Lumrahnya mak-mak walaupun surirumah, tetap berusaha gigih cari duit poket sendiri dengan buat macam-macam kerja. Dengan niat bantu suami, ada sedikit pendapatan sendiri. Walaupun pendapatan suami cukup je untuk menampung semua keperluan.

Menjadikan arwah mak sebagai sumber inspirasi, Pelakon Shima Anuar mengambil inisiatif menambah duit poket sendiri dari rumah dengan mengambil tempahan makanan tradisi di Pantai Timur hasil air tangannya iaitu Laksam.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram, seawal pukul 5.15 pagi, pelakon ini gigih membuat persediaan Laksam yang telah ditempah oleh para pembeli.

Kongsi ibu kepada dua orang anak ini;

“Arwah mak dulu macam-macam dia buat walaupun suami kerja, boleh bagi duit semua. Dia buat kuih la, menjahit la. Macam-macam.”

IKLAN

“Ada 6 orang anak, takde maid pun. Semua buat sendiri. I wanna be like her. That’s why I buat @laksambys and jual sikit-sikit macam ni.”

“Walaupun boleh je duduk goyang kaki, kilatkan kuku 24jam because my husband provides me everything. Tapi I rasa buat kerja lagi cool daripada goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit.”

Terdahulu, Shima dan suami mendirikan rumahtangga pada 8 April 2017 dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata Marian Sophia dan Mikhael Imaan.

MW: Mak-mak lumrahnya begitu. Walaupun suri rumah dan suami boleh bagi nafkah secukupnya tetap berusaha buat macam-macam kerja untuk ada duit poket sendiri.Memang penat, menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Tapi satu kepuasan dan kegembiraan bila ada duit poket walaupun sikit hasil usaha sendiri.

Sumber Instagram: Shima Anuar