Arwah Ibu Rajin Mengaji, Solat Malam, Walau Dah Tiada Kebaikannya Disebut-sebut

Share

Hidup di atas muka bumi tuhan ini bukanlah untuk selama-lamanya. Sampai masa akan dijemput pulang juga. Anak ini berkongsi kebaikan arwah ibu rajin mengaji, malah solat sunat dan solat malam.

Sehinggakan walau ibu tidak bersamanya lagi, kebaikan ibu masih dikenang-kenang hingga ke hari ini. Jaja Isa berkongsi apakah amalan arwah ibunya yang buatkan orang lain boleh teringat-ingat walau jasad ibu tiada lagi di dunia ini.

Arwah Ibu Rajin Mengaji, Kebaikannya Terus Diingati

Kenapa tak suka arwah ibu ya?”

Sebab ibu itu baik sangat!”

Astaghfirullah hal’azim. Tak tahu nak sedih ke nak geram atau apa. Bercampur baur rasa. Dengan orang yang dah tak ada pun nak sakit hati. Alasan yang tak munasabah pula itu. Semoga Allah beri taufiq dan hidayah buat dia. Al-Fatihah buat arwah ibu. Syurga buatmu, ibu.

Sungguh, dari apa yang berlaku saya belajar sesuatu. Ternyata jika kita baik, Insya-Allah ramai orang sayang. Sehingga bila sudah meninggalkan dunia, masih ada yang iri hati dek kerana ramai yang memuji.

Allahu.

Ketika arwah ibu masih ada, saya memang rapat dengan arwah. Hampir setiap masa saya bersama ibu dan saya belajar banyak perkara. Sebenarnya semua orang boleh jadi seseorang yang dicintai dan disayangi. Kuncinya satu, berusaha jadi baik setiap hari. Selain itu, tanamkan juga perkara dan sifat-sifat ini dalam diri.

1. Jaga hubungan dengan Allah.

Bila kita jaga hubungan dengan Allah, automatik hubungan kita dengan manusia pun baik. Dulu arwah ibu rajin mengaji, solat sunat dan solat malam.

Bila dengar ibu mengaji, rasa sejuk je hati. Bila apa-apa berlaku, ibu bangun malam, minta sungguh-sungguh dengan Allah. Benda ini urusan kita dengan Allah.

Tak perlu susah payah beritahu semua orang yang kita rajin solat malam, tahajjud, solat istikharah segala macam. Tapi sudahnya kantoi, solat tahajjud lepas maghrib. Solat istikharah pukul 8 pagi.

2. Ikhlas

Nak buat apa-apa kena ikhlas kerana Allah. Bukan kerana manusia apatahlagi sekadar untuk mempamerkan pada orang lain yang kita baik.

Tak perlu terlalu ‘try hard’ untuk buat orang suka kita. Sungguh, ikhlas ini tak ada jual kat kedai runcit. Ia lahir tulus dari hati.

Benda yang kita tak nampak tapi boleh dirasai. Kata ibu, ikhlas ini bila kita buat kebaikan dan kita let go saja benda itu. Kita tak harapkan balasan atau terima layanan yang sama seperti kita berikan.

3. Arwah ibu rajin sedekah

Ada sikit, bagi sikit. Ada banyak, bagi banyak. Yang penting, konsisten. Itu pesan ibu. Sedekah ini bukan setakat ringgit sahaja, hatta bila kita bagi makan pada jiran-jiran, beli makanan untuk ahli keluarga, itu pun dikira sedekah.

Sifat dermawan dan rajin sedekah arwah ibu memang luar biasa. Bila jatuh sakit, ibu makin rajin sedekah sana sini. Kadang kami fikir, cukup ke duit ibu sedangkan ibu sakit dan perlukan banyak duit untuk berubat. Tapi Allah kan dah janji, bila kita rajin memberi, Allah akan sentiasa murahkan rezeki. Dan syukur alhamdulillah, rezeki ibu tak pernah putus.

4. Buat baik selalu

Nak buat baik ini tak perlu pilih-pilih. Tak perlu buat baik hanya dengan orang-orang tertentu. Buat baik tak perlu ada sebab dan alasan apatahlagi sebab ada kepentingan. Percayalah, benda ini tak kekal lama. Buat baik bukan saja pada manusia tapi juga pada binatang.

Contoh kalau kucing masuk rumah, jangan pula kita sepak terajang dia. Kalau tak suka, dukung kucing itu dan letak luar elok-elok. Mudahkan?

5. Arwah ibu rajin senyum

Nampak benda ini kecil saja tapi impaknya besar. Rajin senyum ini pun dikira sedekah dan jadikan air muka kita nampak manis saja.

Kalau nak tahu, mengikut kajian senyuman mampu meningkatkan emosi positif dalam diri yang mana secara automatik ia mampu mempengaruhi sistem kekebalan tubuh, kesihatan jantung dan hubungan emosional dengan orang lain. Senyum ini macam magnet, menjadi daya tarikan orang pada kita.

6. Sentiasa jadi pendamai

Apabila ada pergaduhan atau salah faham, jadilah pendamai. Usaha cari jalan untuk selesaikan masalah. Kalau tak boleh membantu pun, diam sahaja.

Bukannya makin rancak jadi batu api, tokok tambah cerita, tabur fitnah sana sini. Keadaan ni lagi menjadikan keadaan lebih teruk. Orang pun naik menyampah dengan kita. Allahu, semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat yang tak baik ini.

Sebenarnya banyak lagi sifat arwah ibu yang boleh dijadikan contoh. Insya-Allah lain kali saya kongsikan. Nak buat orang suka dan dengar cakap kita, tak susah.

Cuma perlu jaga hubungan kita dengan Allah, berusaha jadi lebih baik setiap hari dan berkelakuan baik pada orang lain. Tak perlu guna bomoh atau benda-benda yang mensyirikkan Allah.

Yang penting, jagalah akidah kita. Hidup di dunia ini tak lama. Apa yang kita ada itu semua hanya sementara.

Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Semoga kita semua berkumpul semula disyurga nanti.

Lots of love

Mingguan Wanita : Berusaha untuk jadi baik.

Sumber/Foto : Jaja Isa

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer