Susah hati kan mak ayah bila, anak dah mula kenal dengan gajet terutama handphone. Ini zaman mereka, nak tak nak anak terdedah juga dengan penggunaan handpone. Geramnya, bila dah bagi kebenaran waktu cuti sekolah itu, anak pula main tak ingat dunia.
Leka menghadap phone. Bila minta anak serah semula phone, merayu-rayu.. ‘kejap lagi ibu’ ‘sikit lagi ayah’. Yang nakal sedikit itu siap bawa lari menyorok lagi. Mak ayah tak perlu pun nak gertak atau takut-takutkan anak-anak. Apa lagi nak lukis mata hitam kat anak.
Sebenarnya ada cara lebih bijak untuk mak ayah sekat masa anak yang leka guna phone. Dengan bantuan aplikasi yang ada di Play Store ini boleh selamatkan rasa geram mak ayah itu. Ini yang dikongsikan Afiza Aziz.
Tengah kusyuk menulis, tiba-tiba terdengar jeritan kecil.
“Alamak!”
“Alahhhhhh”
Terkejut mak! Ingatkan kenapa. Rupanya telefon masing-masing dah kena block sebab saya dah setkan masa sampai pukul 11 malam.
Dalam hati saya tahan tawa. Saya buat bodoh, buat tak tahu macam tak ada apa yang berlaku.
Tapi pelik juga. Kenapa lagi seorang tak ada respon.
Pelan-pelan saya capai phone dan buka apps untuk check setting. Oh, rupanya seorang lagi terlepas setting block pukul 11.30 malam. Jadi saya terus tukar setting ke pukul 11.00 malam juga.
Tak sampai beberapa saat, terdengar jeritan dari bahagian atas rumah. Kali ini lebih kuat dari jeritan pertama dan kedua tadi.
“Alahhh ibuuuuu”
Hahaha.
Kali ini jeritan Kak Long yang tak puas hati telefon kena block ketika tengah syok menyanyi sambil dengar headphone ketika dia tengah gosok baju.
“Alah ibu. Kak Long nak dengar lagu je pun. Bukannya guna internet“, dia bersuara lagi, tak puas hati.
“Ibu tak buat apa-apa la Kak Long. Memang setting dia macam tu“, jawab si adik yang phone dah kena block lebih awal.
Saya tak menjawab apa. Diam je sambil mata konon-konon terus menghadap laptop.
Lepas tu si Abang bersuara, “Abang nak tengok tv la ibu. Nanti Abang naik“.
“Nak Ibu pasang apps kat tv keluaq time for bed jugak ka? Ka nak bagi keluaq time to go to school?” tanya saya selamba.
Hahaha. Pecah berderai ketawa dua beradik tu. Yang lagi seorang kat atas tu entah apa cerita. Dah jadi muncung cencerut agaknya.
Saya memang tak bagi anak-anak pegang telefon pada hari persekolahan, kecuali atas sebab-sebab tertentu yang dirasakan munasabah. Mereka cuma akan dapat telefon pada hari sabtu atau cuti umum, dan kena pulangkan semula pada hari ahad malam sebelum pukul 11.
Ataupun pada hari mereka perlu keluar tanpa saya atau suami, saya akan berikan telefon tapi syaratnya, kena pulangkan semula sebaik sahaja mereka sampai ke rumah.
Itu pun selalunya terlajak jugak. Bila mintak, jawapannya kejap, kejap. Bila ibu dah jadi hijau barulah masing-masing kelam kabut nak bagi balik. Haha.
Bagus juga ada apps ni. Untuk mak bapak yang ada anak-anak yang bila dah pegang phone, tak ingat dunia atau buat-buat tak ingat bila nak pulangkan balik, apps ni sesuai untuk korang.
1. Pergi ke Play Store dan cari Google Family Link for Parents. Install ikut arahan.
2. Pastikan telefon anak yang nak di link ada dengan korang dan korang tahu apa email yang mereka guna untuk log in Google beserta dengan password.
Kalau tak ada password pastikan korang minta dengan anak-anak. Sebagai ibu bapa kita ada hak untuk tahu password setiap akaun yang mereka ada.
3. Pada telefon anak – buka Play Store dan install Google Family Link for Children & Teenagers. Masa ni email dan password akaun anak diperlukan.
4. Bila dah siap install, korang dah boleh mula setting apa yang patut dan boleh add bilangan akaun sekiranya ada lebih dari seorang anak atau telefon.
Kelebihan apps ni pada saya memudahkan untuk set masa penggunaan telefon anak-anak. Antaranya limit penggunaan berapa jam sehari, waktu penggunaan telefon dan mengenalpasti lokasi anak melalui gps.
Walaupun apps ni tak boleh nak kawal penggunaan telefon anak-anak sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya dapatlah membantu sedikit sebanyak. Kata orang, bolehlah dari tak ada langsung. Kan?
Korang macam mana? Ada guna apa-apa apps untuk monitor phone anak-anak?
Sumber/Foto : Afiza Aziz