Comel sungguh tengok gelagat lucu Tya Arifin dengan adiknya, Siti Aafiyah Mohd Jiwa ini. Sampaikan ibunya, Datuk Siti Nurhaliza sendiri pun rasa terhibur sama. Menantu Datuk Siti, Tya ini pun sejak kisahnya menyelamatkan anaknya, Arif Jiwa makin terserlah sifat keibuan dalam dirinya.
Lagi-lagi bila buat memek wajah lucu dengan adik kecilnya ini, Siti Aafiyah. Makin bertambah sifat manis ibu muda ini. Mujurlah Arif Jiwa itu lelaki Tya, kalau tidak mahu disolek habis anak kecilnya itu. Sama macam apa yang dikongsikan dalam instagramnya itu yang tak sabar menanti adiknya membesar.
“Hahahahaha.. apalah kakak Tya dah buat tu?” Seloroh Datuk Siti yang lucu dengan gelagat adik-kakak ini. Macam-macam aksi muka yang Tya buat. Habis diikut gaya si comel pipi merah, Aafiyah.
Kalau Tya dapat anak perempuan bayanglah apa yang jadi. Sebab dengan Aafiyah pun dia dah tak sabar nak hias adik secantik puteri. Impiannya, kelak Tya mahu merakam lagi gambar yang lucu semacam ini. Tapi waktu itu, wajah Aafiyah makin ‘gegirl’ kakak Tya cantik-cantikkan.
“Kamu tunggu ya udah besar dikit, mukanya kak tya makeup, rambutnya di roll, curly -in pake ribbon, terus kita selfie gini lagi ya… ihhh sekarang aja gemes apalagi nanti.”
Diam tak diam, dah masuk 3 bulan rupanya si comel pipi merah, Siti Aafiyah ini. Terasa baru semalam saja berkongsi kisah kelahiran anak penyanyi tersohor kesayangan rakyat Malaysia ini.
Doa ibunya, “Alhamdullillah, hari ni Aafiyah 3 bulan. Semoga Allah SWT kurniakan ‘aafiyah’ buat anak ibu sayang.. love u sayang ibu
.”Siti Aafiyah pun semakin membesar dan cantik. Persis wajah ibu dan ayahnya. Moga Aafiyah membesar jadi anak soleh kebanggaan ayah dan ibu serta dapat berbakti kepada negara.
Sumber/Foto : Instagram ctdk