
Isi Kandungan
ToggleMahal sungguh harga bawang merah sekarang. Memandangkan harga bawang merah dah semakin mahal, ada baiknya mak-mak yang suka berkebun tu, tanam sendiri bawang merah ni di rumah. 2 bulan selepas tanam dah boleh dituai. Memang jimat banyak dan puas hati. Tapi nak tanam bawang merah ni ada cara dan tipnya yang kena ikut.
Boleh rujuk perkongsian Puan Azlina Mat Lazim cara BETUL tanam sendiri Bawang Merah di rumah.
Nisbah media tanam:
Lebihkan pasir dari tanah dengan nisbah 2:1
*Pasir = 2 bahagian campur Tanah berkebun = 1 bahagian.
Tanam di tempat terbuka
Musim panas, siram cukup-cukup saja, jangan siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.
Cara-Caranya:
1. Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.
2. Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dlm 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.
3. Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru.
4.Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah…biarkan sahaja.
Tip Ekstra!
Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa.
*Boleh juga guna lain-laim baja yang di fikirkan baik.
Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan,terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.
Bawang yang dituai akan di jemur untuk dapatkan bawang yang siap diguna.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh cuba tanam sendiri bawang merah ni di rumah. Ikut tip dan kaedah yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Baca lagi disini: Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!
Sumber: Azlina Mat Lazim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Termasin, Terpahit Atau Terpedas, Campak Sebiji KENTANG Dalam Masakan!

Rupanya antara tip bila kita masak rasa termasin, terpahit atau terpedas, hanya perlu campak sebiji kentang dalam masakan untuk mengurangkan rasanya. Bukan apa, lumrah kadang kala kita masak terlebih masin, pedas mahupun pahit. Jadi kita boleh ‘memperbaiki’ rasa tersebut, ikut tip mudah yang dikongsikan oleh Instafamous yang handal dalam bidang masakan Yatie Kitchen ini.
Baca Lagi Di Sini: Kak Yatie Kongsi Resipi Yang Senang Faham, Mudah Orang Ikut.” Memang Tiada Rahsia
Berikut perkongsian tip tersebut sebagai panduan;
Saya nak share satu tips yang sangat-sangat berguna. Banyak kali saya guna tips ni pada masakan saya.
Baru-baru ini, saya beli cili kering. Cili kering yang saya beli ter sangat-sangat pedas, nak buang cili kisar yang saya buat ni sayang pulak.
Setiap kali saya masak menggunakan cili kisar ni saya kurangkan cili untuk kurangkan pedas.
Mesti Baca: Saintis Dedah Cara Salah Goreng Kentang, Boleh Jadi Penyebab Kanser
Tapi kalau saya masak “sambal” mana boleh kurangkan cili , ye dak? So saya campak sebiji kentang (termasuk kulitnya ) dalam masakan sambal saya.
Alhamdullillah “kepedasan” sambal saya berjaya dikurangkan at least 50% , so tak de lah buasir nanti !
Mesti Baca: Rupanya CILI KERING Banyak Jenis, Ada Karakter, Rasa & Kegunaan Tersendiri
Gambar di bawah ni setelah Sambal Kerang saya ditos minyak nya! Cubalah !
Note : Tips letak kentang jugak boleh digunakan jika masakan termasin , terpahit dan segala Ter.
Semoga bermanfaat!
Artikel Menarik: Cara Buat Kerepek Kentang Homemade Nipis & Rangup, Goreng Cantik Tak Hangit!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Banyak kegunaan kentang ni rupanya untuk ‘memperbaiki’ rasa makanan. Jadi taklah membazir atau masakan dibuang begitu sahaja.
Sumber: Yatie Kitchen
Artikel Popular: Jangan Bagi Anak Makan Kentang Bertunas Boleh Bahayakan Kesihatan, Hati-Hati!
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#TipDapur Mak-Mak Boleh Simpan Limau Kasturi Cara Ini Agar Tahan Lama, Mudah Guna & Tak Membazir!

Isi Kandungan
ToggleSelalunya bila beli buah limau kasturi dalam kuantiti banyak yang telah siap dibungkus.Padahal kita nak gunakan sedikit je.Akibatnya baki limau kasturi tu terbiar serta mudah jadi busuk dan rosak. Sebenarnya ada cara mudah mak-mak boleh simpan buah limau kasturi ini agar tahan lama dan mudah digunakan nanti. Malah menjimatkan serta tak membazir!
Boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Siti Fatimah Abas sebagai panduan;
“Selalunya sekali beli buah limau kasturi ni banyak sebab dah siap berbungkus dikedai..nak gunanya cuma sebiji dua, baki tuu kalau biarkan lama dalam peti ais jadi kering atau busuk..supaya ianya tahan lama dan mudah diguna bila bila masa untuk masak atau buat air anda boleh simpannya seperti cara ni..moga bermanafaat!”
#jimatsangat
Bahan-Bahan Diperlukan:
Limau Kasturi
Penapis Air
Bekas Kiub Ais
Cawan
Sudu
Cara-Caranya:
1.Potong dua limau kasturi. Pastikan potong secara melintang, lawan urat bagi memudahkan nak perah nanti.
2.Perahkan jus limaunya, gunakan penapis kopi pun boleh.
3.Perahkan dalam cawan.
4.Sudukan ke dalam bekas kiub ais.
5.Simpankan dalam peti sejuk beku semalaman.Supaya betul-betul beku.
6.Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas.Bila nak guna dah senang tinggal ambil seketul dua yang perlu untuk masak.
Info Ekstra!
- Nak guna untuk buat teh O limau pun senang.Masuk je 2, 3 ketul dalam teko.
- Nak buat sambal belacan pun mudah campurkan je seketul dua,dah siap dan jimat masa.
Menarik sungguh tips ni, memudahkan kerja malah menjimatkan belanja dapur mak-mak. Tak de lah membazir, buah limau kasturinya rosak dan terbiar busuk dalam peti sejuk. Malah paling penting bebas daripada bahan pengawet, hanya pati jus limau kasturi semulajadi semata-mata!.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Siti Fatimah Abas
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peringatan Buat Mak Ayah Tinggal Rumah Ada BALKONI, Kena ‘Alert’ Keselamatan, Jika Sayangkan Anak!

Isi Kandungan
ToggleTidak semua yang mampu tinggal di rumah teres, semi D atau banglo. Dapat tinggal rumah ada balkoni seperti apartment, kondo atau perumahan kos rendah pun dah bersyukur. Sebab setiap kita telah ditetapkan rezeki masing-masing.
Kalau semua tinggal di rumah yang ters setinggal atau orang cakap rumah ‘bertanah’ siapa pula yang nak tinggal rumah yang ada balconi dan tinggi-tinggi. Cuma, yang mungkin agak menggerunkan bila tinggal di rumah yang tinggi-tinggi, keselamatan anak terutamanya kena jaga.
Malah, kerap berlaku kemalangan yang tidak diingini melibatkan anak-anak kecil yang jatuh dari tingkat yang tinggi. Mahunya menjadi ingatan dan trauma buat mak ayah yang mengalaminya. Serik dan takut pastinya sentiasa bermain dalam fikiran mak ayah.
Inilah yang perlu mak ayah kena perhatikan dan jaga bila tinggal di rumah ada balkoni. Sebagai langkah keselamatan dan moga anak-anak kita terpelihara.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bapa Rayu Padam Video Anak 5 Tahun Jatuh Flat, Jiran Sangka Orang Buang Sampah Dari Atas
Bapa Terdengar Bunyi Dentuman Kuat, Tak Sangka Anak Sendiri Yang Terjatuh
Tinggal Rumah Ada Balkoni, Amalkan Langkah Keselamatan Ini
Apabila bercakap tentang penjagaan kanak-kanak, ia turut melibatkan keselamatan di rumah dan bukan hanya semasa di luar. Ketahui asas keselamatan yang perlu dititikberatkan di dalam rumah.
Peringatan & Tip
Pasti mak-mak cuku seriau bila ada berita tentang anak-anak terjatuh dari tingkat yang tinggi, tak mustahil juga ada video tular tentang anak-anak memanjat dan bermain di luar balkoni rumah pangsapuri dan sebagainya.
Ada beberapa peringatan dan tip yang perlu mak ayah ambil tahu untuk menjaga keselamatan anak semasa berada di rumah.
KESELAMATAN BALKONI
1. Jauhkan bangku, meja dan kerusi daripada pagar balkoni. Ia adalah satu naluri biasa pada kanak-kanak yang ingin memanjat pagar atau perabot untuk melihat pemandangan yang lebih baik. Namun dalam masa yang sama, ia meningkatkan risiko untuk anak terjatuh. Jika kawasan balkoni anda terhad, sebaiknya biar ia berada dalam keadaan tanpa perabot. Cuma bawa keluar beberapa kerusi jika ingin melayan tetamu di sana.
2. Waspada jarak antara palang pagar balkoni. Jarak antara palang bar di balkoni seharusnya tidak boleh melebihi 4 inci. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak walaupun bersaiz kecil untuk melepasi pagar tersebut. Sekiranya ketinggian balkoni adalah lebih daripada 1 meter di atas paras tanah, ia mesti lah mempunyai pagar atau penghadang. Ini bermakna jika anda tidak tinggal di kondo atau pangsapuri, tetapi mempunyai teres bertingkat, ia harus mempunyai pagar.
American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar ketinggian pagar balkoni haruslah sekurang-kurangnya 3 kaki atau 1 meter.
3. Pintu ke balkoni sentiasa berkunci, penting untuk penjagaan kanak-kanak
Anak sekarang bijak-bijak belaka, malah yang masih kecil sekali pun ada kalanya sudah pandai untuk membuka pintu yang berkunci. Jadi penyelesaian terbaik adalah untuk memasang 2 jenis kunci yang berbeza. Jika pintu ke balkoni jenis pintu gelangsar atau sliding door, anda boleh meletakkan papan penyelak pada landasan pintu untuk mengelakkan daripada terbuka.
BAHAGIAN DAPUR
Kebanyakan jenis rumah yang diubah suai atau unit kondo menggunakan susun atur terbuka, menjadikan kawasan seperti dapur mudah diakses untuk semua individu termasuk kanak-kanak.
Jadi pastikan pisau dan peralatan dapur lain diletakkan jauh daripada capaian anak.
Sekiranya perlu, pasang kunci dan selak kalis kanak-kanak (kid-proof lock & latches) pada kabinet dan rak – terutamanya yang menyimpan peralatan berbahaya atau bekalan pembersih seperti peluntur atau semburan beracun.
Gunakan stove guard untuk menutup atau mengunci tombol dapur masakan, pastikan setiap pemegang periuk atau kuali dialihkan ke belakang untuk mengelakkan ia mudah dicapai anak semasa sedang memasak. Anda juga boleh memasang pengadang sudut pada meja dan kaunter dapur.
BILIK MANDI
Dalam menitikberatkan aspek penjagaan kanak-kanak dan keselamatan di rumah, anda perlu ketahui bahawa bilik air adalah antara tempat berbahaya untuk anak kerana mereka boleh lemas walaupun dalam air takungan yang cetek serta tergelincir. Anda boleh letakkan tikar getah pada lantai bilik air terutamanya di bahagian pancuran mandian atau tab mandi untuk mengurangkan lantai daripada licin.
Pilih pemanas air yang mempunyai peranti anti-panas atau pasangkan peranti tersebut pada kepala pancuran mandian untuk memastikan kulit anak tidak melecur atau terkena air yang terlalu panas.
Paling penting, jangan pernah meninggalkan anak di dalam bilik mandi tanpa pengawasan.
Keselamatan – BAHAGIAN TINGKAP
Berikut antara aspek keselamatan pada tingkap di rumah, sentiasa pastikan semua tingkap agar:
• Tidak dibuka lebih daripada 12.5 cm
• Mempunyai selak, kunci atau pengadang tingkap untuk menghentikan pembukaan tingkap lebih daripada 12.5 cm
• Hanya boleh dibuka daripada atas
• Jauhkan perabot, katil daripada tingkap untuk mengelakkan anak menggunakannya untuk memanjat tingkap
• Ajar anak untuk bermain jauh daripada tingkap
• Sentiasa awasi anak yang bermain berhampiran tingkap
Lindungi palam elektrik, aspek keselamatan di rumah yang penting
Sikap ingin tahu anak terutamanya yang masih kecil membuatkan mereka akan menyentuh segalanya termasuklah soket elektrik.
Pastikan setiap palam atau soket elektrik dilindungi menggunakan pelindung keselamatan untuk mengelakkan anak daripada memasukkan jari.
Wayar juga perlu dipastikan sentiasa kemas dan tidak berselirat di lantai – jauh daripada jangkauan anak-anak.
AJAR ANAK ASPEK KESELAMATAN
Tip terakhir dalam memastikan keselamatan anak semasa di rumah adalah dengan mengajar mereka mengenai aspek keselamatan dan mematuhi peraturan apabila berada di kawasan dengan pagar balkoni.
Tetapkan beberapa peraturan asas seperti:
• Balkoni adalah kawasan terlarang untuk bermain melainkan bersama individu dewasa
• Dilarang memanjat pagar balkoni atau perabot yang terletak di sana
Mingguan Wanita : Mak ayah kena pantau dan jaga keselamatan anak terutamanya bila tinggal di rumah ada balkoni. Sekadar untuk menjaga keselamatan anak. Minta dijauhkan dari perkara yangtidak kita ingini.
Sumber: hellodoktor
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI