Arwah Abah Gaji RM700 Untuk 9 Sekeluarga, Bila Bersyukur Allah Beri Lebih - Siti Nurhaliza

Diam tak diam dah 11 tahun arwah ayah penyanyi tersohor nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin meninggalkan anak kesayangannya ini. Sejak dulu, Siti Nurhaliza ini cukup rapat dengan arwah abah nya.

Pemergian Allahyarham Tarudin Ismail pada usia 67 tahun disebabkan komplikasi jantung dan sakit buah pinggang yang dialaminya.

Terbaru menerusi instagramnya, anak bekas polis ini berkongsi kisah senda gurau dirinya dengan arwah ayah tercinta.

Gurau Allahyarham suatu ketika dulu, semasa hayatnya masih ada, kesedapan suara anaknya itu sebab makan ikan yang selalu dipancingnya. Biarpun, Siti Nurhaliza tahu yang ayahnya bergurau, namun dia tetap percaya akan kebenarannya.

Lagi-lagi, ikan-ikan itulah lauk untuk mereka anak beranak. Biar pun diuji, kehidupan serba sederhana, mereka sekeluarga tak pernah lupa untuk terus BERSYUKUR.

Kerana itulah, rezeki terus mengalir tak putus.

IKLAN

Baca sini : Dato Sri Siti Nurhaliza teruja bergaya sedondon dengan Aafiyah

Gurau Arwah Abah, Suara Siti Nurhaliza Sedap Makan Ikan Dia Pancing

Al fatihah buat Ayahnda tercinta ..

Arwah abah pernah bergurau dengan saya.. katanya, kalau orang tanya macamana suara Ct sedap? bagitau depa sebab Ct selalu makan ikan abah pancing.

IKLAN

Itulah Arwah Abah, insan yang suka bergurau. Tapi sememangnya betul, lauk saya makan dulu, kebanyakkannya memang ikan yang arwah abah pancing.

Itulah rezeki untuk anak anak… nak makan ayam atau daging tunggu dapat gaji, baru boleh enjoy lebih skit.. gaji RM700 untuk 7 anak bersama isteri tercinta.. Tapi bila bersyukur, Allah SWT bagi lebih.. itu menjadi pegangan saya.. Bersyukur, Bersyukur & Bersyukur.

Arwah Abah Gaji RM700 Untuk 9 Sekeluarga, Bila BERSYUKUR Allah Beri Lebih – Siti Nurhaliza

IKLAN

Barangkali sebab BERSYUKUR inilah biarpun sudah 24 tahun dalam industri seni, namanya terus unggul di persana seni tanahair.

Terbaru, buah hati kesayangan Malaysia ini melancarkan album terbarunya, ManifestasiSITI2020.

MW : Suka dengar lagu Teratai Menjelma.. mendayu-dayu, menusuk ke kalbu gitu. Semoga Tokti terus sukses.

Sumber/Foto : Siti Nurhaliza Tarudin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI