Ubat gigi arang menjadi perhatian sejak kebelakangan ini semenjak lagu ‘serbuk arang gigi’ jenama produk popular menjadi siulan ramai.Penggunaan arang sebagai bahan yang dianggap boleh membantu ‘memutihkan’ gigi rupanya tidak tepat malah boleh memudaratkan kesihatan gigi.
Baru-baru ini Dr Nur Amalina Che Bakri,31 ada memuat naik status dilaman sosial twitter mengenai penggunaan arang untuk memutihkan gigi.Sekaligus ia menjawab persoalan yang diajukan oleh salah seorang pengikutnya.
“Arang tidak memutihkan gigi.Berdasarkan kajian, tidak ada bukti yang menunjukkan arang boleh memutihkan gigi. Ia boleh membersihkan gigi tetapi TIDAK memutihkan gigi.Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis.”
Doktor Amalina juga ada menyarankan sesiapa yang ingin memutih gigi supaya pergi ke klinik gigi yang betul.
@akifakim bertanya “Jadi, macam mana nak putihkan gigi dengan cara yang betul dan sihat, doc?”
“Jumpa doktor gigi. ‘Dentist’ yang betul, bukan yang fake (palsu) pula,”
jawabnya.Doktor cantik ini juga ada berkongsi screen shot daripada Klinik Pakar Pergigian Anmas sebagai panduan;
Dr Nur Amalina Che Bakri,31 merupakan graduan lulusan University of Cambridge dan pernah menimba pengalaman di Cambridge University Hospitals NHS Foundation Trust pada tahun 2013-2015.
Merupakan pelajar cemerlang keputusan peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1 serta melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom, England. Mengejar cita-cita menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik suatu hari nanti.
MW: Jadi jangan mudah terpengaruh dengan sebarang produk yang boleh memutihkan gigi. Kesan jangka panjangnya kita tidak tahu. Sebaiknya berjumpa dengan doktor gigi yang bertauliah dan dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik gigi.
Baca Disini:
Jangan Obses Ambil Jalan Mudah, Ini 3 Cara Yang Dr Amalina Amalkan Untuk Kekal Aktif & Sihat!
Sumber: Dr Amalina