
Isi Kandungan
ToggleKalau dekat rumah ada nasi yang tak habis jangan dibuang, boleh dibuat Apam Tapai Nasi ni. Cantik sungguh kejadiannya elok kembang gebu dan lembut. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, dan cukup mudah dihasilkan.
Boleh cuba resipi Apam Tapai Nasi yang dikongsikan oleh Puan Ainon Sidi ini;
Seperti yang dijanjikan semalam hari ni mak cik buat lagi Apam Tapai Nasi. Ini resepi yang selalu mak cik gunakan.
Bahan-Bahan:
1 cawan tapai nasi
(buat awal 1 hari, campurkan 2 cawan nasi sejuk dan 1/2 ragi)
1 cawan Gula
3 cawan tepung beras cap gajah 3
2 cawan Air
Cara Membuat:
1.Mak cik masukkan bahan di atas dan blender semua.
2.Masukkan dalam bekas dan tutup rapat-rapat, perap dan simpan. Mak cik peram dalam 5 jam.
3.Masa nak kukus masukkan ENO biru 1 peket kacau rata.
Posted by Ainon Sidi on Tuesday, 13 October 2020
Info Ekstra!
Cara Buat Tapai Nasi
Campurkan 2 cawan Nasi sejuk dan separuh Ragi.
(Ragi tu hancurkan atas Nasi tadi. Saya guna penapis teh)
Perap 24 jam dalam bekas bertutup, bila dah lembik dan berair manis sedap macam pulut tapai tu.
2 cawan nasi ni untuk dapatkan 1 cawan tapai nasi.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:

Apam Milo Viral 4 Bahan Kukus 20 Minit Siap, Pertama Kali Buat Terus Menjadi! Ini Caranya..
Apam Pisang Gebu, Nak Warna Cantik Selepas Bancuh Biarkan Adunan 30 Minit
MW: Gebunya apam tapai nasi ni. Kalau ada nasi tak habis dekat rumah tu boleh buat apam ni. Tak membazir. Senang nak buat dan boleh cuba untuk minum petang dengan anak-anak. Nak buat jual pun boleh sangat.
Sumber: Ainon Sidi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikut Resepi Arwah Maknya, Wanita Ini Dedah Cara Buat Lepat Bunga Cica

Isi Kandungan
ToggleMungkin masih ramai yang tak kenal bunga cica. Jangan tak tahu ya, ini salah satu bahan membuat lepat yang amat enak dimakan pada musim-musim tertentu sahaja.
Apa yang menarik, rupanya bunga cica ini akan dikutip untuk dibuat lepat. Semoga makanan tradisi ini terus kekal diwarisi generasi akan datang. Nak tahu macam mana nak buat Lepat Bunga Cica, godek resepi yang dikongsikan oleh Puan Nor Imah Shahabudin…
Resepi Lepat Bunga Cica
Sekarang musim bunga cica luruh, bangun pagi-pagi kutip dengan anak-anak dan kakak.
Saya buat ikut resepi arwah mak. Bunga cica ni ikut la kalau nak buat yang kering, kena jemur bagi kering dulu. Lepas itu blend guna yang kering sampai jadi halus. Saya buat yang bunga basah punya, basuh-basuh bagi bersih lepas tu bagi kering air jap. Lepas tu blend dengan santan.
Bahan-bahan:
*bunga cica
*santan
*tepung pulut
*tepung gandum dlm 3sudu besar
*gula
*garam
Cara Buat:
Blend bunga cica dengan santan, masuk gula ikut nak rasa manis macam mana, masuk garam sikit.
Masuk bahan blend tadi dalam bekas, masuk tepung pulut sikit-sikit kacau bagi sebati. Saya guna tepung pulut yang 500gram, masuk tepung gandum kacau sampai sebati. Jangan terlalu pekat atau cair.
Dah siap potong daun pisang ikut citarasa nak besar atau kecik.

Setengah orang akan buat inti kelapa letak dalam lepat tapi saya tak letak.
Masa nak bungkus tu sapu minyak masak sikit kat daun pisang sbb nnti tak mau bg lepat lekat kat daun pisang.
Nota:
Bahan-bahan kat atas saya tak ikut sukatan, kena agak-agak bahan yang guna.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PERCIK KELANTAN Warisan Mok, Salut 2 Kali Kuah Puas Hati Sedap!

Isi Kandungan
TogglePERCIK KELANTAN Warisan Mok, Salut 2 Kali Kuah Puas Hati Sedap! Ikan mahupun percik kebiasaanya merupakan salah satu menu yang wajib ada di Bazar Ramadan atau pasar malam. Ada pelbagai jenis kuah percik tapi yang selalunya diminati ramai ialah kuah Percik Kelantan. Kelainannya adalah pada kuahnya yang pedas dan lemak berkrim secukup rasa.
Ada caranya untuk membuat kuah percik kelantan rasa asli dan lebih sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini sebagai rujukan;
Untuk yang nak makan percik rasa asli orang kampung. Aroma arang,ikan selar aduhai sedap. Semestinya dari tunjuk ajar Mok. Tertib masak nak dapatkan percik yang sedap macam ni : guna santan segar pekat, salut 2 kali kuah percik dan hasilnya,Insyaallah puas hati sangat.
Resepi Kuah Percik Kelantan Warisan Mok
Bahan-Bahan (Untuk 700-900 gram ikan)
3 ulas bawang merah saiz 20 sen
1 sudu teh ketumbar disangai
1/2 sudu makan cili kisar
1/3 inci belacan
1/4 inci hirisan halia
1 ulas bawang putih kecil
1 batang serai diketuk
Cara Membuat:
1. Kisar lumat semua bahan dengan 25ml air.
2. Tuang dalam periuk. Tambah 200 ml santan pekat. Letak serai.Perah asam limau nipis sehiris. Nak guna santan segar pun boleh.
Tambah masuk 2/3 sudu makan gula, 1 sudu teh garam , 1 sudu teh serbuk perasa.
3.Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk elak berketul.Bila dah berbuih naik wap,tutup api. Siap .
Tak perlu letak tepung. Penggunaan tepung hanya untuk jimatkan kos. Ganggu rasa kuah percik yang sebenar.
Sukatan ini cukup elok dengan kuantiti ikan. Lebihan 1/2 mangkuk kecil sahaja.
Bahan-Bahan (Perap Ikan)
700-900 gram
3 ulas bawang putih sederhana
1 inci kunyit
1/2 inci halia
1 sudu teh garam
Cara Membuat:
- Kisar semua bahan lumat. Sapu pada ikan selar yang dikelar. Perap 40 minit minima. Letak dalam peti.
Ada tips nak dapatkan cantik seperti ini.
2 kali salutan kuah percik.
Lepas bakar ikan atas arang hampir masak, cedok sapu kuah satu bahagian ikan,letak atas api sekejap dan teruskan salutan kali pada sebelah lagi serta proses sama.
Masa cedok tu alas pinggan bawah. Untuk lapik kuah percik yang meleleh turun. Nanti boleh guna balik. Baru tak membazir.
Orang cakap biar kena asap je dan tukarkan warna asal kuah percik. Jangan lama nanti kering kuah percik. Tak cantik.

Mesti Baca:Ayam Bakar Blackpepper Sedap ‘Juicy’, Masin Manis Cantik Berkilat!
Baca Lagi Di Sini:Ayam Percik Kelantan Sedap, Lumur Kuah Berulang Kali Ketika Bakar!
Artikel Menarik:Cara Mudah Bakar Ikan Dengan Arang, Letak Dalam Periuk Masak Atas Api Dapur!
Mingguan Wanita: Macam ni rupanya nak buat kuah percik yang sedap. Boleh cuba nanti untuk menu berbuka. Jimat banyak, tak perlu beli di bazar ramadan.
Sumber: Ben Safwan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Ini Kongsi Cara Uruskan Dapur Sampai Dia Boleh Bekalkan Makanan Untuk Anak Setiap Hari

Isi Kandungan
ToggleKalau awal-awal dah niat nak bekalkan anak makanan setiap hari, mak-mak kenalah cedok ilmu cara uruskan dapur dengan lebih bijak. Haaa… macam mana nak buat kerja ekspres di dapur, anda kena bertukar jadi chef hebat!
Bila tak tahu tip yang betul, urusan di dapur menjadi payah dan rumit. Jadi kalau nak tahu apa rahsia yang bolehkan kaum mak-mak masak setiap hari, ikut idea Puan Maslinda Mahat ini…
Cara Uruskan Dapur
Disebabkan akak banyak terima soalan, bagaimana akak uruskan dapur akak sampai akak boleh bekalkan anak-anak akak setiap hari, akak rasa ada bagusnya kalau akak kongsi tips dengan adik-adik semua. Manalah tahu perkongsian ini dapat jadi motivasi kepada adik-adik kan!
Setiap hari akak memang bangun 4.30am dan ada satu jam sahaja masa untuk siapkan bekal sarapan, lunch dan dinner kami sekeluarga. Tepat 5.30am memang dah kena berhenti memasak sebab akak keluar ke pejabat jam 6.15am. Jadi masa 1 jam tu memang perlu digunakan sebaiknya. Bila dinner nanti panaskan je lauk yang masak pagi tu, tapi sayur memang masak yang baru la.
1.Beli Barang Dapur Hujung Minggu
Sabtu atau ahad adalah masa untuk beli barang dapur. Kalau ayam daging udang ikan, akak memang beli cukup untuk seminggu. Bila dah balik dari pasar, pastikan bahan yang dibeli tu siap dibersihkan, baru simpan dalam peti ais. Ikan perlu disiang, udang perlu dibuang kulit, daging perlu direbus, ayam perlu dipotong kecil. Lepas tu simpan ikut portion memasak sekeluarga. Penggunaan Tupperware Freezermate memang sangat membantu sebab semua bahan masakan tu kekal segar walaupun ada yang terbabas disimpan lebih 2 minggu. Freezermate tu ada macam-macam saiz, adik pilih je nak yang macamana. Saiz 650mL tu so far paling akak suka.
2. Kisarkan Bahan Mentah
Jika ada beli ayam, bahagian dada tu boleh kisarkan untuk jadi bahan penambah perasa bila memasak. Kalau ada daging lembu pun sama. Kisarlah guna Tupperware Fusion Master ke atau apa juga jenama Food Processor yang adik-adik ada. Bila rebus daging guna pressure cooker, air rebusan tu pun simpan dalam bekas & bekukan. Masakan adik-adik memang akan jadi sangat sedap bila campur dengan bahan-bahan macam ni. Air rebusan simpan dalam Freezermate yang besar pun takpe sebab bila freeze-thaw ulang-ulang kali pun tak menjejaskan rasa dia.
3. Kena Pandai Pilih Sayur
Sayur-sayuran selalunya akak beli cukup untuk 3 hari je. Sayur yang wajib ada dalam peti ais akak adalah salad, tomato, capsicum, cauliflower, carrot dan kobis. Ni semua sayur versatile yang tak cepat layu dan adik-adik boleh sediakan dengan cepat. Makan mentah boleh, rendam air panas pun boleh.
4. Sediakan Paste Dalam Peti
Penggunaan cili boh untuk memasak sangat penting. Jadi akak akan buat stok cili boh tahan sampai 2 minggu. Caranya: Blender cili kering (yang direbus dahulu) sekali dengan bawang, halia, belacan dan guna minyak sebagai cecair pelincir. Kalau kisar guna air, cili boh takkan tahan lama. Blender halus lepas tu simpan dalam Tupperware Freezermate saiz 650mL x 2 bekas atau Tupperware Snowflakes 800mL, dan letak dalam peti ais bahagian dingin, bukan beku. Selalunya akak simpan 3 minggu pun masih tak berkulat. Kalau ada air sikit-sikit tu buang je bila nampak.
5. Bab Bawang Halia
Sesetengah orang suka kisar bawang dan halia siap-siap. Tapi akak tak buat macam tu. Akak memang kupas masa pagi nak memasak. Kenapa? Takde sebab apa pun, masing-masing punya cara. Jadi jangan tanya akak tau bawang kisar atau bawang siap kupas boleh simpan berapa lama. Akak memang tiada jawapan!
6. Susunan Cara Memasak
Dari segi agihan masa memasak, selalunya akak akan masak air panas dulu. Satu sebab nak minum air panas melegakan dahaga masa memasak. Satu sebab kadang-kadang nak cepat siapkan bahan berkuah. Lepas tu, akak akan tanak nasi dan lepas tu kupas bawang. Masa kupas tu terus kupas untuk jumlah yang diguna pagi tu. Jangan buat kerja ulang-ulang!
7. Konsep Multi-Tasking
Bila memasak, gunakan semua dapur yang ada. Kalau adik-adik ada 4 tungku dapur, maka gunalah semua. Tapi guna api perlahan lah kalau tak biasa nak coordinate 4 tungku serentak. Kalau ada 2 gunalah jelah 2 tu. Guna konsep multi-tasking. Sambil memasak sambil potong sayur atau bahan lain. Sambil masak lauk lunch sambil masak breakfast. Jangan adik-adik dok tenung je satu masakan tu sampai masak!
8. Guna Gajet Memasak
Gunakan semua gadget yang boleh membantu adik-adik tangkas memasak. Kalau ada Periuk Noxxa ke Tupperware Black Series ke Tefal Non-Stick Pan ke, Turbo Chopper ke, Pie Maker ke, apa sahajalah. Semua gadget-gadget ni perlu digunakan sepenuhnya, jangan simpan jadi tukun tiruan!
9. Sebelum Tidur Fikir Menu Apa Nak Masak
Ada sesetengah orang akan sediakan bahan masakan malam sebelum tidur untuk jimat masa pagi tu. Akak tak buat macam tu. Malam-malam sebelum tidur akak cuma rancang esok pagi nak buat bekal apa dan thaw bahan-bahan yang sepatutnya. Tapi ini pilihan masing-masing, so terpulang pada adik-adik ya.
10. Beli Telur Banyak
Satu bahan yang paling versatile untuk buat bekal sarapan adalah telur. Akak memang beli terus sepapan untuk dua minggu. Lagi satu, roti. Kombinasi dua ni sebagai bekal memang paling senang dan boleh dipelbagaikan.
11. Tanya Idea Suami Dan Anak-anak
Akak juga bagi peluang anak-anak dan suami akak untuk order bekal mereka. Tapi bukan order serentak sebab akak tetapkan, semua orang akan makan bekal yang sama. Jadi mereka akan berpeluang makan bekal favourite mereka ikut giliran. Dengan adanya idea dari diorang, sekurang-kurangnya akak dah tak payah pening fikir nak masak apa!

Apa yang paling penting, untuk konsisten memasak setiap pagi tu memang perlukan motivasi yang sangat tinggi.
Tak payah bandingkan akak yang boleh memasak bfast lunch dinner sekaligus dengan adik-adik yang baru mula nak buat bekal anak-anak. Start slow but consistent. Akak ni, mak akak dah latih akak memasak untuk mak ayah adik-adik akak sejak akak sekolah menengah. Jadi kalau adik-adik baru nak jadikan ini rutin, jangan bandingkan diri adik dengan akak. Simpan rasa kagum sekadar untuk jadikan motivasi, bukan untuk bebankan diri.
Macam akak, masa akak mula-mula kawin dulu, akak buatkan suami bekal sebab tu permintaan suami akak. Tapi bila Amirah lahir, suami dah drop permintaan tu, tapi akak pula yang akan rasa menyesal bila tak memasak. Rasa menyesal sebab bila tengahari akak nak kena ke kantin untuk makan, lauk di kantin selalu mengecewakan. Ada masanya akak malas nak ke kantin dan makan maggie atau quaker oat dengan rasa loser habis. Nak sangat tido sedap pagi tadi kan, haa menghadap maggie/quaker oat la akak! Akak paling malas nak keluar ofis untuk lunch, penat!
Sediakan Roti Atau Susu
Jangan lupa, akak juga manusia biasa yang kadang-kadang akan ada rasa malas yang teramat sangat. Ada sesetengah pagi tu akak boleh pulak melopong atas katil cari kekuatan nak memasak, ada sesetengah pagi yang akan akan matikan loceng jam dan set semula untuk tido sampai cukup-cukup masa mandi pergi kerja je. Itu sangat normal ye adik-adik. Jadi jangan rasa stress bila ada mood macam ni. Adik-adik standby je roti krim atau roti manis sekali dengan susu kotak, sebagai ganti bekal untuk mereka. Balik kerja petang nanti, memasaklah kita lepas penat redah jem. Kot malas jugak, beli jelah lauk kedai. Haha!
Lagi satu yang menjadi motivasi akak adalah apabila balik kerja petang-petang, anak-anak akak akan puji bekal akak tu. Kalau suami pun puji sama, lagi nak melompat rasanya. Terus rasa penat memasak tu akan hilang. Tapi ada masa-masanya mereka juga akan kritik hidangan akak. Tapi akak akan berlapang dada, sebab akak cakap dalam diri, sekurang-kurangnya akak dah tunaikan tanggungjawab akak sediakan makanan yang bersih dan sihat dari rumah.
So itu jelah perkongsian akak. Semoga mendapat manfaat. Kalau nak share, silakan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI