Apricot Custard Tart Sedap Cantik Berkilat, Resipi Mak Mentua!

Share

Nampak sedap sungguh Apricot Custard Tart ini, malah cantik berkilat pula permukaannya. Kombinasi rasa lemak manis ‘cheese’ dan buah aprikot, serta shortcrust rangup memang sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut untuk keluarga.

Boleh cuba resipi Apricot Custard Tart yang dikongsikan oleh Puan Julita Binti Salleh ini. Menurutnya resipi asal yang diperolehi daripada ibu mentuanya sendiri.

Apricot Custard Tart ( resepi mak mentua)

Bahan-bahan (Shortcrust) :

200 gram tepung gandum
80 gram gula halus
secubit garam
sedikit kulit limau sagat
25 gram serbuk almond
120 gram butter
sebiji telur

Cara Membuat:

1. Masukkan tepung gandum, gula halus, garam, kulit limau dan serbuk badam ke dalam bekas kemudian kacau sebati.

2. Selepas itu letak butter dan gaul sebati.Kemudian masukkan pula sebiji telur sehingga semua sebati.

3.Jika adunan terlebih lembut, boleh tambah sedikit tepung. Kemudian boleh terap dekat acuan 10 inci dan bakar suhu 190 selama 10 atau 15 minit.

Bahan-bahan (Kastard):

500 ml susu fresh
50 gram gula
35gram tepung kastard
200 gram cream cheese atau sour cream
50 gram gula

1 Tin Buah Apricot 

Cara Membuat:

1. Asingkan 4 sudu besar dari sukatan susu segar tadi, campurkan dengan gula dan tepung kastard.Kacau sebati.

2. Kemudian panaskan susu, masukkan campuran susu kastard tadi. Kacau hingga kastard tu pekat pastu biarkan sejuk. 3. Kacau sebati cream cheese atau sour cream dan 50 gram gula kemudian masukan pada adunan pudding kastard tadi.

4. Kacau sebati kemudian boleh letak pada Crust Tart tadi.

5. Selepas itu, susunkan buah apricot tu bakar suhu 190 selama 20 atau 30 minit.

6. Untuk bahagian atas nak bagi berkilat glazer tu amik 3 sudu air apricot tu dan 1 sudu besar apricot jam atau orange jam. Masakkan dan kacau-kacau nak bagi berkilat sapu kat atas buah dan seluruh permukaan tart tu. Maaf tau tak reti bagi resepi buku resepi tulis English dan German campur-campur).

 

Siap! Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Doktor Ini Terang Cara Betul Makan Limau Mandarin, Nanti Taklah Batuk Atau Sakit Tekak

Resipi KULIT TART Dibuat Jual, Ada Caranya Bagi Elok Sekata, Tak Senget!

Cara Betul Bakar Kek, Tart, Biskut, Puding Roti, Guna Pemanggang Ajaib

Mingguan Wanita:Nampak sedap betul Apricot Custard Tart ni. Boleh buat menu pencuci mulut nanti.

Sumber: Julita Binti Salleh

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab