Arwah Ibu Meninggal 10 Malam Terakhir Ramadan, Kubur Bersebelahan Arwah Abah

Share

Arwah ibu Achey dijemput Ilahi dalam bulan Ramadan, pada 10 malam terakhir Ramadan dan direzekikan kubur bersebelahan arwah suami.

Jam 12.46 pagi Isnin, pelawak Achey menerima berita pemergian ibu ketika berada di atas motosikal. Ketika itu dia dalam perjalanan pulang.

Mendengar perkhabaran duka, beberapa kali Achey terpaksa memberhentikan motosikalnya. Menangis tiada henti. Tuhan saja yang tahu hiba hatinya ketika itu.

Bagaikan melayang jiwa atas pemergian ‘syurga’ saya.” Namun, tuhan lebih menyayangi arwah ibu Achey, Allahyarham Hajah Ngaisah Bte Hassan.

Dijemput hambaNya pulang ke perkampungan abadi pada 10 malam terakhir Ramadan pada usia 74 tahun. Ketika umat Islam memburu malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil.

Saya dan keluarga redha. Arwah meninggal dunia pada bulan baik.” Mengenangkan akan hal ini membuatkan hatinya jadi lebih tenang.

Tunai Impian Arwah Ibu, Kubur Bersebelahan Arwah Bapa

Menurut Achey, hatinya sedikit terkilan kerana tidak dapat berada di sisi ibu ketika di penghujung hayatnya. Waktu itu, dia pulang sebentar ke Kuala Lumpur.

Bagaimana pun rasa terkilannya itu terubat bila mana impian arwah ibu dapat ditunaikan oleh anak-anaknya. Arwah ibunya pernah berpesan, mahu dikebumikan bersebelahan kubur arwah ayahnya.

Allah makbulkan impian arwah apabila ada tapak kosong di sebelah kubur arwah abah.” jelas Achey yang turut berkongsi gambar kubur ibu dan ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Usaha Jaya, Labis, Segamat.

Cinta ke hujung nyawa.. Cemburu pun ada kat dua orang ni.” tulisnya sebak.

Perkongsian Achey mendapat respons daripada rakan pelawaknya, Shuib Sepahtu yang turut mendoakan arwah ibu dan ayah Achey.

Allah Maha Hebat dalam mengatur sehala. Untungnya la hai. Sweet couple, kubur sebelah-sebelah. Aku dah tak boleh Chey sebab kubur Sarah kiri, kanan, depan, belakang dah ada orang lain. InsyaAllah semoga Allah memberi Syurga pada pasangan ini, Amin.” tulis Shuib dalam komen balasnya.

Baca sini : Jika Ada Ruang, Doakan Mak Saya, Keadaan Sangat Tak Baik – Achey Mohon Doa Semua

Kredit screenshot : Instagram Acheykintangkintung

Rezeki Kakak Dapat Jaga, Berada Di Sisi Arwah Hingga Ke Akhirnya

Arwah ibu Achey menderita penyakit kanser pankreas hampir dua tahun lamanya. Dan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Johor.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah memaklumkan arwah ibunya baru saja menjalani pembedahan memasang tiub dekat saluran hati.

Usaha itu bagi membolehkan bengkak yang dialami semakin surut. Namun, tahap kesihatannya semakin merosot bila mana sel kanser mulai merebak ke seluruh badan.

Kakaknya, Nordewiyani direzekikan untuk berada di sisi ibunya sehingga ke saat akhirnya. Waktu arwah ibunya mula sakit, kakaknya itulah yang menjaga.

Abangnya yang juga jurulatih paralimpik Malaysia dan bertugas di United Kingdom juga tidak berkesempatan berada di sisi arwah ibu.

Sudah menjadi rezeki kakak berada di sisi arwah. Adik-beradik lain juga bergilir menjaga arwah waktu di hospital. Namun, Nordewiyani lebih bertuah.

Dapat berbakti dengan arwah hingga akhir nafas.”

Mingguan Wanita : Al-Fatihah.. semoga Allahyarham Hajah Ngaisah Bte Hassan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di taman-taman syurga.

Foto/Sumber : Acheykintangkintung , Berita Harian

Published by
Netty Ah Hiyer