Arni Nazira Luah Syukur, Anak Tamat Pengajian Cemerlang Raih ‘Anugerah Akademik’. Tiada yang lebih membahagiakan bagi mak ayah apabila anak-anak berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang.
Penyanyi dan pelakon era 90-an, Arni Nazira Anuar,44 ada memuat naik hantaran di media sosial meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya Putri Aleeya Antasha, 22 telah selamat menamatkan pengajian baru-baru ini.
Berjaya Raih ‘Anugerah Akademik’
Mewarisi kecantikan Arni yang sememangnya terkenal dengan kecantikan asli serta raut wajah lembut, pelakon filem Bara dan Nafas Cinta itu memuat naik gambar konvokesyen anak sulungnya yang digelar sebagai Kakak sekaligus meraikan kejayaan anak tersayang.
Lebih istimewa, ia disusuli dengan kejayaan cemerlang apabila anaknya turut berjaya meraih ‘Anugerah Akademik’ bagi Diploma Pengurusan Acara.
“Alhamdulillah & tahniah Kakak Putri atas Konvokesyen tempohari.”
“Syukur pada Yang Esa berkat usaha & ketekunan, Kakak berjaya beroleh ‘Anugerah Akademik’ bagi Diploma in Event Management,” ujarnya.
Doa Kejayaan Anak Berterusan
Disamping itu, penyanyi lagu Cinta Antara Benua ini juga turut menitipkan doa agar anak-anaknya terus berjaya dalam pelajaran dan bidang yang diceburi di dunia dan akhirat.
“Mummy & daddy doakan moga Kakak & semua adik-adik terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi.Mudah-mudahan Kakak & semua adik-adik terus cemerlang di dunia & akhirat.”
“Insya Allah, Allah sentiasa pelihara & limpahi rahmatNYA buat Kakak & semua anak-anak mummy.Syukur Ya-Allah di atas segala kurnia,” ujar Arni.
Ramai yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai Putri Aleeya Antasha. Tidak kurang juga memuji keayuan dan kelembutan wajah seiras dua beranak ini.
Terdahulu, Arni mendirikan rumahtangga dengan penyanyi rock dan pelakon terkenal, Datuk Awie pada 10 Disember 1998 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha, 20. Bagaimanapun jodoh tidak berkekalan dan mereka berpisah pada tahun 2006.
Bertemu jodoh kali kedua pada tahun 2009, Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hadzrie Wan Mokhtar. Rumah tangganya kini diserikan tiga orang permata hati, Wan Muhammad Muadz, 12, Wan Ayesha Maserra,10, dan Wan Muhammad Mushrief, 6.
View this post on Instagram
Mesti Baca:“Berbaloi La Mak Hang Berkepak Caqi Duit..” Che Ta Syukur Anak Raih ‘Double Degree’
Baca Lagi Di Sini:Nak Anak Berjaya Dalam Akademik. Paksa Anak Tidur Awal, Bukan Biasakan Tidur Lewat
Artikel Menarik:Pernah Rasa Jadi Ibu Tunggal, Che Ta Mahu Bantu 1 Juta Wanita! “Rezeki Itu Ada Di Mana-Mana”
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tahniah buat Arni Nazira atas kejayaan anak raih keputusan cemerlang dalam pelajaran.
Sumber: Sinar Plus, Instagram Arni Nazira
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI