Sesekali menarik juga mencuba resipi yang berasal dari seberang ini iaitu Martabak Lenggang atau di Malaysia lebih dikenali dengan nama Apam Balik Lenggang. Menariknya fillingnya menggunakan inti berasaskan kekacang seperti nuttela, peanut butter dan kacang tumbuh. Bahan-bahan pun tak banyak dan cukup mudah dibuat di rumah untuk minum petang.

Boleh cuba resipi Martabak Lenggang @ Apam Balik Lenggang yang dikongsikan oleh Puan Aznie Khasri ini sebagai rujukan.

“Pagi tadi bila buka telefon tengok kat group semua cerita tentang bonus kekacang. Dalam kepala dah ligat dah nak buat macam-macam sebab memang stok berasaskan kekacang ada banyak dirumah.Tapi bila fikir punya fikir Aznie buat Martabak Lenggang je.. @ Apam Balik Lenggang nama kat Malaysia.”

“Resepi dari seberang yang dah lama Aznie nak buat, Alhamdulillah.. memang suka sangat dengan hasilnya. Tak rugi mencuba memang sedap. Anak-anak laju je makan. Aznie bubuh filling 3 jenis berasaskan kekacang iaitu Nutella, Peanut Butter juga Kacang tumbuk tambah gula. Dan semestinya Nutella yang habis dulu.. Qaseh cakap esok buat lagi.. Adik nak nutella je.. yang lain bagi kakak dengan abab (abang) makan.”

Apam Balik Lenggang Resepi Dari Seberang, Tak Rugi Cuba Memang Sedap!

Bahan-Bahan:

250g tepung gandum
1/2 sudu teh yis mauripan
1 biji telur
2 sudu besar gula pasir
500ml air
secubit garam
pewarna hijau, kuning, pink

Ads

Filling
1/2 cawan Nutella
1/2 cawan Peanut butter
kacang tumbuk + sedikit gula

Cara Membuat:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna, perap selama 1 jam.

Apam Balik Lenggang Resepi Dari Seberang, Tak Rugi Cuba Memang Sedap!Apam Balik Lenggang Resepi Dari Seberang, Tak Rugi Cuba Memang Sedap!2. Bahagikan kepada 3 bahagian dan bubuh warna.

Ads

Apam Balik Lenggang Resepi Dari Seberang, Tak Rugi Cuba Memang Sedap!3. Panaskan non stick pan tanpa disapu minyak masukkan 1 senduk kecil adunan kedalam kuali tanpa perlu digoyang.

Apam Balik Lenggang Resepi Dari Seberang, Tak Rugi Cuba Memang Sedap!4. Masak sampai bahagian atas tidak ada lagi tepung mentah. Masak dengan api kecil.
5. Angkat dan bubuh filling yang kita suka.

6. Kemudian lipat dan picit dibahagian tepi supaya kuih lekat dengan kemas.. siap!

Ads

Baca lagi Di Sini: Resipi Apam Cornetto Warna Warni Guna Air Askrim Soda, Letak Coklat Sebagai Toping

Selamat Mencuba!

MW: Senang buat martabak Lenggang ni, tak rugi mencuba resipi ni dan sangat sesuai buat minum petang untuk anak-anak. Cantik berwarna warni, letak filling pun boleh pilih ikut yang mana kita suka.

Sumber: Aznie Khasri

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI