
Sangat penting mendidik anak-anak agar mampu bertanggungjawab dan berdikari baik di rumah mahupun pada diri sendiri. Cara ini hanya mampu dilakukan bagi mak-mak yang ‘malas’. Tidak terlalu rajin membuat segala kerja rumah dan urusan anak-anak atas bahu sendiri. Sebaliknya tetap meminta bantuan dan mengharapkan anak-anak turut melakukan bersama-sama.
Perkongsian daripada Puan Nurul Ilyani ini wajar mak-mak jadikan panduan;
5 tip didik anak ada common sense di rumah dengan cara mak ‘malas’
#1 Sebelum Tidur
Mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak dia. Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.
#2 Anak Makan
Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Budak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja.
#3 Anak Main
Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Memetir dengan ayat berpengaruhlah, bukan berleter.
#4 Anak Mandi
Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Yang kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
#5 Spring Cleaning Rumah
Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, abang dengan adik cuci toilet, abi buang sampah, kemas dapur”. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
Hakikatnya mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak bagitahu semua orang ada tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Yang ada pembantu rumah lagi kena hati-hati. Anak kita ada tendency meraja.
Pesan mak ‘malas’,
Ummu Ilham
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak janganlah terlampau rajin buat semua benda dan perkara di rumah.Nanti diri sendiri juga yang penat. Jadilah mak yang ‘malas’ agar anak turut dapat rasa bertanggungjawab di rumah sendiri dan berdikari sendiri.
Sumber: Nurul Ilyani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Bangun Lewat Di Rumah Mentua..’ Menantu Jangan Lurus Sangat, Sesuaikan Ikut Keadaan

Isi Kandungan
ToggleHaa.. ada yang bertanya, salah ke jika menantu bangun lewat jam 11 di rumah mentua? Bagi yang bertanya, itu bukan satu kesalahan besar. Lain pula pada mentua yang tidak menyukai tindakan sebegitu.
Bagi menjawab pertanyaan netizen itu, Puan Marlia Ramli berkongsi pandangan. Sebaiknya, apa yang menantu perempuan boleh lakukan agar tidak dipandang tidak manis di mata mentua sendiri.
BANGUN LEWAT GILA DI RUMAH MENTUA?
Salah. Kat Negara Malaysia ni salah kalau anda menantu perempuan. Mentua dan ipar duai anda akan mula berbisik.
Menantu lelaki bangun tidur tengahari pastu sambung tidur semula pun tak de masalah. Siap maknya isteri hidangkan kopi cawan lapik untuk menantu lelakinya.
Ya… Imbalance ini memang berlaku.
Menantu perempuan ada expectation perlu dibuat. Menantu lelaki? Asalkan tak mencarut depan mentua dah kira soleh dah tu!
Beginilah anak-anak muda,
Akak sentiasa kempen jika rasa tak mampu nak bangun awal, tak mampu masuk dapur sebelum subuh, tak mampu nak meet expectation terhadap “typical menantu perempuan” – ajak suami tinggal di rumah sendiri.
Rumah sewa pun tak pe.
Rumah kecik pun tak pe.
Belajar berdikari.
Mudah nak jaga aurat.
Selesa ada ruang peribadi.
Fahami realiti hidup.
Bangun lewat? Tanggunglah perut lapar.
Rumah anda? Sukati andalah.
Asalkan anda suami isteri bahagia.
Sesekali balik rumah mentua?
Alah… sesekali je kan?
Kau armed je alarm snooze level bingit telinga.
Snooze seratus kali.
Ngam-ngam subuh je kau dah kat dapur bancuh teh.
Baca sini : Dapat mak mentua baik pun rezeki, bukan semua menantu dapat rasa
Pembawakan Diri Menantu Sesuaikan Ikut Keadaan
Kau jenguk sinki ada pinggan dua tiga biji, kasi settle. Pastu kalau kau OCD pengemas namatey pun tak payah memandai ubah susunan dapur umah mentua kau. Mata kau sakit tengok? Pejam mata. Jangan memandai ubah apa-apa. Kau layan je style susunan mentua kau.
Pastu kau ye kan aja segala benda yang mentua kau cakap. Dia nak puji menantu lain ke, nak up anak dia ke, nak mengumpat jiran ke, nak puji diri sendiri ke… kau layan kan aja. Tak payah bantah bagai. Anggap je Mentua kau sedang buat video Tik Tok. Kau enjoy je tenung dia sambil angguk-angguk dan gelak je keja kau. Lantak pi situ.
Masa nak balik kau salam berisi (amik dari poket suami kau). Mohon doakan saya Mak… Kau gunalah dialog syahdu drama petang-petang. Pastu kau puji cakap kuih lepat yang Mak buat tu sedap. Kau minta resepi walaupun dapur rumah kau tak penah berasap. Mak yang mula masam cam siput by auto akan senyum. Silap aribulan, kau lah menantu kesayangan.
Mentua kurang bunyi, ipar duai tak de modal nak melebih. Settle!
Cari katil murah di sini : https://invol.co/cl8p5of
Wanita hari ni jangan lurus sangat. Pandai-pandai la be creative and be flexible mengikut keadaan. Pembawakan diri tu sesuaikan ikut keadaan. Yang penting? Suami happy, isteri happy – cukuplah.
Mentua dengan ipar duai – Alah… sesekali je kan. Kau bukan balik sebulan 4 kali pun… Ngerti?
#marliaramli_loves
#kongsiilmu
#learnfromobservation
Mingguan Wanita : Andai menantu fahami realiti hidup berkeluarga itu macamana, tentu mudah untuknya tangani apa jua isu yang berlegar di sekitarnya.
Sumber/Foto : Marlia Ramli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Matanglah SIKIT Bila Bergelar MAK Orang, Jaga Kata Kerana Anak KECIL Mudah Tersinggung

Isi Kandungan
ToggleSalah Kata Buat Kanak-kanak Malu
Terkesan Dengan Kata Orang Sekeliling
Kanak-kanak Terkesan Dengan Kata-Kata Bukan-bukan
Tahu tak ,
Punca tekanan, rasa rendah diri, kurang keyakinan, rasa tak boleh, pada diri kanak-kanak itu sebab mulut orang-orang tua termasuklah mulut mak, bapak mereka sendiri. Mulut kita.
Beri Kata-kata Semangat
Kata-kata Buruk Beri Kesan
Peka Dengan Kata-kata

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lengkapkan Dokumen Tuntut Harta Tu SUSAH, Adik Beradik Ipar Wanita Ini Buktikan MUDAH

Isi Kandungan
ToggleSelepas suami meninggal, urusan pembahagian harta perlu isteri selesaikan sendiri. Prosesnya tak mudah, melibatkan banyak pihak termasuk ibu bapa malah adik-beradik ipar. Ada yang sampai bertahun pun belum selesai.
Peguam syariah ini, Roslina Sabiyah & Co. berdepan dengan satu kes unik.
Melibatkan seorang wanita yang baru kematian suaminya. Ketika dia memfailkan tuntutan harta sepencarian inilah peguam ini melihat keajaiban berlaku depan mata.
Isteri Kematian Suami Tuntut Harta Sepencarian
Ingin saya kongsikan satu kisah yang indah. Tentang harta pusaka dan hubungkaitnya dengan isu kekeluargaan, kasih sayang dan persaudaraan.
Wajahnya jernih, tenang dan sentiasa menguntum senyum. Tak sangka pun sebenarnya beliau baru sahaja kematian suami beberapa bulan yang lalu. Arwah suami meninggalkan harta sebuah rumah yang berdaftar atas nama arwah seorang. Mereka tidak dikurniakan zuriat dan tambahan lagi arwah suami juga mempunyai 11 orang adik-beradik sebagai waris faraid..
Sangkaan pertama saya, tentu makcik ini menghadapi masalah untuk menuntut hak ke atas rumah tersebut. Bahagiannya sebagai isteri hanya 1/4. Kalau nak dapatkan bahagian yang lebih, makcik ini perlu memfailkan permohonan harta sepencarian di Mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Ia tentulah memakan masa dan melibatkan kos pula. Sedang saya mencongak-congak cadangan penyelesaian untuk makcik ini tiba-tiba dia bersuara..
“Puan.. adik-beradik arwah semua dah setuju nak lepaskan bahagian faraid mereka ke atas rumah tu kepada saya. Seterusnya apa yang saya perlu buat Puan?”
Allah.. takkan semudah itu? 11 orang maksudnya 11 kepala dan 11 ragam. Sedangkan yang hanya 2 beradik pun boleh bergaduh dan tak sepakat apatah lagi yang 11 orang ini?
Saya pun terangkan prosedur jika nak lepaskan hak, mereka semua perlu tandatangan Borang Persetujuan (DDA) untuk melepaskan hak. Tapi sebelum peguam boleh sediakan dokumen itu, peguam perlu dapatkan maklumat mereka semua seperti salinan kad pengenalan, salinan surat beranak dan alamat terkini.
Walau Dalam Bank Tak Ada Baki, Arwah Tak Lokek Dengan Adik-Beradik
Maka bermulalah satu situasi yang sangat indah tapi tak mampu saya nak rakam atau ungkapkan. Di depan saya juga makcik tu terus menghubungi seorang demi seorang adik-beradik arwah untuk mendapatkan maklumat awal seperti nama penuh, ic dan alamat bagi saya menyediakan dokumen.
Bicaranya tersusun dan sopan. Diterangkan satu-persatu untuk urusan apa, minta izin untuk dapatkan maklumat, ucap terima kasih berkali-kali dan hasilnya.. semua maklumat diberi dengan sukarela dan mudah!
Untuk makluman semua, dalam urusan harta pusaka, proses pengumpulan dokumen adalah proses yang kritikal sekali. Tapi dalam kes makcik ni, nampak sangat urusannya begitu mudah dan lancar.
Tentu arwah seorang yang istimewa, bisik hati saya. Saya pun bertanya untuk mengorek rahsia..
“Makcik.. arwah meninggal sakit apa? Mudahnya adik-beradik arwah nak bagi kerjasama.. arwah mesti baik dengan semua adik-beradik kan?” saya berbasa-basi.. meluap rasa ingin tahu.
“Ya Puan.. arwah meninggal sebab sakit kanser. Arwah memang baik dengan semua adik-beradiknya. Kami tak ada anak. Jadi arwah anggap semua anak-anak saudaranya macam anak arwah sendiri.
“Kalau adik-beradik buat kerja kahwin anak mereka, arwahlah yang sukarela banyak membantu. Walaupun akaun dalam bank arwah sendiri kadang-kadang tak ada baki, tapi arwah memang tak lokek dengan adik-beradiknya.”
“Masa arwah terlantar sakit.. tak putus-putus semua ahli keluarga datang ziarah. Anak-anak saudara pun rapat dengan arwah. Saya terkilan sebab tak dapat habiskan masa menunggu arwah sebab terlalu penat melayan ahli keluarga yang tak putus datang ziarah..”
Isteri Arwah Pun Jaga Hubungan Baik Dengan Ipar Duai Dan Mentua
Allahu.. patutlah urusan arwah sangat mudah. Rupanya arwah seorang yang sangat menjaga hubungan baik dengan adik-beradik dan disenangi semua ahli keluarganya. Bukan arwah sahaja yang baik, makcik ini juga baik dengan ipar-duai dan keluarga mertuanya. Sebab itu mereka juga mengekalkan hubungan yang baik dengan isteri arwah..
“Puan borang-borang tu nanti kalau dah siap biar makcik yang hantar sendiri ye. Sebab makcik nak ambil sendiri salinan dokumen yang puan perlukan jadi tak perlu susahkan mereka nak pos atau hantar sendiri. Lagipun adik-beradik arwah ada yang tak sihat jadi makcik nak pergi ziarah mereka sekali”
Allahu makcik.. it’s really something to ponder.. bagaimana pula hubungan kita dengan adik-beradik kita? Ipar duai dan saudara mara kita?
Semoga kita semua dapat pengajaran daripada kisah yang saya kongsikan ini. Betapa isu utama bukanlah berpunca dari harta pusaka ataupun faraid tetapi nilai pusaka itu sendiri yang semakin hilang iaitu persaudaraan, kemanusiaan dan kasih sayang!
Sumber/Foto : Roslina Sabiyah & Co.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI