Suatu masa nanti, apabila anak kecil mak ayah mulai membesar, keletah, keriuhan mereka itulah yang akan mengundang rindu di hati mak ayah. Berlapang dadalah jika rumah tak bersih, bersepah sekejap demi melayan kesukaan anak-anak.
Sebagaimana pesan Abdul Muiez Ruslee ini, sementara anak-anak kecil sedang membesar di rumah mak ayah.. raikanlah kehadiran mereka dengan kasih sayang. Persepahan dan jeritan anak-anak saling mengusik itulah suatu hari nanti akan mak ayah rindui.
Baca sini : Duhai penghuni pertama rahim ibu, kadang ibu terlupa yang kamu masih kecil
Setiap hari, waktu begini hanya saya seorang sahaja yang ada di rumah. Kalau nak kemas rumah, atau nak lihat rumah bersih, inilah waktunya.
Tapi… Apalah gunanya rumah bersih kalau sunyi tanpa riuh rendah anak-anak yang seorang kuat mengusik dan seorang lagi kuat menangis.
Seorang kuat menyepah, seorang lagi kuat makan.
Rumah bersih, rapi dan teratur tapi hati kita sunyi.
Semalam, semasa ceramah keibubapaan, saya sebutkan kepada ibu bapa yang hadir.
Baca sini : Anak hanya ada sati PARENT sahaja, jadi layan hingga mereka rasa SPECIAL
Anak-anak akan menjadi milik kita sehingga usia mereka 12 tahun sahaja. Selepas itu, sedikit demi sedikit pegangan dan kebergantungan mereka kepada kita akan terlepas.
Masa itu, hanya kenangan masa lalu sahaja yang akan mengisi hari-hari kita.
Kena pula anak perempuan. Selepas terlafaznya sah pada akad nikah, maka hiraki ketaatan ibu bapa telah jatuh ke nombor dua dan tiga. Waktu itu, segala khidmat dan taat akan ditumpahkan kepada sang suami tercinta.
Tinggallah lagi ibu bapa menanggung kesepian di rumah.
Baca sini : Rupanya anak perempuan boleh jadi asbab mak ayah masuk syurga
Anak perempuan yang kita sayangi, yang kita cintai, yang menjadikan ayah sebagai kekasih pertama, perlahan-lahan dibawa pergi. Waktu itu, hanya iringan doa yang dapat dibekalkan. Agar suami yang menjadi khalifah akan mengetuai bahtera sebaiknya.
Waktu anak kecil ini, biarlah mereka lakukan apa sahaja. Conteng dinding, buat sepah, kumbah baju, biarkan. Semua itu boleh dibersihkan.
Kerana, satu hari nanti, hanya kenangan itu yang akan menjadi penghibur hati di saat kita merindui mereka.
Ahhhh. Menitik pula air mata ni. Spoil betullah.
MW : Begitulah hati seorang ayah. Nampak saja tegas di depan anak-anak, namun jauh di sudut hati penuh dengan ‘taman’. Lagi-lagi bila berbicara soal anak-anaknya.
Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee