung nyawa  dalam kejohanan triathlon Ironman Langkawi 2023

Berita ini dikongsikan oleh fb Bahagian Insfrastruktur Dan Kemudahan, Majlis Sukan Negeri Terengganu.

“Mohon doa dan sokongan kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu ditujukan khas kepada seorang kakitangan Majlis Sukan Negeri Terengganu, Unit Pembangunan Bakat iaitu Encik Muhammad Rabani Bin Hashim yang kini masih lagi tidak sedarkan diri dan telah ditempatkan di Hospital Langkawi.

Encik Muhammad Rabani merupakan wakil Terengganu menyertai Ironman Malaysia, Langkawi 2023 yang berlangsung semalam 7 Oktober 2023 di Pulau Langkawi, Kedah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-“Arwah Sangat Manja Seolah Beri Petanda”, 9 Tahun Menunggu Zuriat Wanita Reda Anak Lemas Bersama Bapa

Bertukar Nyawa Di Hari Kemerdekaan, Bapa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Anak

Gadis Lemaskan Anak Sendiri Dalam Mangkuk Tandas, Banduan Akhir Menangis Dibebaskan

“Baliklah Nak, Ayah Tunggu..”, Ayah Kekal Setia Tunggu Jasad Anak Lemas Setiap Hari Sejak 2 Bulan Lalu

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Dalam kehidupan seharian seorang Muslimah, perlu disulami rasa cinta yang mendalam terhadap Al Quran.
Kiasan Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah ketika menyampaikan Tahsin & Selawat di Festival Ummah Mega Haflah: Bidadari Berselawat, Wanita Peneman Syurga, Semarak Cahaya Al Quran” sememangnya mempunyai mesej yang amat mendalam.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros