
Isi Kandungan
ToggleTak susah nak buat apam nasi sejuk ni. Bahan asasnya dari lebihan nasi sejuk di dapur rumah anda. Biasanya lebihan nasi tu kita buat nasi goreng atau campurkan dalam cekodok jagung. Ini ada satu lagi idea best yang suri boleh praktik. Mudah saja nak membuatnya.
Perkongsian resipi daripada Puan Norazizah Hj Ruslan Certified Therapist (ITEC-UK), Wellness Coach ini menggalakkan langkah-langkah penjimatan dan mengelakkan pembaziran makanan harian.
“Nasi sejuk jangan dibuang. Membazirkan! Apatah lagi harga beras pun mahal. Tambah-tambah kalau guna beras wangi. Nak buat nasi goreng, ada sejemput jer. Jom buat apam beras.”
Bahan-bahan
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula (saya guna gula perang)
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil yis kering.
Caranya
1. Kisarkan nasi & gula dengan 1 cawan air hingga hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit, yis & air hingga habis.
2. Biar 2-3 jam hingga adunan naik berbuih.
3. Sapu minyak diacuan untuk elak melekat. Kukus sehingga masak.

Nak Lagi Sedap, Buat Cara Ini
Sedap dimakan begitu saja atau digaul dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.
Sumber/Foto: Norazizah Hj Ruslan via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahaya Penggunaan Plastik Dalam Kehidupan Seharian Kita

Jika dilihat disekeliling kehidupan kita banyak jenis makanan dan minuman dijual didalam bekas plastik. Air mineral dijual menggunakan botol plastik, makanan yang dibeli digerai-gerai diletakkan didalam polisterin. Tapi tahukah anda penggunaan plastik ini bahaya dan menjejaskan kesihatan dalam jangka masa yang panjang.
Mekanisme yang dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membenteras penggunaan bahan plastik untuk perniaga juga perlu dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan serius. Boleh dikatakan hampir keseluruhan perniaga yang berniaga menggunakan bahan plastik untuk membungkus makanan untuk pembeli. Jika dilihat situasi sebegini mana mungkin kita boleh menjaga alam sekitar?
Bahan Plastik mengambil puluhan tahun dan mungkin juga ratusan tahun untuk dihapuskan. Jika plastik terus digunakan dengan meluas bagaimana dengan alam sekitar yang bakal diwariskan kepada generasi akan datang?
Tip Penggunaan Botol Susu Plastik
Prof Dr. Mustafa Ali juga turut berkongsi tip penggunaan botol susu antaranya ialah:
- Buang air panas yang digunakan untuk membilas botol susu.
- Jangan panaskan susu didalam botol susu.
- Jangan basuh botol susu dengan kasar sehingga warna atau botol susu itu bercalar.
- Tukar botol susu anak-anak anda dengan kerap. (sekurang-kurangnya 3 bulan sekali)
Kupasan topik ini turut menampilkan tetamu undangan, Dato’ Muhamad Baba, Naib Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL), Hj. Yann Razal Lt Kol Bersekutu (Pa), Sukarelawan Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Prof Dr. Mustafa Ali dan Sazzy Falak, pelakon. Bahaya plastik makanan, topik menarik dalam Mingguan Wanita talk show yang bersiaran pagi tadi di saluran Astro Prima 105 dan Prima Hd 121 pada jam 11 pagi hingga 12 tengahari. Jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
13 Kanak-Kanak GISB Disahkan Pernah Diliw*t, Polis Dedah 172 Orang Akui Dicederakan

Isi Kandungan
Toggle13 kanak-kanak GISB disahkan pernah diliwat, 172 akui dicederakan. Satu kejutan dan penganiayaan buat kanak-kanak yang menetap di rumah amal kendalian Global Ikhwan Service and Business Holding apabila siasatan polis mendapat seramai 13 kanak-kanak yang menginap di rumah amal dikaitkan GISB disahkan memiliki rekod pernah diliwat.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata seramai sembilan orang dikenal pasti diliwat selepas pihak polis melakukan siasatan fasa kedua, manakala bakinya pada fasa sebelumnya.
13 Kanak-Kanak GISB Disahkan *ernah Diliwat
Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mendedahkan hasil saringan kesihatan ke atas 172 pelajar yang terkait dengan isu eksploitasi kanak-kanak mendapati semua mereka mengalami kecederaan fizikal dan mental.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata penelitian lanjut akan dilaksanakan ke atas mangsa-mangsa tersebut dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Latihan Polis di sini, hari ini.
Polis Dedah 172 Orang Akui Dicederakan
Katanya, semua kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dalam satu kertas siasatan.
Memetik laporan Berita Harian, “pada serbuan bertarikh 2 September lalu, kita terima laporan di Negeri Sembilan dan Selangor terdapat empat mangsa yang diliwat.
“Siasatan lanjut fasa kedua dalam serbuan pada 11 September lalu pula mendapati sembilan lagi mangsa telah dikenal pasti. Jadi siasatan dibuat di bawah satu kertas siasatan yang sama,” katanya.
Menurutnya, semua kanak-kanak itu berusia belasan tahun.
Pada sidang media Rabu lalu di Kuantan, Razarudin berkata, siasatan mendapati modus operandi yang dilakukan di rumah amal dikaitkan GISBH adalah mangsa diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.
Dalam Op Global dijalankan antara jam 6-11 pagi Rabu lalu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.
Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
Razarudin berkata berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.
Polis nafi lewat bertindak

Dalam pada itu, Razarudin menafikan dakwaan pihak polis lewat mengambil tindakan ke atas sebarang laporan berkaitan GISBH.
Katanya, siasatan sudah dilakukan sejak 2011, namun tangkapan hanya dibuat selepas terdapat petunjuk kukuh yang membolehkan tindakan itu dibuat.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Isu Abang Bas ‘Crush’ Murid Sekolah, Diana Danielle Puas Hati Tindakan Polis “Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai”
16 Tahun Berlalu Iktibar Pemergiaan Tragik Nurin Jazlin, Elak Anak Jadi Mangsa Pedofilia!
Perbicaraan Gangguan Seksual Ebit Lew, “Saya Rasa Berdosa Pada Suami, Layan Ustaz
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Tunggal Cukup Kental, Ashira Mahu Membina Hidup Lebih Baik Bersama Anak

Isi Kandungan
ToggleIbu Tunggal cukup kental itulah semangat yang ada pada penyanyi ini. Wanita ini juga berdepan pelbagai ujian dan kesukaran hidup sepanjang 2020, dia yang kini kembali membuat penampilan semula dalam industri muzik, Ashira Aziz, mengharapkan sinar baharu untuk tahun 2021.
Wanita ini juga turut bersyukur diberikan peluang kedua dalam bidang seni selepas menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).
Ibu Tunggal Cukup Kental, Ashira Usaha Dapatkan Sebuah Rumah
Sebagai permulaan, kata ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 14, dia kini dalam usaha mendapatkan sebuah rumah selepas beberapa bulan menumpang di rumah kakaknya dan terpisah dengan anak.
“Mungkin ramai dah tahu, sebelum menyertai GV7, saya kena keluar dari rumah sewa kerana gagal menjelaskan bayaran sehingga menyebabkan saya dan anak terpaksa tinggal berasingan buat sementara. Jadi sekarang saya dalam usaha cari rumah untuk kami berdua dan kembali hidup macam dulu.
“Doakan agar usaha itu dipermudahkan dan setelah semuanya selesai barulah senang untuk saya menumpukan perhatian kepada kerjaya seni serta segala perancangan lain selepas itu,” ceritanya.

Banyak Perancangan Seni 2021
Menghitung hari menunggu detik tahun baharu menebar salam, Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 34, berkata, banyak perancangan seninya diatur pada tahun hadapan.
“Alhamdulillah bersyukur sangat dengan rezeki Allah bagi menerusi GV7 dan tentunya saya akan gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.
“Saya tidak mahu kembali kepada kehidupan sukar yang pernah dilalui sebelum ini dan berharap agar ada sinar baharu menanti.
“Jujurnya saya tidak sabar menantikan tahun 2021 kerana mahu memulakan kembali kerjaya dan membina hidup lebih baik bersama anak,” katanya.
Sedia Cuba Bidang Lakonan
Ashira yang cukup manis juga menyatakan dia turut bersedia mencuba bidang baharu termasuk lakonan jika diberikan peluang mengembangkan bakatnya.
“Kalau ikutkan saya tidak minat berlakon, tetapi ramai yang menggalakkan saya mencuba bidang lakonan kerana percaya saya ada bakat berlakon.
“InsyaAllah jika ada tawaran, saya sedia mempertimbangkannya dan bagi peluang kepada diri sendiri untuk buat benda baharu,” luahnya.
Baca Disini Juga:
Tujuh Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Sabrina Ali Bernikah “Semoga Rumah Tangga Kekal Ke Akhir Hayat”
Kerjaya Seni Punca Pendapatan Liza Abdullah Meneruskan Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal

Sedia Berhadapan Dengan Netizen
Pun begitu, Ashira mengakui, kembali aktif dalam bidang seni secara tidak langsung bererti dia kembali berdepan dengan perhatian umum.
“Setelah sekian lama hidup jauh daripada perhatian orang, sekarang saya kembali berdepan dengan situasi tersebut yang tentunya menuntut saya untuk lebih kental.
“Berbanding dulu, saya kini lebih matang untuk melalui perkara-perkara seumpama ini, cuma apa yang menakutkan, netizen sekarang jauh lebih ‘berani’ berbanding dulu.
“Memang boleh terduduklah, bila mereka dah mula menyerang kerana pendekatan yang digunakan kadang-kadang agak melampau dan tidak masuk akal.
“Perkara kecil pun boleh jadi besar sehingga dikaitkan dengan keluarga dan maruah diri semua.
“Apa pun, setakat ini saya selebih selesa untuk tidak membaca atau mengambil tahu kecaman-kecaman yang dilontarkan dan biarkan ia berlalu begitu sahaja,” ungkapnya.

Sumber Foto: Instagram Ashira
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI