Aplikasi Dating jadi perosak rumah tangga, ‘buka jalan’ suami isteri curang. Dalam era digital yang semakin maju ini, teknologi memainkan peranan besar dalam kehidupan seharian kita. Salah satu aspek yang semakin menjadi kebiasaan ialah penggunaan aplikasi dating.
Aplikasi seperti Tinder, Bumble, dan lain-lain bukan sahaja menjadi platform untuk individu bujang mencari pasangan, tetapi juga menimbulkan isu kesetiaan dalam perkahwinan. Kebimbangan mengenai suami isteri yang curang melalui aplikasi dating semakin meningkat dan menjadi perbualan hangat dalam masyarakat.
Aplikasi dating menawarkan kemudahan dan keselesaan untuk mencari kenalan baru hanya dengan beberapa klik sahaja. Bagi sesetengah individu, ini menjadi tarikan utama untuk mencuba aplikasi tersebut, walaupun mereka sudah berkahwin.
Pelbagai alasan diberikan, seperti mencari hiburan, menghilangkan bosan, atau mencari teman bicara. Namun, apa yang sering terjadi ialah hubungan yang terjalin di aplikasi ini boleh membawa kepada kecurangan.
Kecurangan bukan sahaja berlaku kerana daya tarikan fizikal semata-mata, tetapi juga kerana faktor psikologi dan emosi. Suami atau isteri yang merasa tidak dihargai atau tidak mendapat perhatian yang cukup daripada pasangan mungkin akan mencari kepuasan emosi di tempat lain. Aplikasi dating memberikan peluang untuk berkenalan dengan orang yang mampu memberikan perhatian dan pengiktirafan yang mereka rindukan.
Kepercayaan adalah asas dalam sesebuah perkahwinan. Penggunaan aplikasi dating oleh pasangan yang sudah berkahwin boleh menjejaskan kepercayaan dan kesetiaan dalam hubungan. Apabila salah seorang pasangan mendapati pasangannya menggunakan aplikasi tersebut, ia boleh membawa kepada konflik besar dan merosakkan ikatan perkahwinan. Rasa cemburu, marah, dan kecewa sering kali tidak dapat dielakkan.
Kecurangan yang berpunca daripada aplikasi dating tidak hanya memberi kesan kepada suami dan isteri, tetapi juga kepada anak-anak dan keluarga secara keseluruhan. Anak-anak mungkin akan terkesan secara emosi apabila menyaksikan pertengkaran atau perpisahan ibu bapa mereka. Ini boleh membawa kepada trauma dan mempengaruhi perkembangan psikologi mereka.
Untuk mengelakkan kecurangan yang berpunca daripada aplikasi dating, beberapa langkah boleh diambil:
Memetik Sinar Harian , seorang wanita berusia 35 tahun bertindak curang selepas mengetahui suaminya main kayu tiga sebaik sahaja kelahiran cahaya mata kedua.
Pekerja swasta, Baizura, 35, berkata, selepas mengetahui suaminya, Azman bersikap curang, dia melakukan perbuatan sama untuk membalas dendam.
“Saya mengetahui suami main kayu tiga dengan seorang gadis yang dikenalinya di Tinder.
“Ketika itu saya sedang hamil anak kedua, bayangkan betapa remuknya hati apabila mengetahui perkara itu.
“Saya memilih untuk berdiam diri dan melihat sejauh mana suami akan bertindak.
“Ketika itu saya hanya pura-pura polos dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri walaupun rasa cinta serta sayang semakin pudar,” ceritanya kepada Sinar Harian.
Baizura memberitahu, pada mulanya dia menyangka hubungan Azman dengan wanita berkenaan hanya sekadar teman secara maya, namun sangka baik itu meleset selepas melihat perbualan mereka dalam ruang sembang berkenaan.
Tambahnya, perbualan itu menunjukkan mereka telah lama berhubung dan pernah berjumpa serta melakukan hubungan intim beberapa kali.
Menurut Baizura, dia cuba untuk menidakkan perkara itu tetapi disebabkan ada bukti, dia terdorong melakukan perbuatan sama.
“Selepas sahaja pantang berakhir, saya tidak lagi melakukan hubungan intim bersama suami. Saya memilih untuk memuat turun aplikasi Tinder dan bertemu dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin.
“Seperti bulan jatuh ke riba, lelaki berkenaan bekerja di syarikat sama dengan saya bekerja. Selepas perkenalan singkat di Tinder, kami beralih ke aplikasi WhatsApp dan kerap berjumpa serta makan bersama,” ujarnya.
Jelas Baizura, hubungan dengan lelaki berkenaan semakin rapat sehingga mereka pernah terlanjur.
“Bagaimanapun hubungan itu diketahui oleh suami. Saya berterus terang dan mengatakan ia sekadar untuk membalas dendam kerana mahu dia (suami) rasa apa yang saya rasa.
“Akhirnya masing-masing mengakui kesalahan, namun rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun ini ibarat sedang menanti belah,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga:
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE