Akhirnya Ardell Aryana Jawab 5 Soalan, Yang Lama Peminat Tanyakan Melalui Emel Dan DM

Pertengahan Julai lalu, penyanyi Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28 membuat permohonan maaf. Minta agar dirinya diberi ruang untuk tidak menjawab segala macam pertanyaan yang di DM, Emel malah dihubungi peminat.

Sehinggalah baru-baru ini, Ardell terbuka hati untuk menjawab 5 soalan yang diajukan peminat melalui emel dan DM di instagram miliknya.

Ramai yang DM & Email saya. Soalan mereka,”

 

Akhirnya Ardell Aryana Jawab 5 Soalan, Yang Lama Peminat Tanyakan Melalui Emel Dan DM

Peminat Tanya, Ardell Aryana Jawab

Soalan 1 : Macam mana untuk sentiasa Happy walau hakikatnya bertentangan?

Jawapan : Apabila kita membahagiakan orang lain secara spontan kita juga terlihat bahagia & happy

Soalan 2 : Macam mana boleh jadi sekuat ini?

Ads

Jawapan : Kekuatan kita hanya pinjaman, nak kata kuat kita semua manusia biasa kadang kental kadang rapuh ( tapi saya tetap pilih untuk jadi wanita BESI)

Soalan 3 : Apa akak buat bila rasa sedih down ?

Jawapan : Bila saya rasa macam tu, satu je saya fikir, ‘jika kita merasa apa ujian kita lalui terlalu perih & sukar (lihat lah manusia lain di negara perang yang lebih perih ujian dari kita) sampai rasa kecil sangat dugaan kita.

Soalan 4 : Bila tahu tak sihat, tak dapat hidup lama apa akak buat?

Ads

Jawapan : Ajal maut bukan di tangan kita dik, bukan sebab penyakit je boleh meninggal. Orang sihat pun boleh meninggal, sakit biasa-biasa pun boleh meninggal. Jangan lah tanya soalan camni ok (akak tak nazak, soalan adik yang nazak sangat akak baca. Pandai-pandai je cakap hidup tak lama).

Soalan 5 : Agak-agak Akak merasa ke tak untuk rasa cinta manusia yakni berkahwin, kalau akak ada someone nanti berkahwin akak tak rasa membebankan dia ke? Tak kesian ke kat suami nanti?

Jawapan : Kalau ajal je di tangan tuhan inikan pula jodoh dik. Kalau tuhan kata panjang umur panjanglah jodoh (ada lah jodoh dunia ) kalau tak ada maka tak ada lah. Entahlah jawapan last ni susah sikit, sebab kalau nak kata kesian bukan jodoh je.

 

Ads

Akhirnya Ardell Aryana Jawab 5 Soalan, Yang Lama Peminat Tanyakan Melalui Emel Dan DM

Teruskan Hidup Macam Biasa

Saya punya kakak kandung sendiri terpaksa amik cuti 4 bulan di tempat kerja di hospitalnya hanya kerana untuk menjaga saya di rumah, dan bawa saya ke sana ke mari bekerja, menjahit, memasak, shopping, berjalan.

Kata Ardell Aryana lagi, “Saya ok je bukannya sakit apa sangat tapi akak risau dan saya masih ada kaki untuk berjalan ok. Itu pun kadang rasa menyusahkan.”

Tapi apa saya perlu buat untuk tak menyusahkan orang? BANGKIT lah. Teruskan hidup macam biasa, keluar, kerja, buat itu buat ini.

Apa yang saya rasa saya suka just do it. Kalau penat berhenti, jangan push diri . Kalau boleh just buat tanpa tapi atau nanti. Dah namanya dunia ni pentas ujian, maka hadapi dengan tenang . Paksa diri jadi hebat di mata orang yang sayangi kita. Goodnight.”

Sekitar Jun lalu, Ardell Aryana pernah dikhabarkan menghadapi sakit kanser tahap 3. Rentetan daripada itu, Ardell sentiasa mendapat sokongan dan semangat positif daripada ahli keluarga, teman-teman malah peminatnya.

Sumber/Foto : Ardell Aryana

“Perih Terima Sebuah Kenyataan’ Inikah Jawapan Teka Teki Sakit Kanser Ardell Aryana

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI