
Isi Kandungan
ToggleBila jadi mak-mak ni bila waktu petang mulalah nak cari resipi sesuai untuk hidangan minum petang buat anak-anak dan suami.Selain kek,bubur, pengat, goreng-gorengan, boleh juga sediakan kuih muih yang senang nak buat macam Apam Milo ni.
Menerusi perkongsian resipi oleh Puan Fatihatul Hakimah,mudah je nak sediakan Apam Milo ni cuma guna 4 bahan dan kukus selama 20 minit dah siap! Menariknya, ia percubaan kali pertama wanita ini membuat apam milo, dan terus jadi elok sempurna kejadian apamnya.
Berikut perkongsian tersebut;
“Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang yakmat nie yang penting suami dan adik-adik kata sedap.First time buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihi”
Bahan-Bahan:
6 biji Telur
2 cawan Tepung gandum
2cawan Gula pasir
Setengah cawan Milo
Nak dapat produk milo yang murah, klik sini.
Cara-Cara Membuat:
1.Pukul telur dan gula sampai berbuih/putih/kembang jangan derhaka nanti apam tak naik( tiha guna blander jer).
2.Masuk tepung gandum,blender lagi sampai sebati (rasa blander dah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk).
3.Adunan tadi bahagi kepada dua bekas ,satu bekas biar kosong atau boleh letak pewarna lain dan 1 bekas lagi letak milo & kacau-kacau sampai sebati.
4.Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik ,loret la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga-bunga (ikut suka takde paksaan).
5.Kukus 20minit ( air kukusan mesti dah mendidih dulu).
Siapppp.
Adunan nie tiha dapat dua loyang kecik tapi tak sampai malam dah habis.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
Senang sangat! Mak-mak bolehlah buat untuk minum petang nanti. Nampak sedap sangat, jangan lupa guna kod promo ini untuk dapat diskaun produk milo.
Sumber: Fatihatul Hakimah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Meninggal Kerana Jangkitan Covid-19 Di Kilang, Pampasan Tidak Mampu Gantikan Nyawa Terkorban

Isi Kandungan
ToggleSuami meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19 di kilang, pampasan tidak mampu gantikan nyawa mereka yang terkorban.
Mana mungkin wang mampu menggantikan nyawa. Tindakan majikan yang tetap meneruskan operasi kilang walaupun diarahkan untuk menutup operasi memberi impak apabila 16 orang daripada pekerjanya telah meninggal dunia.
16 Pekerja Jadi Korban Covid-19
“Mereka mungkin tidak mengerti nilai nyawa 16 mangsa termasuk arwah suami saya yang terkorban akibat jangkitan Covid-19 kerana mereka tidak mengharungi detik yang kami lalui ini,” kata Nancy Endi, 41.
Nancy berkata, suaminya, Hani Sha’ari, 43, adalah mangsa ke-16 terkorban akibat jangkitan Covid-19 ketika bekerja sebagai ketua juruteknik di sebuah syarikat elektronik di Tanjung Agas, Tangkak, Johor.
Menurutnya, suami yang disahkan positif Covid-19 pada 13 Julai lalu dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, 16 Julai sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Melaka pada 19 Julai lalu.
Katanya, pada 19 Julai lalu, dia dan dua anak berusia 4 dan 12 tahun turut disahkan positif Covid-19 manakala dua lagi anaknya didapati negatif.
Kali Terakhir Bertemu Suami
“Kali terakhir kami bertemu dengan arwah suami adalah sebelum dibawa ke MITC manakala ketika saya dan anak mula dikuarantin di MITC pada 20 Julai lalu, suami sudah dirujuk ke hospital kerana keadaannya tidak stabil.
“Ada ketikanya, dia mampu ketawa ketika berkomunikasi menerusi telefon, malah dia juga pernah juga tercungap-cungap ketika berbual kerana dakwa sesak nafas,” katanya.
Nancy berkata, kali terakhir berbual dengan suami pada tengah hari 26 Julai lalu dan bercadang membuat panggilan video pada waktu malam hari berkenaan bagi mengubati rindu terhadap teman hidupnya.
Bagaimanapun, katanya, pada jam 10 malam pada 26 Julai lalu dia menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan suami terpaksa ditidurkan.
Katanya, dia hanya mampu berdoa setiap hari supaya suami diberi kesembuhan.
Baca Juga Di Sini:
COVID-19: Sempat Pesan Anak Pergi Rumah Anak Yatim, Sebelum Meninggal Ketika Menunggu Bantuan
“Tinggal Seorang Diri, Beritahu Demam Panas.” DiTemui Meninggal Positif Covid-19
Mak Ayah Meninggal Akibat COVID-19 Selang 2 Hari, 8 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata
Suami Meninggal Kerana Jangkitan Covid-19 Di Kilang
“Bagaimanapun, Allah lebih menyayanginya. Pada awal pagi hari ini iaitu pada jam 5.40 pagi, saya menerima khabar berkaitan pemergian suami.
“Arwah suami seorang yang penyayang dan suka bermanja dengan saya, saya tidak sangka tiba-tiba dia sudah dijemput Ilahi serta pesanan terakhirnya adalah supaya saya menjaga anak dan solat.
“Yang paling saya terkilan, saya tidak mampu melihat dan memeluk jenazahnya buat kali terakhir serta jenazah akan dikebumikan jam 8.30 malam ini (semalam) di tanah perkuburan di Melaka.
“Arwah suami dari Bukit Gambir dan sekurang-kurangnya adik-beradik serta anak sulung kami dibenarkan hadir ke majlis pengebumian,” katanya.
Pampasan Tidak Mampu Gantikan Nyawa Terkorban
Nancy bercadang menyaman majikan suami yang tidak menutup operasi kilang walaupun terdapat kes jangkitan Covid-19 di premis berkenaan.
“Bukan seorang atau dua, sudah 16 orang meninggal dunia dan adalah majikan fikir pampasan dapat menggantikan nyawa yang terkorban termasuk suami yang sudah bekerja selama 23 tahun.
“Saya dari Indonesia tiada pengalaman bekerja dan buntu memikirkan nasib anak kerana semua masih bersekolah dan mereka juga dalam tekanan kerana kehilangan insan kesayangan yang tiada pengganti.
“Doktor juga menyatakan darah saya masih ada kuman dan saya kuatkan semangat demi anak,” katanya ketika dihubungi.
Ambil Tindakan Tegas
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (Perimau) Johor, Mohd Ridhwan Othman berkata, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan sesuai sebelum bencana menimpa kumpulan pekerja kilang berkenaan semakin buruk.
“Kami menggesa kementerian berkaitan mengambil kira nasib pekerja dan keluarga masing-masing.
“Kami bukan meminta kilang itu ditutup 14 tahun sebaliknya 14 hari demi keselamatan ramai.
“Setakat ini, masih tiada tindakan terhadap pemilik dan pengusaha kilang berkenaan oleh pihak berkuasa, ia seharusnya ditutup bagi memberi ruang kepada siasatan dan proses sanitasi,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga kematian Hani Sha’ari mendapat pembelaan yang sewajarnya dan buat isteri serta keluarganya semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah.
Sumber : myMetro
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Biskut Telur, Menu Kudap-Kudap Sedap Makan Panas-panas

Resipi biskut telur, menu kudap-kudap sedap makan panas-panas. Sememangnya biskut kering menjadi pilihan kudapan yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Enak dinikmati bila-bila masa sama ada untuk sarapan pagi, minum petang dan minum malam, biskut kering sering dihidangkan bersama kopi dan teh ‘O’ panas. Pendek kata biskut kering sangat sesuai dijadikan makanan untuk mengalas perut sebelum waktu makan utama.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Adizul Semerbak berkongsi menu biskut telur. Mungkin ramai tidak menyangka biskut kering yang biasa dicicah bersama kopi dan teh ini boleh dijadikan satu menu yang cukup unik.
Menurut AdiZul, hidangan tersebut enak dinikmati begitu sahaja tanpa perlu dimakan bersama nasi atau roti. Biskut telur ini sangat sedap dimakan ketika masih panas.
Berikut resipi biskut telur seperti yang dikongsikan oleh Adizul Semerbak
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur
1/2 kg biskut petak kecil
Bawang besar/bawang merah
Cili hijau/merah
Sedikit garam
4 sudu makan minyak masak
Sedikit marjerin
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Hiris bawang dan cili.
2. Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam. Campurkan dengan bawang dan cili yang telah dihiris tadi.
3. Seterusnya masukkan biskut, gaul-gaul dan biarkan seketika.
4. Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Apabila minyak telah panas, kecilkan api dan masuk biskut tadi.
5. Balik-balikkan supaya semua biskut masak sekata. Boleh juga tambah sedikit marjerin di dalam kuali semasa membalik-balikkan biskut. Siap untuk dihidangkan.
Ada warga maya memaklumkan bahawa ibu bapanya biasa memasak menu itu untuk dinikmati seisi keluarga. Rupa-rupanya ramai juga warga maya yang pernah makan menu istimewa berasaskan biskut kering ini.
Sumber: Adizul Semerbak ( Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung, Lagi Lama Dalam Peti Lagi Sedap!

Isi Kandungan
ToggleJika selalu bila teringin nak minum kopi ‘latte’ kita hanya beli je, sebenarnya kita boleh buat sendiri je di rumah. Memang sedap, jimat dan lebih puas hati bila buat sendiri kopi Latte Ala Kampung ni. Malah lagi lama simpan dalam peti sejuk lagi sedap. Jika nak minum panas-panas, boleh panaskan sekejap. Mudah je!
Bagi peminat kopi, boleh cuba resipi Kopi Latte Ala Kampung yang dikongsikan oleh Puan Madihah Hamid ini sebagai panduan.
Mengopi jom. Kopi Latte Ala Kampung ketagih. Air kopi ni jadi ketagihan seisi keluarga saya.
Bahan-Bahan :
2 sudu besar serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)
600ml Susu kotak @ susu segar apa-apa jenama. Paling sedap Meadow, Farm Fresh, Ducthlady
3 sudu Gula melaka/ gula kabung /gula apung /gula merah
400ml Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan air dan kopi ke dalam periuk. Masak kopi sehingga berbuih (gelegak).
2. Biarkan dalam seminit dalam keadaan menggelegak dan tutup api.
3. Kemudian tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi dan masukkan gula.
4. Panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk dan tutup api.
5. Tuangkan air kopi dan susu dalam jug, pastikan tapis dahulu. Kemudian tuangkan secawan untuk di minum, selebihnya boleh di simpan dalam peti. Saya guna jug ni, anggaran dalam 1 liter.
6. Lagi lama dalam peti lagi sedap. Saya panggil peram kopi. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.
Siap!
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Resipi LENGKAP Nescafe, Milo, Kopi & Teh Ais KAW Bungkus Ikat Tepi!
Serbuk Kopi & Kulit Telur, Baja BERKESAN Kawalan Perosak Organik!
Letak Secubit Garam Dan Sesudu Nescafe Rahsia ‘Teh Tarik Banjir’ Rasa Lemak, Manis, Kelat & Wangi
‘Formula’ Buat Air Nescafe Sedap Warna Sungai Pahang, Cukup Rasa Pahit, Manis & Lemaknya
Mingguan Wanita: Bagi peminat kopi dan latte boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang lebih jimat buat sendiri, sedap, nak minum tinggal panaskan je.
Sumber: Madihah Hamid
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI